Showing posts with label bussiness. Show all posts
Showing posts with label bussiness. Show all posts

Saturday, 1 February 2014

Wajah baru utk blog baju renang kami

terlebih rajin pulak nak update blog malam ni, semoga semangat ni akan berterusan,

sekarang blog baju renang kami sudah pun berwajah baru. terima kasih sayang untuk semua nya. now, sy sudah ada new assistant, driver, best friend, photographer, mr. gardener n more to come. hehehe t.kasih sekali lagi, appreciate everything u've done for me.

tadaaa, ni header baru blog kami, sesiapa yg berminat nak dapatkan baju renang boleh la ke blog kami dan pilih la yg mana berkenaan, in Shaa Allah untuk 2014, kami akan mengembangkan lagi perniagaan kami dengan lebih banyak koleksi dan tidak terhad kepada baju renang sahaja. Semoga Allah mempermudahkan segalanya untuk kami. In shaa Allah


Thursday, 20 June 2013

penipuan pembayaran oleh pelanggan

assalamualaikum,

nak cerita pengalaman selepas dah hampir 5 tahun dalam biz online ni. bile da lama mmg macam2 ragam org yg kite akan kite jumpe.

kadang2 bila da banyak sangat urusan dan semua dibuat secara serentak kite memang sering terlepas pandang. cth nye, satu kes tu customer cakap yg dia bayar melalui IBG dari CIMB to my maybank account. dan seperti biasa bile urus semuanya secara serentak terlupa nak asingkan masa nak pegi pos tu.

bile da lepas pos semuanya baru tengok balik catatan, alamak da terpos sekali la sebelum tunggu bayaran clear dalam account. Bila cuba tanya customer tu dia cakapa mmg da byr dan bile suruh hantar proof payment, dia pun ckp nanti dia akan email. okay, tunggu je la kan.

punye la tunggu tak ada jugak, terus cek tracking num bagi barang tersebut, alhamdulillah, kebetulan masa penghantaran kali pertama, si penerima tiada di rumah. maksudnya, org tu tak dapat lagi barang tu. jadinya, masih ada harapan untuk dapatkan semula. terus call pos laju care line. alhamdulillah, bersykur sebab yg jawab panggilan tu baik orang nye dan dia bagitau ape yg perlu sy buat.

kalo kawan2 pun ade kena macam ni jugak, boleh la ikut steps camni.

1. cek dulu tracking num - kalo da diterima memang selamat la kan, tak boleh nak buat apa lagi :( tapi kalau dlm kes seperti sy, masih boleh diselamatkan lagi

2. terus call pos laju untuk mintak dihantarkan semula kepada pengirim

3. kena tulis surat ntuk memohon dibuat penghantaran semula, yg ni email aje pun boleh. sy tgk agak efisien jugak diorang cek email tu, diorang respons dalam masa 24jam

4. dan kalau tak silap, selepas 2 hari sy dah dapat semula bungkusan tu ke tangan sy.

alhamdulillah :) kalo tak rasa sedeh la jugak kan. tak sangka ada orang yg sanggup menipu dalam urusan macam ni, macam lupa pulak dia balasan dari Allah atas apa yg dia buat tu. semoga orang tu menyesali perbuatan nya itu dan mendapat petunjuk dr Allah swt.

pengajaran untuk diri sendiri, kena la lebih berhati2 dalam setiap urusan.

daaaa :)


Saturday, 19 January 2013

Current Account

nak share cerita untuk buka current account. ni disebabkan ada sesetengah perkara tu kite kena bayar guna cek, dah kalo selalu sangat penat la nk uruskan pegi bank, buang masa dan nak berurusan di bank tu plak adakalanya hmmm, macam la kite ni suke sangat nak ke sana kalau tiada urusan yang penting kan, tapi ada sesetengah pegawai bank mmg baik dan melayan pelanggan dengan penuh tanggungjawab. *terima kasih pada pegawai bank yg sangat profesional*

untuk yg nak buka current acc, bagi maybank kena ada 'introducer' yg memang dah ada current account dgn diorang lebih dr 6 bulan. manakala untuk cimb pulak, tak perlu introducer, bole buka akaun terus. bagi sy, sy buka akaun atas nama company. antara dokumen yg duperlukan:

1. sijil SSM sekali dengan details perniagaan yang 2 keping tu
- bagi sesiapa yg buat secara online, tak dapat yg 2 keping details perniagaan tu, jadi apa yg perlu anda buat, pegila SSM dan ambik detail stu, kena bayar RM 13 untuk print 2 keping details peniagaan tu, tp prosesnye cepat saja, xsamapai 5 minit, nak cari parking yg berjam, hehee. sy nasihatkan pada sesiapa yg nk ke situ bawalah kawan, teman tunggu kat kereta sementara kite pg nk print tu atauuu kalo tak ada kawan nak teman, naik la lrt ke kl central dan jalan kaki :)

2. cop company kite (cop bulat yg ada nama n cmp num)

3. IC kite,

hehe, tu je la dokumen yg diperlukan, da boeh buat, dan dlm masa 2-3 hari bekerja da dapat buku cek.

tapi, AWAS kalo jumpe pegawai bank yg kerek (mungkin ada masalah rumah tangga atau masalah dgn rakan sepejabat, urusan jadi makin rumit, hehehe, mcm sy la aritu, terpaksa pegi ke cawangan lain sebab geram dgn seorg pegawai d bank g sy berurusan ni. nasib baik cawangan yg ke dua tu sangat baik dan bnyk membantu)

heee, itu la cerita nya pada kawan2 yang nak buka current acc atas nama company :)

daaa. selamat berhujung minggu