Showing posts with label marriage life. Show all posts
Showing posts with label marriage life. Show all posts

Tuesday, 4 November 2014

Selamat Hari Lahir

mengimbau kembali dan termasuk la dalam edisi tertangguh lagi,

alhamdulillah, pada 9 Oktober yang lalu adalah ulang tahun kelahiranku yg ke-30. hehe, dah menginjak ke angka 3 dah. walaupun masa kecik-kecik dulu kalau dengar orang yang berumur 30tahun dan ke atas terasa dia sangat la tua. tapi, bila diri sendiri berada di usia tersebut, oh, tiada apa sebenarnya pada angka :)

ini hari lahir pertama bergelar sebagai seorang isteri, hehehe, alhamdulillah. sempena dengan hari lahir ni, tiada celebration yang melampau pun, lagi pula, kami telah merancang percutian sempena hari lahir ini. so, kami lebih fokus ke arah percutian kami nanti. sengaja request dengan si dia untuk memilih tarikh percutian berhampiran dengan tarikh ulang tahun kelahiran

kalau zaman muda dulu, mesti ada je nak celebrate detik 12 tengah malam, hihi, sekarang tak lagi. sekarang biasa-biasa saja.

okay la, nanti kita sambung dengan cerita percutian sempena hari lahir pula ya.

To my dearest, 
Thank you for everything you've done
May Allah bless our marriage


wassalam

Tuesday, 23 September 2014

thank you Allah

Assalamualaikum,

I came across with this quote while browsing around. 


"Don't get married because you are lonely, broken, broken hearted, or unfulfilled in life. Get married because you have found someone who truly mirrors your spiritual approach to the Creator, who compliments your personality and will completely support you in your unique life purpose and mission no matter what"



Thank you Allah for everything that I've. I'm truly blessed. Alhamdulillah. Indeed, Allah is the greatest planner.

Wassalam

Tuesday, 2 September 2014

09.10.2013

wahhh, this was almost 1 year ago.  disebabkan tahun lepas sy sgt malas untuk update blog, entry ni telah tersimpan di draft untuk sekian lama nya. sebenar nya ada sangattttttt banyak entry di draft yg terabai. tapi sy hanya ingin memilih sesuatu yg istimewa sahaja.

camana sy boleh terlepas pandang untuk terus update entry yg dah di draftkan ini. hmm..

--------------------------------------------

when i asked, why i only have 1 candle? i masih muda ke? only 1 year?

he said, 1 candle means our 1st year relationship?

oh okay. thank you then. (tak tau nak jawab ape dah)

--------------------------------------------
Time flies, now you are my husband, yes, my dearest husband, i couldn't ask for more. You are great and wonderful. 
Semoga ikatan perkahwinan kita sentiasa dalam redha dan kasih sayang Allah.
bunga ni sampai sekarang masih ada kat suma, da kering tapi syg nak buang. hehehe

wassalam

Tuesday, 3 June 2014

happy birthday my dearest husband

datang office awal pagi ni, hehe, bukan nk buat keje terus kan. saja nak update blog dulu sementara ada mood ni. kalau tak, berbulan tak update pun.

kisah beberapa minggu yg lalu, baru beberapa minggu lepas kawen da kena fikir nak bg hadiah ape kat husband kan, penat buat majlis pun tak hilang lagi, but being sweet and lovely wife, i was thinking to make surprise for him. kebetulan 18.05.2014 jatuh pada hari ahad. penat jugak nak fikir nk buat surprise macamana.

akhirnya dapat satu idea, selama sy kenal dia, sy perasan yg dia syg sangat dengan gitar dia yg satu ni, gitar tu konon nya vintage la sgt, sy pun tak berapa faham apa yg dia maksudkan. tapi yg sy tau dia sayang sangat gitar nya. so i've decided to buy a guitar cake. lama jugak nak cari orang yang boleh buat guitar cake sama macam guitar dia tu. ini bukan lah suatu keje yang mudah sebab guitar tu da vintage (da ada kopak2 n ada stain gitu), kalau boleh sy nak menyerupai guitar asal tu, hehehe, kakak yg buatkan cake tu siap cakap, nervous pulak dia nak buatkan takut tak jadi nanti. tapi sy akhirnye akur saja dan cakap, puan try je la buat seadanya *kena pasrah je la kan, karang kalo kite banyak songeh sangat terus dia tak nak buat langsung, tapi dalam hati berdoa supaya akk tu buat cantik-cantik*

sy bagi akak tu 3 gambar gitar, lepas tu nak decide bila nak ambik pun jadi masalah jugak. kena fikir, nak surprise macamana, camana nak ambik cake tu dari akak tu, nanti kalo sy pegi ambik dia mesti curiga dan nak bagi alasan apa pulak, memang pening jugak fikir semua tu. tambahan pula, kami merancang untuk ke Cameron Highland hari jumaat tu, jadi mula-mula macam fikir nak ambik jumaat dan bawak cameron, masalah nya birthday nye ahad, dah nak simpan kat mana pula la kek nya. akhirnya, sy fikir ambik ahad je, nanti sy berlakon nak ambik barang dr orang kat akk buat cake tu. lepas tu, paling tak menahan, siap whatsapp kakak ipar konon nk buat surprise n berlakon camana. hahaha, kelakar nya la kalo ingat balik, tapi semua tu yang konon nak berlakon la, plan dengan kakak ipar semua nya langsung tak menjadi, belum apa-apa dah tersilap cakap. alahai apa pun tak boleh.

kisah nya, masa di cameron highland, kami dah agak terlewat nak balik dan sy dah pun janji dengan kaka tu untuk ambik cake jam 4pm. tapi dalam 1 pm macam tu kitorang baru je lepas lunch, mesti akan terlambat la sampai KL kalau dah macam tu kan. so, on the way nak pegi ke kereta, cakap macam ni, 'kite kena cepat la, da lambat ni, i kan kena ambik cake...... EH (terkesima diri sendiri, rasa macam nk hantuk2 kepala kan pintu kereta okay, macaman la boleh terlepas cakap. geram betul) terus dia senyum2 tengok kite yg da terlepas cakap. arghhh, tak jadi la nak buat surprise. tapi, tapiiii dia tak tau kite buat cake ape, surprise :) hehehe

masa ambik cake tu, terkejut sebab box nye besar sangat. bila kite buka je box tu sikit masa dalam kereta n bagi dia jenguk sikit, waaaa, dia sgt2 terkejut. heee, rasa seronok sangat bila dia sangat suka kan guitar cake tu, rasa kagum sebab akak tu memang cuba buat dengan terperinci sekali. terima kasih kak tina, kami sukakan kek tu :) 

sempat anta ucapan ni je, masa mlm celebrate tu n ckp sorry sebab xde kek, hehehe, masa ni boleh berlakon lagi. hahaha. lepas tu langsung terlepas cakap, benci ngan diri sendiri


nampak sama tak dengan guitar yg asal, sy sendiri sgt kagum dengan buatan akk ni.

Happy birthday :) Semoga perkahwina kita akan selalu dalam rahmat Allah swt
#guitarcake #guitar_cake