Showing posts with label miscarriage. Show all posts
Showing posts with label miscarriage. Show all posts

Monday, 17 November 2014

Air mandian herba

dalam beberapa minggu ni, post di blog akan dipenuhi dengan post yang berbaur emosi dan post berkaitan dengan berpantang. sesuai dengan situasi yang dialami oleh si penulis. hehehe

harini, sy nak kongsikan tentang mandian herba. selama beberapa hari ni memang sy amalkan mandian herba anugerah yg suami belikan di kedai jamu, sebab haritu tak menahan2 nak jugak suruh dia belikan. biasalah kesabaran tak berapa tinggi

tapi beberapa hari ni, sy kembali menggunakan mandian herba secara tradisional yg disediakan oleh sang suami. telah menjadi tugas tambahan dia menyediakan air mandian sebelum keluar pegi bekerja


Bahan-bahan yang digunakan dalam air mandian.

- daun serai wangi
- daun serai biasa
- daun mengkudu
- daun kulit kayu manis
- daun sembung (betul ke tak ni, tapi lebih2 kurang begitu lah bunyi nya)
- daun bunga kantan
- daun lemuni

Semua bahan-bahan di atas direbus dan mengeluarkan aroma yg sungguh wangi satu rumah. 

lepas mandi air rebusan ni, rasa segar dan bau wangi daun herba. hehehe. 

p/s: terima kasih sayang, semoga Allah balas segala jasa u syg, dan Allah sentiasa jaga dirimu untukku. 

pengalaman berpantang selepas keguguran

ni adalah hari ke-11 berpantang selepas keguguran aritu. kebanyakan blog2 yg sy baca menyarankan pantang 2 minggu bagi keguguran 3 bulan ke bawah. sama macam my case, gugur ketika 12 minggu.

sepanjang permulaan di beberapa hari, kami kena banyak membaca dan tanya mak ayah kat kampung serta kawan2 camana proses nye. ye la kan, sebab tak bersedia lagi untuk melalui proses berantang, jadi memang tiada pengalaman pun. kami berdua sama2 cari info dan apa yang kena buat. mak dah suruh buat macam2 sebab dia risau kan, lagi pula dia duduk berjauhan dari kami. kami ikut satu persatu yg mak suruh buat. hehehe. terima kasih juga kawan2 yg banyak bg info dan apa yang nak kena buat. terima kasih sangat2. semoga Allah balas kebaikan kalian. tak kurang juga yg memberikan kata semangat dan doa. terima kasih. hanya Allah yang dapat balas kebaikan kalian semua. alhamdulillah sebab kami di kelilingi keluarga dan sahabat yg baik belaka.

info dari blog Kak Engku Bidan Bersalin:


Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat. Angin Gugur - ialah angin yang menyerang selepas keguguran, mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran. 



Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran, tambahan pula bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya.



Tempoh Pantang Keguguran Mengikut petua Melayu, terdapat pelbagai pantang larang ibu keguguran dari segi pemakanan dan cara hidup harian. Berpantang ibu bersalin ditamatkan mengikut jangkamasa keguguran. Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari. Ini adalah kerana angin gugur telah sedia ada untuk menyerang atas kesilapan pantang larang. Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari. Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari. Namun, untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.



Cara sy berpantang:


sy dah setkan untuk tak keluar rumah selama 2 minggu, seperti kebanyakan yg disarankan berdasarkan keguguran yg berlaku pada usia 12 minggu.

Supplement yg sy makan:

1. Jeli gamat - untuk merawat luka dalaman
2. Habbatus sauda - yg ni memang dah amalkan dari masa mengandung lagi
3. Folic acid - suburkan rahim, dah makan dari mengandung lagi juga
4. Pati ikan haruan - merawat luka dalaman dan kesegaran bada - hmm, yg ni rasa nya sangat tak sedap. Ya Allah, bertabah je la sy nak minum ni. baru minum 1 botol dah rasa tak mau minum lagi :( tapi, sy akan cuba untuk menghabiskan sekotak yg suami belikan. ada 7 botol. huhh
5. Jamu mak dara gold - yg ni tak tau bile nak makan, tetiba dia balik keje bawak sekali dengan tunku semua tu. ada kawan nasihatkan makan after 1 month.
6. Set berpantang keguguran daripada Shaklee yg merangkumi: Alfalfa, Vit-C, Vitalea, Zink, B-complex & Osteomatrix



Penjagaan lain 

1. Tunku - suami belikan tunku herba mak dara. pagi dan petang bertunku. hehe. rasa bes kena tunku ni, perut rasa selesa
2. Mandian herba - sy guna mandian herba anugerah. macam xde bau herba sangat. suami decide nak buat mandian herba sendiri saja. hehehe, lagi bes, rasa segar and wangi
3. Bengkung - kite guna bengkung moden yg memang beli lama dah masa zaman dulu2 nak kempiskan perut. untuk bengkung mak suruh guna kapur dengan limau nipis buat malam2 je. siang2 bengkung guna minyak panas je. tapi lepas beberapa hari, kena ruam pula dan jadi gatal. sebab peluh kot. so, kite pakai bengkung malam je. 
5. Minyak kayu merah - nasib baik masa kat langkawi ada beli minyak ni, kalau tak, tak tau nak guna minyak ape. ni guna untuk sapu kat perut dan kaki. untuk panaskan perut dan kaki.

Pemakanan:

- buat masa sekarang, kite makan nasi + ikan bilis goreng dengan halia & bwg merah saja, kalau suami ada di rumah dia akn masakkan sayur sawi air letak halia & bwg putih. kalau dia keje, kite makan nasi dgn ikan bilis je. kite tak berani nak main2 air lagi, orang tua2 pesan jangan main2 air sgt, nanti tgn mudah penat sampai ke tua. dah lebih seminggu baru makan ikan selar, ikan lain tak berani lagi nak makan. semua nya tak berani. hehehe
- pagi2 bangun pagi, minum susu kambing + kurma. dah dalam 10am macam tu, makan oat+kismis atau minum milo cicah dengan biskut. 
- rutin makanan sama saja, kalau lapar, makan la kurma atau kismis. memang la boring jugak, kadang2 rasa nk makan kerepek, nak makan maggie la, nak ambik aiskrim dalam peti ais la. almaklum la duduk kat rumah, memang panjang akal la nk makan benda bukan2 yg nerepek tu. tapi tak la, ehheehe 

secara keseluruhannya sy tak ada masalah dengan makanan ni. semua okay je. rasa sedap je kat tekak. hehehe. alhamdulillah, tak ada masalah sembelit, semua nya okay.  

Pemakaian:

- kena pakai stokin setiap masa. takut masuk angin. kalau masuk angin nanti sakit2 bdan pula. pakai baju tebal sikit. tido tak boleh pasang aircond dah. kipas pun kena pasang slow2

Kerja rumah:

- kerja rumah semua tak boleh buat dulu. walaupun kadang gatal sgt tangan tu. jangan, sabar dulu. karang da sihat. buat la. buat sementara waktu, semua kerja rumah suami kena buat semuanya. Semoga Allah merahmati dirimu ye syg. 

Mengikut kata Dr, kita boleh merancang semula kehamilan selepas dari tempoh 3 bulan keguguran. In shaa Allah, pada masa tu, rahim da bersedia untk hamil semula. 

Ya Allah, semoga semuanya baik2 saja dan tiada masalah apa2.

Untuk rujukan di masa hadapan, senarai makanan yag boleh dan tak boleh di makan semasa berpantang

Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang
Blog asal boleh klik sini.


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucukpegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang



Wassalam