Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Friday, 22 March 2013

Part 5 - My Shop: perabot dan susun atur

da lama nak update pasal ni untuk simpanan jadi kronologi kisah suka duka hidup. hehe, tak rasa untuk bercerita panjang, jd sy hanya tempek gambar dan biar gambar berbicara seadanya.

ini la yg mampu sy buat dan sy bersyukur dengan apa yg telah sy lalui ni. Ya Allah, alhamdulillah di atas segalanya, adakala nya di sebalik kedukaan tu, Allah turunkan kebahagian dan kegembiraan untuk kita. Sy ingin jadi seorang yg sentiasa bersyukur dan redha walau apa jua sekalipun yg sy lalui. InsyaAllah.

kepada kekawan yg tak datang kedai sy lagi, jemput datang :) alamat nye:

Fateema An Nur Enterprise,
No. 22A-2, Jalan Tasik Utama 10,
Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur.


daa, tu je dulu, nanti sambung part lain lagi. bile nak habis, tak tahu. hehehe

Part 1: kedai baru 
Part 2: my car da jadi lori kecik 
Part 3: sy si tukang cat
Part 4: operasi mencari karpet & lain2

daaa, sampai ketemu lagi :)

terkunci pintu :(

semalam (21 mac - saja nak ingat date, heheh) adalah hari yg kurang baik dan harus jadi pengajaran untuk masa hadapan,

kejadian yg sangat-sangat buat minda tak mampu berfikir dengan betol. Ya Allah, sangat nervous. tak pernah terfikir sehingga ke usia ni lalui sume tu. al kisah nye, rushing sangat dr kedai yg pasang signboard tak siap2 sampai la ke malam till i have to postpone my swimming class. dah la first day kan, hmm. awal2 lagi da bagi bad impression pada coach. huhhh, i feel bad to them :(

sebab rushing sgt, n reached home at 845pm, terus cecepat naik atas tukar swimming suit, coach da tunggu kat swimming pool. skali dah siap, terus klua, ambik kunci dr himpunan kunci (ada 3 gugusan kunci: kereta, rumah & office, kedai) dengan yakin nya dah ambik terus tutup pintu. Ya Allah bile nk lock tombol atas, goshhhh.. i took the wrong key. KUNCI KEDAI okay. blurr n rasa nak nangis, seriously, i can't think of what should i do. lama jugak termenung depan pintu tu. fon pun tak ada, n i tak boleh nk ingat num sesiapa yg i boleh nk mintak tolong pun. akhirnye terpaksa i panggil kakak sebelah rumah, cakap ngan dia, apa dah jadi n i went down to meet my coach n sorang lg. diorang pun tolong fikir sama what can we do to solve my problems :( nasib la diorang ni baik n they said, it's okay, selesaikan dulu my problem.

finally, alhamdulillah, dah selamat semua nya, a big thank you to my kind neighbor and my new coach. kalau diorang tak ada tolong, i da tak tahu nak buat apa. semoga jadi pengajaran di masa hadapan supaya lebih berhati-hati dan tak kelam kabut.

Ya Allah, semoga hari-hari mendatang akan menjadi lebih baik dari hari yg pernah sy lalui dan semoga segala urusan ku dipermudahkan oleh Allah swt. Amin

Saturday, 9 February 2013

Part 2 - My Shop: my car da jadi lori kecik :)

assalamualaikum,

hehe, da siap ada part ni kan, maksudnya akan ada banyak cerita la ye. hehehe. ya, sesungguh nya sy ingin mengabadikan nya sebagai suatu kisah dalam hidup saya. supaya in future bile sy lihat2 balik sy boleh senyum dan menangis mengimbas segala apa yg telah sy lakukan. insyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan.

entry ni khas untuk cerita kisah penat lelah menjadi buruh kasar mengangkat semua barang naik turun tangga, ohh, memang bermandikan peluh okay, mau beberapa kali angkut jugak la, naik tingkat 2 dengan bawak bebena seberat dengan kudrat seorang wanita. memang terasala ototnye, longgat n terketar2 rasanya kaki tangan ni. tapi alhamdulillah, sehingga ke saat ni da hampir siap mengangkat barang berat seperti meja, beberapa manequin dewasa dan kanak2, kerusi ofis yg berat tu, dan meja yg maha berat. Ya Allah, hanya Allah je yg tau di mana datangnya kuat semangat nak buat sume tu. syukur pada Allah dah selamat semua nya.

diharap selepas ni, jalan untukku lebih dipermudahkan oleh Allah swt.

daaa, tengok la, my car dah serupe lori kecik da, kat seat depan tu pun penuh ngn kotak manequin gak. hehehe.

paling kelakar time ni, roda kerusi tu asyik dok totalk2 belakang i tau, geram jeee lagi2 kalo ada jalan berlubang. boley tahan sakit gak dibuatnye.
daa, jumpe lagi di entry bahagian yg seterusnye :)

Part 1 di sini :P

Saturday, 19 January 2013

Part 1: Pengajaran & Pengalaman: mengimbas segala keje yg pernah sy buat

oh harini terasa rajin update blog. melatih otak dan minda mengarang ayat untuk persiapan menulis paper n thesis. *heee, alasan la tu kan* tak la, nak mencari mood menulis dan buat keje. alahamdulillah da rasa lega lepas buat candidature defence, now boleh focus untuk tulis paper n thesis saja.

tetibe rasa nak mengabadikan cerita berdasakan pengalaman hidup:

sampai sekarang, sy memang tak penak bekerja secara official macam orang lain, haaa, bayangkan umur dah berapa, orang pun pelik tak keje2 pun budak ni, setiap kali balik kampung orang tanya, asyik la jawab tengah blaja lagi. haaaa, tak habis2 blaja nye.

tapiiiii, sy pernah buat beberapa keje secara tak rasmi:

1. part time kat JUSCO (sekarang da dikenali sebagai AEON). masa tu sy bernasib baik seba di tempatkan di kaunter J Card, kawan2 sy yg lain kena kat bahagian ikan pun ada, kesiann dia. apa yg bes, bile kat sini, duduk aje depan komp, tapi melayan karenanh customer bukan la sesuatu yg mudah ye kawan2. ad je masalah nye. dari keje kat sini, apa yg sy belajar:
- pertama sekali mestilah dr aspek komunikasi dgn macam2 jenis orang, dalam amsa yg sama meningkat kan  our self-confidence
- meningkat kan kesabaran dalam diri, hehe, harus la kan
- belajar dengan macam2 perangai orang, sebab selama ni sentiasa berada dalam kelompok yg sama, bile kat situ, macam2 orang dari pelbagai latar belakang pendidikan, ya, memang kite akan nampak semua nya tu dan mmg berbeza, lama2 kite akan faham :)
- yg pastinya, lebih menghargai nilai duit tu, sebab baru rasa susah nak cari duit, heee, salunye tinggal mintak dgn family je kan. 

2. latihan mengajar di salah satu sekolah menengah berasrama penuh d KL
untuk latihan mengajar masa my final year of undergrad study, sy mengajar di sekolah yg memang baik, sekali lagi sy bernasib baik dan bertuah kerana ditempat kan di sekolah begini, berlainan dengan kawan2 yg lain kena mengajar di sekolah yg teruk disiplin nya. haaa, balik2 rumah menangis pun ada, kitorang semuanya OKAY. alhamdulillah. memang bersyukur sangat, tiada sebarang masalah disiplin. apa yg sy belajar di sini:
- pertama sekali tentang dedikasi seorang guru tu, kat sini cikgu nye memang bersemangat. tapi sy memang bukan nak jadi seorang guru, hanya menjalankan tanggungjawab sy sebaik mungkin.
- yg ke-2, bile jadi guru, buat suara sy automatik jadi kuat. hahahaha, dr hari ke hari perasan suara mmg kuat, hehe.

3. part time tutor di uni
sepanjang lepas siapkan 1st degree, mmg da mengajar as part time tutor sementara mengambil mood nak sambung master. agak lama jugak sy mengajar, sehinggalah di awal phd, dalam beberapa tahun jugak. apa yg sy belajar:
- mengajar di peringkat ni, tiada  bnyk sgt cabaran nya, lagipun hanya sebagai tutor, kite pun xsempat nak kenal pelajar2 kita, hanya mengenali mereka2 yg aktif di kelas, hari2 pun sama. lama2 mengajar semua dah melekat dalam kepala dan da tau apa student nak tanya. tapi rasa gembira setiap kali bile da dpt result, student dtg say thanks. 
- cuma kita dapat belajar tentang cara pemikiran student sebab adakalanya boleh nampak sangat perbezaannya. tp, alhamdulillah sepanjang bertahun2 mengajar, tiada pengalaman buruk yg sy lalui. Cuma ketika mengajar di kala usia yg agak muda, gangguan personal itu sentiasa ada, so, bersabar saja :)

4. juru make up
sepanjang meneruskan pengajian yang sampai entry ni di tulis masih tak habis, untuk mengisi masa terluang di hujung minggu, sy menghadiri macam2 kelas (kena buat entry lain tentang class pulak ye, hehe) jadi salah satu class y sy hadiri adalah class make up, dari personal grooming hingga la ke bridal make up. ni antara kelas yg pernah sy hadiri:
i. kelas make up di kolej komuniti tanjug karang
ii. kelas make up dgn En. Mohd Fisol
iii. kelas make up dgn kak Ros
iv. kelas make up intensive di Akademi Red Glow (kat sini ada beberapa make up artis dr red glow sendiri, big thank u to kak Ina, kak Najwa. dan beberapa make up artist jemputan spt: MUA dr MAC, Val Shuq dan Amy Janz)

di sebabkan da belajar macam2 ni, sy mula ikut free outing untuk buat outdoor make up, start make up for dinner dan jugak pengantin. yg ni mmg can make money, tapi lama kelamaan sy dah xcukup tangan dan ada rasa bosan sebab terlalu terikat dgn macam2 perkara dan jugak busy dengan study dan online shop. akhirnya, slowly sy stop buat makeup dan hanya memenuhi permintaan rakan2 dan regular customer shj. 

apa yg sy belajar:
- kalau nak buat sesuatu, buat la bersungguh2, pasti ada pulangannya
- dalam dunia make up ni, lagi macam2 orang kite akan kenal, sebab akan kenal di kalangan make up aritist sendiri, models dan kalau make up pengantin (family dan kaum kerabatnya). haaa, mmg macam2 la ragam orang dan latar belakang serta cara pemikiran nya. so, pandai2 la bawa diri. hehee.

5. online biz
hmm, yg ni kena sambung entry lain, da penat mengarang. heheh. tambahan pulak cerita nya lebih panjang.

daaaa, nak sambung buat keje la pulak :)

Saturday, 12 May 2012

da ada domain n hosting sendiri :)

assalamualaikum, 

kalo tetibe rajin nk update, suka la nk buat bederet kan. bau-baru ni sy dah beli domain utk my onl biz, tetibe rasa tergerak hati nk beli domain sendiri. mana tau boleh meningkatkan lagi prestasi biz dan semangat sy sendiri. InsyaAllah. 

baru ada domain n hosting, dulu pernah buat website guna subdomain my fren, tapi sekarang, ya ampunnnn, serious sudah lupe, tergagap sy membuat nya, n mmg 100% sy lupa. insyaAllah, sy akn mula semula nanti, kena bahgikan masa buat research n buat benda personal gitu, nanti tak balance susah pulak kan.

sampai ekarang my new website tu masih kosong sahaja, i jz dont have any idea on how to start publishing my page :( lupa sepenuhmyaaaa, padahal dulu da berjaya da buat basic website, xla canggih, tp senang nk faham kan. sedeh la macam ni, tapi yg penting sy tak putus asa ntuk meneruskan nya. dengan ini, hari2 yg sy lalui jadi semakin sibuk, di samping my own research kena jugak curik2 masa to develop my own website.

insyaAllah, sy pun bakal daftarkan my online biz, Ya Allah, minta dipermudahkan segalanya, dalam hati niat nak mengembangkan kan nya lagi, tengah membuat planning secara menyeluruh, insyaAllah, sy nak merealisasikan nya satu persatu, syukur pada Allah disebalik dugaan tu sentiasa ada hikmah darin Nya, alhamdulillah. pasal nk daftarkan pun, kemain jenuh nak pilih nama, macam2 la ni kelua kat kepala. tp sekarang da ada nama yg belegar2 di minda, konon nak nama yg canggih2, last2 tak la, guna nama sendiri je. hehehe, insyaAllah, da daftar nanti, sy share kat sini.

daaa, tk care everyone :)

Tuesday, 8 May 2012

penawar duka

assalamualaikum :)

selamat pagi sume, arini awl betol terasa nak update blog. 

sesungguhnya hati ni sangat bercelaru, berat kepala fikir macam-macam. daripada nk sambung buat keje tp duk termenung depan komputer, terus ambik salah satu buku yg beli masa pg pesta buku haritu. 

Penawar Duka Pengubat Sengsara by Dr. MAZA

Ya Allah, buku ni mmg sangat2 bagus dibaca, bukan saja untuk orang yg serabut untuk sy, tp untuk sesiapa saja yg ingin mendapat ketenangan dlm diri. bila baca buku ni, kite mula buat muhasabah diri, kenapa kite selalu rasa tak tenang walaupun kite ada segalanya.

sy baru baca sedikit sebelum tido mlm tadi, kunci pertama untuk menjejak ketenangan dlm diri di kala kita menghadapi dugaan adalah dengan sentiasa beristighfar sebanyak mungkin, seperti ayat yg terdapat dari buku ni;

"istighfar adalah penyembuh derita jiwa seseorang hamba." 

Jadi, marilah kita sama2 memperbanyakkan istighfar dgn ikhlas dalam kehidupan seharian kita. 

Hee, sedikit kisah selingan pagi ni:

Disebabkah bangun awal sesangat pagi ni, tibe rasa nk sms mummy;

me: Gud morning my, Love u :)
mummy: Love u too 

p/s: buat camni pun boley mengurangkan kekusutan di hati, sebab di saat org lain xpernah menghargai kite, kite sentiasa tau that 'mummy always love me' :)

daaaaa, have a nice day everyone :)

Thursday, 26 April 2012

zaman dedulu :)

assalamualaikum,

hehe, besnye bercutiii (padahal keje kemain bnyk kannn, tp mls nk pikir dulu, arini n esok sy anggap sbg cuti, arini temankan my fren, dan sekali gus singgah di sunge wang :) arghh seronoks la kann, da lama pulak xpg sana, harus la buat activity wajib kat situ, heee, macam tak biasa pulak ;p

esok pulak nk jumpe arina, lama da tak jumpe arina n si chumell rania (heee, nama mommy n anak serasi kan, tukar2 arrangement je, macam kalo buat combination or permutation dlm statistics tu la, ada berapa nama boley buat dr huruf A A I N R? so 2 daripadanya.. adalah nama diorang **haaa, merepekkk dah)

hee, xsabar nk jumpe arina n rania, heee, masa cepat sgt berubah, teringat dedulu sama2 buat master, mcm kembar tak seiras pn ade, pegi mana2 mesti ade je dua org ni skali, kalo xde salah sorang, mesti org akan tanya, even bile arina da pindah pun tgk arina tak de dgn sy, heee, org pun masih tanya lagi. *glemer la kite sume org kenal kan, hahaha, perasannn ;p*

teringat kegilaan kite pg shopping n bile supervisor call, mula la gelabahhhhh, kecut perut la kan. lepas tu, asyik2 nak pegi holiday :) hee, seronok kan masa tu, rahsia2 agung antara kite lagi, haihhh, bnyk nye kannn, macam penyimpan mohor besar antara satu sama lain gitu. hehehe.

sesaja nak imbas kenangan, pics masa pg holiday kat langkawi, bes sgt time ni :)

bnyk gile kot cubaan melompat kite buat,
pastu pic snap guna timer, mmg macam ape je kannn
fun sebab sgt susah nk dpt shot yg betol2
melompat sbb nk kira bila mana la camera nk snap :D

tunggu sunset :)

sunset da pun datang

tadaaaa, kami dua la :p
okayy, esok nk jumpe diorang :) jalan2 lagii, okay, weekend ni sy buat keje ;p

daaaaa :)

Tuesday, 17 January 2012

penat yg teramat

assalamualaikum,

hi sume, ohhhh, i'm extremely tired. penat sesangat sejak join class muay thai ni. mmg mencurah2 ke ladang gandum la peluh lepas abis training tu. kadang2 rasa longlai da kaki tangan lepas training nk drive balik tu, jalan slow2 je pg kat kete n drive balik,. nasib la sy memilih bukan waktu kemuncak untuk pegi dan balik dr training tu, so boley la sy drive rileks2 ckit. 

ni da minggu ke dua training, penat tak payah cakap okayyyy, seriously penat gile, my personal training ada 8 session, kire da abis my personal training akn join pulak group class, hmm, risau jugak sebenarnye, nevesssss kan, sume org macam kuat2 je, td masa my training session, ade seorg aunty yg jugak ambik personal training dgn other trainer, i dengar la dia ckp, her age is 54 yrs old, hmmm.. skali kan, i tgk la masadia tgh training, dia jab n hook lg kuat dr i buat. muahaaaaaa, malu okayyyy, dia punye sound effect 'dush' tu lagi kuat. seriously tak tipu niiii. kalo i buat mcm malu2 kucing je nk klua bunyi 'dush' tu. aiyaaaaaa, ini org memang la kan. so dlm hati berbisik la, nape la aunty tu buat lg kuat dr aku nih, xboley jadi camni. huhhhh. kena gak dush dush lg kuat. hehehehe

lepas abis training, macam biasa, akan balikmnd n siap2 pg um, penat nye mmg xboley kira, sy akn naik my room dgn selipar jepun, no high heels ya, mmg xmampu untuk naik smpai 3 tgkat dgn heels/wedges lepas balik training, so jgn berangan okay nk guna heels atau yg sewaktu dgn nya, naik la tu haaaa dgn selipar jepun je ;p

wpun teramat penat dgn training, tp alhamdulillah boley siapkan beberapa perkara penting untuk arini dan ada lagi nk kena sambung. sekarang macam tgh masa genting ada bnyk perkara bercampur gaul dlm kepala ni, hmm, dlm masa terdekat kena fikirkan untuk pg conference lagi, uhhh rasa mcm baru je pegi aritu da kena pg lagi, so sekarang dlm proses nk siapkn abstract, harap2 mudah la jalan untuk yg ni. hmm, currently working on my own checklist, ada bnyk benda laaaa. Ya Allah, permudahkan segalanya untukku. Amin.

Monday, 30 May 2011

list updated!

yuhuuuu, seriously kepala sy tengah serabut sekarang, sangat2. sy excited untuk balik kampung, but at the same time, banyak nye benda yg akan tertangguh dan terbengkalai sebab sy akan bercuti agak lama, dan tambah pula setelah balik dr kampung, sy hanya ada masa seminggu untuk menyiapkan kerja yg sy tinggalkan sepanjang berada dikampung, lepas tu... i'm going for holiday again. yess, bunyik macam bes, holiday kan, tapi akan bertambah kuasa infinity la kerja yg akan sy inggalkan. sy suda register my phd almost 1 year okayyy, sy sgt takut, sy maw abis cepat, xmo lama2, suda lama sangat menjadi seorang pelajar. within 1 yr, xde benda sgt pun yg da jadik. sy risau, dan sekarang masa makin cepat. huhh, terkejar2.

teringat balit to do list b4 im goin back, yg pernah sy post lama dulu, now nk update jap


1. jahit baju sendiri (belom buat pape lagi.. adoii sempat tak ni nk pakai cecomel masa jd pengapit nnt, hehe)
-update: okayy, sy surrender, sy hanay sempat jahit baju shj, kain nya macam tak sempat, sy decide i won't continue anymore since i've some other important things to do. my derivation is waiting 4 me. uhhhh

2. gubah bunga tgn (pun blom buat lg)
-update: done (dgn pertolongan shimah) abig thank u to shimah. hehehe

3. cuppies for yak iey's bday (hmm, memula nak buat, tp hmmm,, bile ku pikir2 balik xmenyempat je, so da order, heee, tggal ambik je nnt on 31st may))
- update: done

4. book hotel n tour activities for my next vacation (yeayy, ni da tgk2, tggu nk pilih n book je lg)
- update: done

5. anta abstract for conference (belommmm, ni date line 30 may)
- update: decide not to go, 'll participate in another conference, so can consider it done as well :)

6. new simulation for CI (programming in progress, harap2 sempat b4 i'm goin back, xla rasa besalah sgt balik kpg n cuti lelama)
- update: oh, this is the most critical part. still in progress, need to derive other method, sedey :(

7. baju renang (tgh tggu diorang jahit, hopefully smpat b4 balik ni)
- update: done, just transfered the money using WU

8. ambik stok tudung n kain (xtaw lagi bila nk buat)
- update: done

cam sume 'DONE' je, tp di jiwa ni masih sarat memikirkan list no. 6 yg xselesai lagi. hopefully progress makin meningkat, i still have another 1 day to go. chayok2!

Monday, 23 May 2011

kaki terpeleot

hukhuk.. sedeynye balik petang ni tibe2 je kaki terpeleot, xde pape pon, bukan pakai heel pun, pakai selipar je sebab da sampai kt floor rumah da, ckit je lagi nk sampai depan pintu, tetibe je terjelepun. aduhhh, sakit nye kaki. hmm, memula cam xsakit je n boley bangun terus n cepat2 buka pintu rumah.

skali, da malam ckit, sakit okayyy, bengkak pulak dah kaki ni ckit. hmm, kat mana nak carik tempat urut agaknye ye, tgh cek2 online n tanya ngn kekawan kot2 mereka taw ada tempat nak urut kaki ni. sakit ni taw, dah la esok pepagi ade discussion, da gtaw supervisor, nasib dia okay je suruh pegi carik tempat urut kaki dulu.

hopefully xde pape sgt la. sedeh :(

Saturday, 21 May 2011

sehari d UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum n hi sume

minggu ni temankan kawan sy ke uitm puncak alam, adik dia baru nk sambung study kat sana. mula2 pening la jugak kat mana la tempat nye, hmm, tengok2 map yg d bagi macam lalu lintas meru sume tu. tp ada jugak jalan2 yang cam tak berapa nak tau. lepas tanya kekawan, InsyaAllah boley kot. hehehe.

alhamdulilah da selamat sampai uitm jugak selpas rasa macam blur seab asyik tengok signboard ke kuala selangor, risau pulak kalo nanti tetibe sampai ke kuala selangor pulak kan. tapi memang lepas je traffic light simpg 4 yg pekan meru tu, memang straight je sampai la jumpe  sign board uitm puncak alam. senang je upenye, tapi jauh la. dan jugak jalannye banyak lori yg lalu lang. hee, sy sedikit seram drive kat situ, kalo malam2 atau sesorang memang xkan la drive kat situ.

puncak alam ni mmg betol2 kat puncak, aiyakkk, tpt tinggal mmg atas bukit, bisa kurus kalo camni. hehehe, lepas je reg kitorang pun teman adik ell g bilik dia. bes jugak, konsep dia cam apartment, ada 4 bilik kalo tak silap saya, setiap bilik ada 2 orang, macam bes je duk camtu kan, siap ada ruang tamu lagi. hehehe, suasana pun condusif je untk study, sebab jauh dari hiruk pikuk kota kan **hahah, ayat xtahan** cantik je uitm ni :)

adik ell dapat blok R4

ni pndangan sy ambik dr bilik adik ell yg ada d tingkat 4

cafe dia canteq kan, cam food court kat supermarket

da lepas anta barang kat bilik, kami turun semula, nk pg lunch dulu sebab da kelaparan sgttt, lepas tu beli kelengkapan harian dia yang xcukup lagi, heee, sume ade. sy pulak lenggang kangkung je xtolong bawak pape pun. heee ;p

tengok tu, sempat lagi kan, pose mana nak naik bukit ke R4

kt cafe area, cantik kan? macam food court supermarket je

tadaaaaa, sy n ell, muke da lemau, sebab cuaca panas plus turun naik  bukit

ok, cam rajin je update blog. hahahhaa, cam xde keje pulak, simulation xsiap g, ada masalah ckit, tak larat nak betolkan da, bia dl, esok sambung semula. hehehe.

daaaa, take care everyone :)

tyre kete kena kluakan angin lagi :(

sedey sangatttt, jahat org yg buat sume ni. mereka yg suke buat benda2 camni adalah sgt xde keje,kalo da xde keje sangat, nk mintak tolong run simulation dgn 20 comp n jaga kt lab boley tak? tak baik taw buat camtu :( hukhukhuk, SEDEY. tak taw kenapa ade org suka buat camni, sy rasa xde pulak sy ganggu gugat hidup org lain n ambik kesah ttg hidup mereka, sy pun ada banyak sangat urusan diri sendiri untuk diuruskan, sedikit pn xde masa utk kacau hidup dorang. hmm, biala la mereka, semoga mendapat hidayah dr Allah swt.

macam biasa isnin n rabu salu ade discussion, sama la cam isnin lepas, ade discussion 10 am, klua pun 10mins lg ke kol 10, harus la gesa2, hehe. masa driving tu xperasan pun, alaklum la sy ni, heeee, asal boley jalan je kete tu. skali da sampai UM n parking, tibe sy terpandang tyre kete depan sebelah drver tu pancit la, alahaiiiii, terus cam blur jap, dah kol 10 da ni, nk kena discussion da. aiyakk, pe nak buat ni. last2 pg la dulu discussion, masa discussion tak buley nak focus pn, duk teringat la ape nk buat ye. hmmm

bile da xtaw nk buat ape, hehe, drive je la slow2 stesen minyak berdekatan n pam tyre, pastu ada sorang uncle ni tegur. 'tyre da flat la' dia pun dtg tgk2 tyre n terus ambik pam kat tgn sy, hahhaa, sy yg blur bg je, dia pulak yg pam kan, padahal sy pun boley pam sendiri. lawak ingat balik, tp xpela da pacik tu berbaik hati nk tlg pam kn, thank u pacik :)

sian dia, da 2 kali kena kuakan angin, pe la salah dia kan ;(

Thursday, 19 May 2011

yuhuuuu, suda booked hotel for our next vacation

alhamdulillah, yeayyyy. suda booked hotel for our next vaation. heee, kiranya jun adalah bulan utk sy bersukaria, early june sy balik ke kpg halaman dlm seminggu jugak, can't wait cz ada my fren's wedding. 

n balik je dr kpg halaman smbung buat keje kejap before kembali bercuti selama seminggu. my dear sister dtg sini. suke suke sukeeeee :) da siap2 booked tpt penginapan kami, rangka pejalanan kami nnt, KL => langkawi => penang => KL. kami akn berada d luar KL selama 6hari, yesss, mau bejalan2 sambil rehat kan minda, balik jadi lebih bersemangat :) hmm, nmpknya kami bjalan bedua je la, tp xkisah la, as long as ada kwn kan, sume boley je jadi.

utk hotel booking, sy booking dr agoda.com, mmg murah la dr lain, tapi berpinar2 jugak la mata pilih tpt nk duduk ni, kalau boley kami nak duduk kat tempat yg biasa2 je, sebab nk spent more on tour n shopping2 kt sana, so tpt duduk tu jz ok2 pun boley je, xde masalah :)

nnt da lepas pg, cite pulak tpt tggal camana ye, sy da pnah pg lgkawi n penang, tapi kali ni, layan kn aje my dear sis, yak na maw pegi, lagi pun ni da final year of her study, nnt bile da keje ssh pulak nk bwk dia g holiday. **hmm, kakaknye smpai skrg x abis2 stdy lagi la, adoiii, malooo malooo**

hee, dis is my sis, yak na. kami ada hobby yg sama which is suke ambik gambar d mana2 saja, tp rasanya lg lebey kesengalan yak na berbanding sy, hehehe.

p/s: kami nmpk sama tak, org salu confuse sbb muke kami ni mcm fotostat ;p 

daa, xsabar nk balik kpg halaman 1st of june nnt :)

sehari di posgrad seminar n jumpe baby rania :)

heee, nampaknya sy rajin mengupdate blog d tengah malam ni. heee, nak taw kenapa??? sebab sy menunggu sy punye simulation klua results. hahahaha, makanya sy menulis d blog sementara nk tukar each parameter. kire macam keje sampingan, 

ikut suka la kan sy nak tulis ape, hehehe, saja nk update sume cite yg tertinggal selama beberapa hari yg di zaman kesibukan sy. 

kesibukan melampau sebab seminar yg da berakhir mggu lepas, hee, seminar nye sehari je, tapi penatnye kemain, selaku penganjur mmg penat sangat okay, xtaw nak cakap, sumenye kena mainkan peranan, tp alhamdulillah sumenye berjalan dgn lancar, sy pun da sempat present satu paper wpun naik turun 3 tingkat dgn high heel 5inch, nk tau last2 ape sy buat, lepas je present n kena duk dlm bilik urusetia, tanggalkn aje, guna selipar jepun. hahahaa, buruk perangai ;p

tp apa yg paling menarik n bes sgt, hari tu jugak sempat jumpe dgn arina n baby rania, memang xsabar sgt nk jumpe diorang, sejak arina pndah da tak jumpe, sy pun da ilang teman nk bjlan, begosip, sume cite suka duka kongsi sesama, haaa, cam kembar tak seiras je, kalo g mana2 salah sorang tak de mesti hairan, sinonim kalo ade ct ade arina, hee, begitu la sebaliknye. dulu2 kalo tgh buat keje, pastu cam boring je, kitorg terus cabut pg midvalley, hahaha, buruknye perangai time tu, bile masa kat lua tu, asal hp berdering seram nak angkat, hahaha, takut supervisor call. hahaha, sgt lawak okay. tp sekarang da xmacam tu, cepatnya masa berubah. okayyyy, membebel panjangnyeee 

hehe, cepat kan masa berlalu, dulu kami mmg akui sgt gedik slalu, suke perasan (tp sama2 kitorg je la, depan org tak, ckit2 je la kot). hahahaa, ntah apa2 je kan, dan sekarang arina da jadi ibu. cam percaya xpercaya, ada rania yg chumell lg n tingin sgt nk cubit2 pipi tu, **okayyy so ct percaya taw arina, hehehe**. kalo nak ingat bnyk sgt benda yg best yg kitorg buat sesama sepanjang siapkan master sesama. ada yg besada yg xberapa nk bes, tp kalo ingat balik mst akn rasa bes je, sebab kite d beri peluang untuk lalui sume tu.

heee, seronok jumpe rania, nk tggu aunty ct **terpaksa ngaku as aunty jugak la, da tua** dtg jb xtaw bile.





daaa, nnti rania dtg kl lagi ye, ajak ibu dtg lg taw ;) kite jejalan pulak okay

Tuesday, 10 May 2011

sy rindu

kadang2 hati berubah tanpa sedikit pun kita memintanya berubah. dia berubah dgn sendirinya. saat ni sedang sedaya upaya membuat persiapan utk seminar hari khamis ni (terasa jd cam org penting sgt la knunnye, hahahaha, sbb cam sume bnda kena buat, jadinye persediaan untuk sendiri punye presentation ala kadar je, sy berdoa nanti masa sy present xde org nak bnyk tanya sgt. dan yg paling penting sy jugak berdoa semoga perjalanan sepanjang seminar tu lancar dr pagi ke petang, semoga Allah mempermudahkan semuanya bagi sy pada hari tu. Amin)

hmm, emosi sy kurang stabil, macam2 perasaan sedang menghantui. sambil buat ppt n siapkan segala macam list utk seminar, terasa nak menulis kat sini. hee, ni kan tpt hati utk berbicara, terasa seronok bile baca tulisan sendiri di masa mendatang.


p/s: sebenarnye sy adalah sgttttttt jealous pd sume org yg boley buat sambutan hari ibu bersama dgn ibu d sisi, kalo mummy ada di sini, sy pastinya bwk mummy makan tempat yg bes2 n exclusive, n bawak dia pg shopping, mummy boley mintak apa je yg mummy maw (wahh, sy macam bnykkkkk sgt duit, heee, pastinya sy berani ckp mcm ni sbb mummy pn taw kemampuan anknye stakat mana kan) sy rindu okayyyy di saat sy menulis ni, tp xpe, sy balik nnt awl jun. yeayyyyy :)

Monday, 7 February 2011

ke kedai buku lg :)

weeehhaaaaa, ari isnin yg mmbahagiakn tlah abes :) heee, aku akhirnya xdtg ofis pun, sbb supervsor k xde, aku pun buat la jadual sndiri je, tp aku kalo dk rumah je mula la gelisah, haihh, boring kot duk umah, mmg xreti nk duk diam, berkira2 mau ajak sesape, dlm hatiku da mmg ade nk g amcorp mall, nk g kedai buku la :) kunun nk ambik mmbership yg da siap sbulan kt sana, aku pn nk cari buku2 koleksi bulanan yg wajib ada n paling ptg nk cari magazine. haha, kegilaan dah mendatang nk cari cth make up n latest fashion. heeee, nnt nk ikut photoshoot xde idea lagi nk buat tema ape ni. 

hee, ajak k.sham trus dia nk je ikut pg, waaa ape lagi, trus solat zohor dulu n bersiap2 dgn bgegas nye sbb karang lewat balik jem, xlarat macik duk dlm jem eh, macik da bese duk dedekat je, pg um pon xsmp 10mins :) da siap, dgn pnuh xcited trun tkedek g kete, tgk2 da dkat kol3 jugak, haihh, cpat amat. tp dlm tkedek2 tu smpat jugakkk nk snap gmb sndr. gediks amatsss.

gmb snap mcm tu je, nmpk lobang idong je lebey ni. muahaaa, muke xnmpk pon.
karang kalo make up, kna shading lbey kt idong ni, nk kasi lagi nmpk ke'mancung'ness ;p

mmg motif utama kami nk g sana sbb nk bli buku. yeayyyy, buku bulanan wajib da bli, aku bli 2 je arini, n ada 3 magazine da ku rembat :) tadaaaaa ini dia

hee, buku2 n magazine pilihan arini :)

buku2 kt cni murah taw, kalo buley nmpk kt gmb tu, buku plg ats skali (beauty soul) tu, dr RM95.60 da jadi RM19.90. murah gileeeee kan. kalo sesape suke mmbaca, boley la pg kt Book Xcess nye page ni. mmg berbaloi sgt. kalo masuk kt kedai tu xbli buku mmg x sah. lagipun kalo ade member card, buat minimum purchase RM50 da buley dpt disc 20%. haaaaa, mmg bes kan, kan kannnn. tp magazine xmasuk la utk dpt disc. kedai ni ada kt amcorp, tgkat paling atassssssssssss skali. lupe tgkat bape. heeee :)  

heee, esk slasa, shaye ade clas seawal 9am :) bile budak nk cuti lg eh? 

♥ buat arina yg tgh menghitung hari utk jd mummy, sy nk doakan dia baik2 saja, mummy n baby sihat , dipermudahkan segalanya oleh Allah swt 
♥ buat nana yg smbut birthday arini 7 feb, hpy birthday nana :) mek pun doakan suma yg terbaik utk ktk skali. smg tercapai suma impian n cita2 

Saturday, 29 January 2011

skin care + make up class @brisdale hotel

wkend dtg lg, n begitula slalunya, sy pasti akn mghadiri mana2 course. yesss... live life to the fullest :) arini sy ke brisdale holtel utk skin care + make up class. hmm, the class was not so great (tp still ade bnda baru yg dpt tau, jz xsprt yg ai harapkan, heee.. apepun overall ok je), walau canepun, meeting n making new friends which having the same passion make it meant a lot to me. greatest n sweetest moment 4 sure. hehehehe.

kami sume yg ikut course arini :)

arini sy jd princess, hehehe, ade seseorg dan 2 org yg sudi jd my driver. kalo macik kena pg sndiri alamatnya berpusing la kt ctu mncari tpt nye, n 1 lg tpt ni ssh bebeno la nk parking. nasib la kn ada org berbaik hati. alhamdulillah, sesungguhnya Allah telah memudahkan perjalananku pd hari ni.

heee, xsmpt nk ambik bnyk gmb la, tergesa2 sangat nk balik. xpela, jnji ade cit kan. hehehe.

dgn kak ros n kak ina :)

p/s: ok la, sy seharusnya smbung buat keje, argghhh, kolmogorov-smirnov. jgn la kamoo menyesakkan pikiran ku. maw cpat2 settle kn ini, spy cny holiday diriku bisa bgembira :)

cha 

ke'neves'an ku d hari jumaat

neves n blurrrr gile bila baru prasan yg tayar kete da flat, mmg xde angin lgsung dah. hmmm, termangu kjap, ape nk buat ni. nk mtk tlg sape ni. even aku xtau pun ade spare tyre kt dlm tu. main bawak je kete tu ke hulu kilir. hahahaa, teruk kuasa infinity kan. kan. kannn..

sbbkn aku da smpai kt tpt yg ku tuju, so aku pg je la ambik barang dulu smntara kpala otak ku masih ligat memikirkan ape aku nk buat ngn tyre kete ku yg pncit dah ni, nk ku mintak tlg pada siapa pulak ni. haihhhh, ssh nye, mati akal jap. last2 da xau nk ckp ngn sape, aku sms suprvsor je. hahahaa, bile ku igt balik, sengal nye kan, sesuka hati je mntak tlg dgn bos lg tu. tp seyesly mmg xtau da aku nk mtk tlg sape. heee, nasib bek ada spvsor yg baik hati, dia pn risau je n ckp, xpe aku tggu je kt ctu, nnt dia awak sesape utk tlg aku, alhamdulillah smg mereka2 yg tlh menolong aku pada hari itu dibalas kebaikan mereka oleh Allah swt. aku mmg blur la sesangat smp ke petang. 

lpas da tukar guna spare tyre tu, dia suh aku pg kedai tyre n tuka balik ke tyre asa. sumpah lawak tgk kete ku itew dgn spare tyre nye. hahaha. xcomel lgsung taw :)

hehe, pengajarannya di sini, hehee, kna salu cek tyre tu, jgn ain bawak je. hihihi. n 1 lagi jgn asyik je duk masuk class mnjahit, menari, masak, make up n mcm2 lagi, tp bila tyre pancit pn xreti nk buat pape, klam kabut terus :) 

p/s: sgt2 bterima kasih pd supervisor ku yg tlh btukar mnjad mekanik pulak menkar tyre. hehee. terima kasih bnyk2 n smg dibalas kebaikan tu oleh Allah swt.

♥ cha 

Monday, 24 January 2011

♥ hari isnin sy ♥

alhamdulillah, sumenye okayy. hari isnin pembuka minggu da hampir habis. trasa kpnatan nya, wkend ni sy mmg tidak kemana, hanya dirumah saja, tahniah pd dr sndr, hanya khmis cuti thaipusam sy pg jd model class make up. seronok jugak jd model class make up ni, heee, bes d cantikkn tp mls nye bile tibe nk kna cuci bersih make up tu. mak aih, mmg mls sgt, sbb bnyk sgt laye, penat taw :)

hehe, sy mstila yg kt tgh tu, cnteq tak? heee, xmalooo kan? :) 

memandangkan sy extra rajin utk berbicara di sini, maka saja ingin d kongsikan sgala apa dilalui arini. ntah knapa, lately bz nye lain macam je taw. ohh, baru trasa betol2 tgh buat phd. heee, b4 ni rase ape pulak ye? setiap detik, waktu dan ketika skrg ni diriku dihantui oleh programming n derivation yg duk trsngkut, memanjang la aku tbayang sume bnda tu. wkend pun spvsor carik aku. huhuhuh, sbb bnyk bnda yg bmasalah kn, bnyk bnda nk kna buat, n isnin pg mmg harus la ada discussion. wktu tidur pn da tak terjaga, alo dgr bunyi hp pun neves jeeeee. seram gile kalo tgk no. supervisor. lawak la jugak, kdg2 kalo rasa xready nk angkat, akn kubiarkan ianya berdering. ohhh, seram okay, sbb pasti dia nk tanya, da settle ke probs td? haihhh, seram tau, kalo da settle pasti nye aku xsbr nk jawab, kalo x settle lg, kerinnggggg, teragak2 ko nk jwb :)

cite nye melalutkan, mcm2 pulak da d citenye.. berbalk pd ari ni, hehehehe, seawal pg, mcm biasa, aku ke pos ofis tlebih dahulu, da hampir mjd rutin harianku ke pos ofis d pg hari. tgk2 da kol9am. alamak da janji kn ngn spvsor jmpe kol9. lmbt ckit. hmm, xpe la kn. lama jugak dscussion, nk trun tgga, alamk jmpe 1 lg spvsor, ayoyo.. apa la nasib, kna iku masuk bilik spvsor 1 lg.. **hmm, dlm kpala apa la ku nk cite pula ngn spvsor, tp hmm kagum dgn kebolehan sndr utk bcerita ttg ape yg aku da godek2 dmasa wkend, aisehhhh cm bnyk je kn yg au dh buat. hahahah** tp kire bnyk la jugak, smp aku kna cancell taw plan nk ikut kwn klua :( frust la jugak, kut hati tgedik2 nk klua okayyyy.

tp kan arini penat kehulu ke hilir jumpe org, aku dr mula pakai 5 inch heels tuka wedges trus, penat aku trgedik2 catwalk dgn 5inch heels tu. xtahan da macik. hahaha. kang ade tragedi plak, n nnt lutut ni majuk balik baru padan mukeku sendiri :) 

da penat kulu kilir tbe2 da dkat nk 2pm, cpat sgguh kan, kna jaga exam pulak, nasib bek sejam je, 3.30pm da abes, lpas jg exam, aku siap2 da gtaw spvsor, sy balik trus pas jg exam, ihihi, malooo kan? mmg xmaloo taw budak ni :)

okla, maw kemas2 utk esk, esk pn jaga exam lagi, n run simulation dan jugak pg pos ofis :)

♥ cha 

Friday, 21 January 2011

entry pertama 2011 :)

assalamualaikum sume, lamenyeeeee x update blog ni, heee :) sbb da terlalu lama x update, kna deactivate kjap, kesian dia kn terabai oleh tuannye yg chumill ini **xmaloooo kn, puji diri sendiri**

hari ni da 21 jan, hmm hari tamatnye my road tax.. ouchhh baru teringat d saat sy menulis entry ni bahawa ini adalah 2nd birthday utk my WSF_ _ _, tmt road tax mksudnye hari sy mndaptkn nya,. aduhaiii my bad, sy lupe, seyesly baru teringat :( mksudnye suda 2 thun dia berkhidmat utk diriku dgn penuh kesetiaan, ohhhh, igt nk tulis entry pertama, alik2 psl kete pulak. teruknye sy..

xpela, tutup cite la pasal my WSF_ _ _, hehehe, cm lame la da xmenulis kt cni. rndu pulak rasenye kn. january dah nk abes, cepatny aasa blalu. 2010 pn da blalu, bnyk bnda da blaku d 2010, azam 2010 tercapai ke tak? heeee, itu rahsia la kn, ade yg tercapai ade yg ak la, hehehehe, sbb ade long term punye, so xla tcapai kn bile abes 2010, kna smbg ke thun2 seterusnye. hehehe.

2011 da hmpir sebulan blalu, alhamdulillah sumenye ok n baik2 saja. bersyukur ats nikmat dan kurniaan dr Allah swt. da masuk thun baru means usia pn da bertambah. arghhhh, stress kalo igt da semakin dewasa **hahaha, xmaw guna TUA** tp kan pertambahn usia itu suatu yg pasti, tiada sape yg akn jadi semakin berkurang usianya. malahan kita kna bsyukur kn, sbb masih d pjgkn usia oleh Allah utk mengejar cita2 n impian kita. InsyaAllah :)

utk thun ni, tak de ape yg paling ptg melainkn utk menyiapkn my phd scepat mungkin. utk kwn2 yg masih sama2 mcm sy jugak, marilah kita sama berusaha, berdoa dan bertawakal smg impian kite sume tercapai. sume org xsabar kn nk abiskn study :)

hee, utk naikkn lebeh smgt jom imbas balik time cnvo last yr, besnyeeee :) sume org kelam kabut kan. tp seronok. hehehe


♥ cha