Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Saturday, 19 March 2011

Petua menjadi wanita CANTIK

Assalamualaikum n hi sume,,,

Arini just nk share beberapa petua yg sy baca, sume ni sy share dr link ni. nak lg bnyk petua, klik sini ya :)

1. Kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih. Hati yang bersih datangnya dari iman yang luhur, dan yang tidak mudah dikotori dengan zarah-zarah kotor yang datangnya daripada sumber yang kotor. Hati yang bersih adalah hati yang datangnya dari insan yang mempercayai qada’ dan qadar.

2. Dia tidak akan menyampai-nyampaikan perkara yang buruk, tidak menyebarkan fitnah, tidak suka melaga-lagakan sesama manusia, meninggalkan debat walaupun ia benar, nampak kesalahan diri, mudah meminta maaf, suka melakukan kebaikan, suka bersedekah, sentiasa berusaha dan bersangka baik dengan sesama manusia.

3. Dia mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar berselindung di sebaliknya.

4. Sesiapa jua yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah, ikhlas dan redha, dialah yang paling CANTIK dan INDAH di pandangan manusia, dan semestinya ALLAH s.w.t.

Sume ni untuk kite sama2 renungkan, untuk saya sendiri dan sume org jugak, supaya kita jd wanita yg cantik luar dan dalam. InsyaAllah :)

Friday, 5 March 2010

Petua Untuk Melegakan/Mengurangkan Batuk

di saat kesihatan yg terganggu ni, rasa sgt xselesa bile batuk dh bertamu dlm diriku. sakit tekak eh. sore kemain sexy lagi yu. nk makan ubat batuk, alahai tak sukenye. so sy decide utk cari petua2 tradisional. haha. conventional ckit m.cik dlm hal2 ni ye :)

cari pnye cari, mungkin boley la gune pakai petua yg ada kt cni. petua2 ni d pinjam dr forum sepaku.net. mayb sy boley try petua2 di bawah ni utk mengurangkan batuk sekaligus mengembalikan suara asal sy yg tidak sexy tp stil menjadi kebanggaan diriku. hehe, jg marah. marah kna jual karang ;p.




1. Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.

2. Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

3. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.

4. Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.

5. Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

6. Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.

7. Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.


k, nnt try tgk ye mane 1 paling mujarab. smg akn cpat sembuh nnt :)