Wednesday, 12 November 2014

SEDEKAH SUBUH

Salam,

pagi-pagi sy terbaca tentang perkongsian ini. semoga bermanfaat untuk kita semua amalkan. terima kasih kepada yang telah mengongsikan artikel ini.

SEDEKAH SUBUH...

sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
bagi saya ...ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps

sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.

saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.

oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.

oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.

sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.

tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.

seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...

seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.

seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.

CARANYA?...mudah sekali

pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.

setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...

seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...

Moral of the story: POWER OF SEDEKAH.

terima kasih sahabat yg kongsikan catatan ini. Semoga bermanfaat kepada yg membaca. Admin sejak dulu percaya pada kekuatan sedekah yg mampu keluarkan kita dari masalah... kuncinya Ikhlas mengharap REDHA Allah semata2. ALLAH MAHA PENGASIH tak akan pernah lupa utk menolong hambaNya...

Saturday, 8 November 2014

Mimpi Indah yang sementara

harini nak menulis sedikit tentang pengalaman yg sempat Allah pinjamkan kepada kami untuk merasainya. Sesungguhnya Allah adalah sebaik perancang untuk setiap kehidupan yg kita lalui. In shaa Allah, kami redha dengan semua nya

10.10.2014
esok kami akan berangkat ke Pulau Mabul untuk percutian sempena dengan menyambut hari kelahiran. dalam pada tu ada sedikit kerisauan dalam hati, terfikir jangan2 da mengandung, sebab period pun da lewat banyak hari. dah lebih sebulan pun. maka petang masa singgah ke kedai kami, sempat la singgah beli UPT. sebab tak sabar, tengah malam lepas packing baju, sebelum tidur pegi cek UPT. hati berdebar-debar sangat, sekejap je terus nampak double line. dalam hati terasa riang sekali dan ucap Alhamdulillah. macam tak percaya pun ada, tapi itulah kenyataan nya, terasa gembira sekali. dan terasa inilah hadiah hari lahir yg paling besar dalam hidup sy.

19.10.2014
seminggu lepas balik dari Mabul, pegi beli UPT lagi untuk sahkan semula keputusan. line makin terang sebab cek awal pagi. hehe, haritu cek tengah malam kan. tak ramai yg tau sy da mengandung, hanya keluarga dan kawan2 terdekat. bila dah tau mengandung pun, sy masih seperti biasa, mungkin kecik lagi kan, sy cuma suka tidur saja, cepat rasa penat. buat apa2 pun terasa penat sekali. 

perjalanan sebagai isteri mengandung memang membahagiakan, dilayan bak seorang puteri gitu oleh sang suami. walaupun selalu nya emosi tak stabil, tapi alhamduillah, bila dilayan macam tu, kita pun tak jadi nak marah tak tentu hala. 

sempat la kami bertanya dengan kawan2 yang dah ada pengalaman macamana nk mulakan proses check up semua tu, dalam waktu tu da menghampiri 10-11 minggu kalau dikira berdasarkan hari period yg sebelum nya.

masa berlalu dengan pantas sekali, kami sempat beli beberapa supplement untuk ibu-ibu mengandung, ntah la siapa sangka, Allah hanya pinjamkan pengalaman tu sekejap untuk kami. tapi tak mengapa, kami akan terus redha dan berdoa semoga Allah beri yg lebih baik untuk kami selepas ini.

04.11.2014
hari ni, kami sepakat untuk pergi klinik buat buku pink untuk buat regular check up sebab klinik tu dekat sangat dengan tempat tinggal kami, tak sampai 5 minit pun, dan kalau kami pg awal, tak ramai pun orang. alhamdulillah, dengan ditemankan suami, sy dah pun buat buku pink dengan usia kandungan 12minggu. oh, cepatnya masa berlalu.

selepas sahaja buat buku pink tu, petang tu tiba2 ada cairan color coklat cair yg keluar. tak banyak, cuma sedikit sahaja, sempat la sy bertanya dengan mereka2 yg pernah mengandung. ramai yg cakap, itu normal, kadang2 memang ada keluar macam tu. sy baca-baca di internet pun, ramai cakap macam tu juga. tapi ada juga macam2 pengalaman mereka yg cakap kalau keluar macam tu baik pegi jumpa Dr terus. 

kiranya, cairan tu kelua mcm sekali je sehari diwaktu petang, tu pun tak banyak, so sy rasa mungkin normal saja.

07.11.2014
harini sy rasa tak puas hati sebab dah 3 hari cairan tu masih keluar. warna nya pula makin pekat. pagi-pagi sy terus hubungi kawan sy yg juga seorang Dr bertanya kan pendapat dia. menurut dia, kalau keluar cairan coklat dan perut tak sakit tiada masalah. tapi kalau perut pun sakit, memang kena pegi terus ke klinik untuk buat scan. okay, sy rileks lagi sebab perut sy pun tak sakit apa2, tapi kerisauan tu masih ada.

masa nak solat zohor, terasa macam makin pekat pula. dan sy pun bgtau suami yg kita kena pegi klinik ni. tapi masa ni perut sy pun tak sakit lagi. kami bercadang untuk pegi scan di Klinik Perdana Sungai Besi tak jauh dr kedai kami tu. tapi, alahai klinik tu buka setengah hari pula aritu. pusing2 cari klinik lain untuk scan dan ada dr perempuan, semua pun tak ada. alahai, sebab sy tak la sakit atau apa2, so sy cakap dengan suami, tak payahla, tunggu esok je tunggu klinik ni buka semula.

kami balik rmh macam biasa, nak solat maghrib, tiba2 ada ketulan darah kelua, panggil suami utk tengok dia pun terkejut. terus cakap, kita memang kena pegi klinik ni. operasi cari klinik lagi, memang tak jumpe la klinik yg ada Dr perempuan di malam hari dan ada juga klinik yang tak buat scan di malam hari. sampai lebih dari 5 klinik yg kami pegi. lepas tu sy pun dah penat, tak ada la klinik, balik je la, pagi esok kita pegi scan.

bila sampai di rumah dalam 10+ macam tu, sy duduk dan perut rasa sakit macam masa senggugut tu, tapi mungkin sy memang biasa kena senggugut yg teruk, so bagi sy sakit tu biasa-biasa saja, boleh tahan lagi. tapi darah kelua dengan banyak nya. suami mula risau. kalau td pakai panty liner saja, sekarang pakai pad dah. darah memang rasa keluar. suami cakap,  tak boleh ni memang kena pegi hospital. sy masih lagi berkeras, tak nak pegi, tapi suami paksa jugak dan sy ikut, suami packing sikit baju takut kena tahan kt hospital kan,

akhirnya kami pegi PPUM dan sampai dalam 11+ pm macam tu di emergency. agak ramai orang, masa tu darah memang keluar dengan jaya nya. selepas ke kaunter saringan kami pg menunggu, agak lama ya kami menunggu, mungkin tak ramai Dr yang bertugas di malam hari.

lepas lama menunggu, nama sy pun kena panggil, suami ikut masuk sekali. jumpe Dr dan dia tanya macam2, dan sy kena ambik darah, banyak sangatttt, sy da rasa lemah semua badan. lepas tu pegi bilik scan, Dr scan. bermula la episod sedeh dalam hidup kami. bile dia scan di perut, dia kata, tiada imej dah. Ya Allah, dalam hati memang terasa sudah sedeh, masa tu suami berada agak jauh dr sy yg berada di katil pesakit. sy tak dapat lihat skrin komputer tu, tapi suami boleh tengok sebab dia berada d belakng Dr tu. 

lepas tu dtg seorang Dr yg lebih pakar dari bahagian O&G. dia menyarankan untuk melakukan scan dari bawah supaya kita dapat mengetahui apa sebenarnya yg berlaku. sy terkebil2, memandang ke arah suami sambil menggelengkan kepala. Ya Allah, sesungguh nya aku tak bersedia untuk semua ni. berkali2 sy tanya suami dan sempat sy katakan kepadanya, "I tak nak buat" tapi masa berlalu dengan pantas sekali. dengan kesakitan, dengan darah, dengan apa yg Dr cakap yg baby tak ada di ats lagi. Ya Allah, hanya Engkau yg tahu betapa sedehnya perasaan ku pada masa ini. Ku lihat muka suami nampak tenang saja walau dr matanya nampak sedeh, tapi mungkin dia pun tak nak diriku bertambah sedeh, setelah suami bercakap2 dengan Dr dan akhirnya suami cakap "u kena buat syg", akhirnya sy redha.

sy ambil kain yg Dr tu bagi dan tukar dengan kain tu, baring di tempat dan letak kaki macam orang yg nak bersalin tu. Ya Allah, masa tu memang dah sedeh, suami berada di sisi dan menggenggam erat tangan sambil tenangkan sy. suami tak henti2 suruh sy beristighfar dan membisikkannnya di telinga sy. (Sebenarnya, sebelum kami masuk jumpa Dr. suami telah berulang2 kali mengingatkan, walau apa yang terjadi kepada baby kita, kita kena terima. anggap la semua nya rezeki dr Allah. U kena kuat.)  

tapi, ternyata sy memang tak kuat, bila Dr mulakan prosedur tu, dan dia keluarkan fetus tu. Dr terus cakap. "This is your fetus". Ya Allah, pada masa tu, sy memang langsung tak dapat menahan tangisan dan sy menangis semahunya. Sempat sy cakap pada suami yg masa tu sudah peluk erat untuk tenangkan sy, "baby kite dah tak ada" dia mengangguk dan menenangkan sy. sy tak mampu berhenti menangis. sepanjang prosedur tu sehingga selesai dr cuci keluarkan semua tu, sy menangis tersedu sedan. suami masih terus menenangkan, walaupun diwajahnya nampak kesedihan, namun mungkin dia tau yg dia harus kuat demi sy. sy memang tak kuat untuk menerima semua ni. tapi jauh di sudut hati sy, sy redha dengan ketentuan yg Allah berikan kepada kami. sy pasti Allah ingin memberikan sesuatu yg lebih baik untuk kami

setelah selesai semua prosedur dan urusan dihospital, kami dibenarkan balik, kalau ada masalah yg dia nyatakan seperti sakit perut, keluar nanah, lendir kena pergi semula ke sana. harapnya tiada masalah seperti tu.

urusan semua selesai dalam 2+ am mcm tu dan kami balik ke rumah. Dr pun ada berikan ubat semua tu. dan dalam perjalanan balik, kami diam saja dan air mata sy masih tak boleh berhenti mengalir lagi. sedeh yang teramat sangat. sampai di rumah sempat sy message kepada mak di kampung cakap yg baby dah tak ada, dan sempat juga message kepada kawan2 rapat yg tahu. tak ramai pun yg tahu sbb masih terlalu awal sangat.

bila sampai di rumah, sy menangis lagi semaunya. sy lihat muka suami, dia pun sedeh juga tapi mungkin jiwanya lebih kuat, sy tak nampak pun dia menangis. sy genggam tangan dia dan cakap. "I'm sorry syg. baby kite dah tiada" dengan suara yg tenggelam timbul dalam tangisan.  suami memujuk sy ckp "ini bukan salah sesiapa, ini adalah ketentuan Nya"

Sy tak boleh tidur, masih fikirkan tentang pengalaman yang terlalu sekejap. tak ingat dah hampir pagi baru sy tertidur

08.11.2014
pagi ni sy bangun agak awal walau pun tidur sangat lewat sebelumnya. bila bangun pagi, sy menangis sekali lagi, sy pegang perut dan terfikir, the baby is not with me anymore. Ya Allah sedehnya. sudah menjadi rutin sejak tahu yg sy mengandung, bile bangun sy akan ramas2 perut dan ckp dgn baby, supaya membesar nanti jadi anak yg soleh/solehah, taat pada perintah Allah dan rasul dan ibu bapa. tapi hari ni tidak lagi, dia sudah tiada. ya sudah tiada. suatu kenyataan yg memang sukar untuk diterima. tapi siapa sy ingin mempersoalkan ketentuan Allah. Sy redha.

pagi ni sy dapat banyak kata2 semangat dari keluarga dan kawan2 yg mengetahui tentang kisah sedeh ni. Terima kasih semua. semoga Allah membalas kebaikan semua orang. ramai juga yang memberikan tips berpantang selepas keguguran. 

dengan ini, sy mungkin akn bercuti untuk 2 minggu. in shaa Allah, nanti sy akn kongsikan cara berpantang selepas keguguran pula. sekarang sy pun masih lagi study sebab semua nya berlaku di luar jangkaan. 

thanks to my great & wonderful husband yg jadi mommysitter. semoga Allah yg akan balas segala jasamu sayang. i feel blessed.

Dear baby, 
tunggu ibu dan ayah di pintu syurga ya. we love you dearly sayang. 

segala pengalaman dan kenangan yang sekejap ini akan sy simpan sebagai kenangan yang terindah dalam hidup kami. 


Upt yg masih lagi jelas double line sehingga hari ni (09.11.2014). Tp baby nya sudah tiada. Sedeh setiap kali pandang upt ni. 


Buku pink yg sempat kami buat. 

wassalam.

p/s: untuk yang ingn membaca cara sy berpantang selepas keguguran boleh baca post tu di sini ye

Tuesday, 4 November 2014

Selamat Hari Lahir

mengimbau kembali dan termasuk la dalam edisi tertangguh lagi,

alhamdulillah, pada 9 Oktober yang lalu adalah ulang tahun kelahiranku yg ke-30. hehe, dah menginjak ke angka 3 dah. walaupun masa kecik-kecik dulu kalau dengar orang yang berumur 30tahun dan ke atas terasa dia sangat la tua. tapi, bila diri sendiri berada di usia tersebut, oh, tiada apa sebenarnya pada angka :)

ini hari lahir pertama bergelar sebagai seorang isteri, hehehe, alhamdulillah. sempena dengan hari lahir ni, tiada celebration yang melampau pun, lagi pula, kami telah merancang percutian sempena hari lahir ini. so, kami lebih fokus ke arah percutian kami nanti. sengaja request dengan si dia untuk memilih tarikh percutian berhampiran dengan tarikh ulang tahun kelahiran

kalau zaman muda dulu, mesti ada je nak celebrate detik 12 tengah malam, hihi, sekarang tak lagi. sekarang biasa-biasa saja.

okay la, nanti kita sambung dengan cerita percutian sempena hari lahir pula ya.

To my dearest, 
Thank you for everything you've done
May Allah bless our marriage


wassalam

Monday, 29 September 2014

Kembara Cinta 4: Bukit Tinggi

Sempena cuti hujung minggu yg agak panjang penghujung Ogos yang lepas, kami telah merancang pergi ke Bukit Tinggi, saja-saja untuk mengisi masa lapang. lagi pun tak berapa jauh sangat dari KL dan boleh pegi day trip sahaja. 

kami pegi dah agak lewat, lepas solat zohor baru nak pegi, sebab nak pegi ambil2 gambar sahaja kan. jadi rasanya tak la mengambil masa yang terlalu lama.

tapi, nampak nya nasib kami tak begitu baik, hujan pula bila kami sampai di sana, jadi gambar yg kami ambil agak limited. dan kami hanya pergi di kawasan Colmar ini sahaja. tak sempat ke tempat lain yg berada dalam lingkungan kawasan tu. hujan agak lebat, habis semua orang terkandas. 

dan kami pun ambil keputusan meneruskan perjalanan dan singgah di Janda Baik untuk cari makanan. heheh. bila di Janda baik kami sempat singgah makan durian, hehehe, seronok nye rasa, da penat berlari2 dalam hujan, lepas tu pg makan makanan yg panas, lepas tu makan durian. hihi, terlupa pulak rasa tak puas hati sebab tak boleh nak ambik pic banyak2 masa kat atas Bukit Tinggi tadi. hehehe, 

sebahagian pic kami yang di snap menggunakan monopod je, kami ada bawa tripod, tapi hujan, kesian tak sempat la kami nak beraksi dengan tripod pula. tak pe la, macam ni pun boleh.






wassalam 

Thursday, 25 September 2014

cake cheese leleh sedap dan mudah

Salam Jumaat, hehehe, pepagi da rasa teringin nak mkn kek.

harini nak share buat kek cheese meleleh yang senang sangat dan yang penting sedap.

masa mula2 nak buat kite ada la cek beberapa blog yang banyak bagi resepi, memang ada beberapa versi nak buat kek ni. adik sy sendiri yak na pun pernah buat kek ni dulu-dulu masa kat rumah, tapi masa tu semua operasi buat kek ni dia yg handle, so sy pun tak tau apa-apa.

teringat pulak seorang sepupu, dia memang keje nye jual kek ni dan sorang kawan pun sama, memang ada jual kek ni. dengan tak malu nya sy tanya. nasib la mereka berdua tak kedekut ilmu. hehehe

sepupu bagi cara senang je, dan sy telah ikut saranan dia. kawan sy pulak bg resepi yg tak susah sanga, mudah jugak kalau bagi pembuat kek tegar, setakat nak buat kek tu tak ada masalah. ehhehe, tapiiiiii, walau pun begitu, kalau kemalasan tu lagi banyak, baik guna saranan yg sy bagi ni okay :)

Bahan untuk kek
-tepung kek span
- telur
- air sejuk  
- minyak masak 
*kuantiti ikut la anda nak masak berapa banyak, mcm sy masak dlm 350g utk dapatkan 1 loyang segiempat 8 x 8

cara membuat nya semua ada diterangkan di bungkusan tepung tu (boleh rujuk pic di bawah)

Topping
- 250g cream cheese
- 1/3 susu pekat manis
- 1/3 susu cair (sepupu ckp, paling sedap guna susu F&N, sy pun personally rasa mcm tu juga, mmg guna F&N lebih sedap berbanding susu yg lain)
*campur ketiga-tiga bahan dan pukul sampai sebati. simpan dlm peti sejuk dlu supaya senang nak letak topping nanti, tak la rasa cair
- cheddar cheese

- bila kek dah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan
- belah 2 untuk menghasilkan 2 lapisan kek. kalau lagi rajin, boleh juga di belah kepada 3, lagi sedap. hehehe
- letak  campuran cream ceese dan susu di bahagian tengah yg kita potong tadi dan tutup semula. letak lagi kat bahagian atas kek
- parut cheddar cheese atas kek

tepung kek

kek yang da siap

pandangan dari atas kek

okay, selamat mencuba :)

Tuesday, 23 September 2014

thank you Allah

Assalamualaikum,

I came across with this quote while browsing around. 


"Don't get married because you are lonely, broken, broken hearted, or unfulfilled in life. Get married because you have found someone who truly mirrors your spiritual approach to the Creator, who compliments your personality and will completely support you in your unique life purpose and mission no matter what"



Thank you Allah for everything that I've. I'm truly blessed. Alhamdulillah. Indeed, Allah is the greatest planner.

Wassalam

Monday, 8 September 2014

Kembara Cinta 3: Kluang - Melaka

masih lagi menghimpun cerita yg sudah berkurun di draft.

kisah di penghujung May yg lalu, kami menghamajlis perkahwinan rakan sekampung di Kluang, Johor. mujur la tak jauh sangat, tapi dalam perjalanan tu jem jugak, masing2 pun nak balik kampung dan ada sesetengah nya mungkin la bertujuan seperti kami.

kami da pun janji2 dengan kawan sekampung jugak yg datang dengan family. jadinye tak la kami rasa kekok berdua saja di majlis itu nanti. hehehe.

perjalanan yg beberapa jam ni memang memenatkan, dari comel2 dengan make up dan long dress segala, huarghh, rimas sungguh rasanya. tapi kata nak kelihatan cantik lagi bergaya, tahan kan aje la.

kami memilih untuk tidak bermalam di Kluang dan meneruskan perjalanan ke Melaka. Sampai di Melaka, kami walk in sahaja cari tempat tinggal, memang dah rasa penat sangat dan tak sabar untuk berehat.

jalan-jalan di Melaka kami mulakan pada keesokan hari, biasalah, kami  ke beberapa tourist spot seperti A Famosa, di sekitar Jonker street, Muzium Samudera dan kawasan sekitarnya. 

sekiranya berkunjung ke Melaka, sy pasti suka datang ke A Famosa, tempat2 lain biasa2 saja, entah mengapa, mungkin sebab semasa kecik2 dulu umur sekitar 4-5 tahun, mak pernah berkursus di Melaka selama 6 bulan, dan bila balik ada banyak gambar dia di A Famosa. Masa tu sy rasa A Famosa ni cantik sebab binaan nya yang lain dari yg lain, maklum la kan, masih kecik mana nampak bangunan serupa A Famosa di lain-lain tempat. ehhehe, sampai sekarang masih ingat dan terbayang gambar Mak yg posing di A Famosa ni. masa tu pakai tudung yg ikat belakang tu je. hihi, kelakar jugak ingat :)

Akhir sekali, pastinya kami tidak melepaskan peluang mencari asam pedas Melaka yg best2. Si dia mrmang suka explore tempat2 dengan berpandukan makanan. Bg sy pula, sy yidak terlalu kisah. Janji sy makan, apapun boleh :) 

Oh ya, sejak meneruskan beberapa siri kembara cinta, sy mengenal sisi berbeza si dia. Kami agak berbeza dr segi 'preference' semasa bercuti. Tp tak mengapa, sesuatu yg baik jugak :)

di majlis perkahwinan sahabat kami

snap pic beramai-ramai dengan family sahabat kami yg datang jauh2 dari sarawak

tempat kegemaran ambik pic setiap kali datang ke sini



Muzium Samudera yg kami tak masuk pun. So, snap aje pic dr luar 

Wassalam. 

Tuesday, 2 September 2014

Feeling blessed

dalam sedang update blog dan menyemak lambakan entry di draft, teringat tentang perasaan sendiri beberapa hari yang lepas. kadang2 perasaan ni masih lagi menghantui.

kadang-kadang, kita terlupa untuk mensyukuri setiap apa yang kita perolehi. dan lebih teruk lagi, mengeluh bila diuji. Ya Allah, ampun kan diriku, sebab adakalanya dalam tak sedar aku juga mengeluh dikala mendapat ujian yg terlalu sedikit berbanding nikmat dan kasih sayangmu yang tak terhingga Ya Allah. 

selepas meneliti kembali perjalanan hidup yg dilalui dan juga melihat pengalaman hidup orang lain, ternyata kasih sayang dan rahmat Allah adalah sangat tak terhitung. Alhamdulillah.

dan, mulai dari saat itu, i've learnt to appreciate every single thing no matter how much it contribute to my life. this is a key of happiness :) bersyukur la di atas setiap nikmat Allah. Count your blessing :)

after all, I'm truly blessed for everything that i have. thank you Allah



Kembara Cinta 2: Kemaman - Cherating - Temerloh

Ini juga merupakan entry tertangguh. tapi sebab sy sedikit rajin malam ni, maka sy udate satu persatu

di sebabkan si dia jugak punya tanggungjawab lain, kadang-kadang hujung minggu kena keluar untuk pergi shooting atau pun pegi outstation. kalau sy pun tiada urusan yang penting, sy ikut saja dan urusan biasa dibutik kami serahkan kepada staff kami, alhamdulillah, setakat ni staff kami banyak membantu.

kali ni si dia ada shooting di Kemaman, dan rasa macam okay jugak kalau ikut, dia pun shooting sehari je, selebihnya boleh la kami extend untuk jalan2.

Semasa di Kemaman, kami tak jalan2 sangat pun, adala kami singgah pegi makan sata @ satar (sy juga kurang pasti ejaannya). tp sy xberapa suka sangat pun, biasa2 je. lupe nak ambik gambar la. hehehe. selebihnya jalan2 buang masa saja, pusing2, makan2. hehehe. tak ada tempat special sangat rasanya.

keesokan hari baru la kami jalan2, singgah ke pantai cherating, singgah beli keropok lekor, sempat la juga kami ke tempat pemeliharaan penyu, tapi ramai nya la orang, so kami jenguk2 dari luar aje. 

on the way balik ke KL, kami singgah ke Temerloh, ada orang tu kemain lagi mengidam nak ikan patin la. jadi, ikutkan aje. sy sebelum ni, memang tak makan pun ikan tu, tapi sejak kawen pandai pulak makan. sebenarnye ada banyak sangat benda yg dulu tak makan, tetiba lepas kawen ngan dia, semua pun reti makan. ape pun ta boleh :)

hehe, feeling je. perjalanan pergi ke Kemaman

singgah beli keropok lekor nak makan sepanjang perjalanan

pusat penyu, kami last2 cuma snap pic di luar saje

Pantai Cherating

Temerloh bandar ikan patin

wassalam :)

09.10.2013

wahhh, this was almost 1 year ago.  disebabkan tahun lepas sy sgt malas untuk update blog, entry ni telah tersimpan di draft untuk sekian lama nya. sebenar nya ada sangattttttt banyak entry di draft yg terabai. tapi sy hanya ingin memilih sesuatu yg istimewa sahaja.

camana sy boleh terlepas pandang untuk terus update entry yg dah di draftkan ini. hmm..

--------------------------------------------

when i asked, why i only have 1 candle? i masih muda ke? only 1 year?

he said, 1 candle means our 1st year relationship?

oh okay. thank you then. (tak tau nak jawab ape dah)

--------------------------------------------
Time flies, now you are my husband, yes, my dearest husband, i couldn't ask for more. You are great and wonderful. 
Semoga ikatan perkahwinan kita sentiasa dalam redha dan kasih sayang Allah.
bunga ni sampai sekarang masih ada kat suma, da kering tapi syg nak buang. hehehe

wassalam

Kembara Cinta 1: Cameron Highland

Salam,

oh my, ni adalah entry tertangguh sejak berkurun yang dulu. tapi, demi untuk rujukan masa hadapan, maka nya sy teruskan. baru perasan da ada dlm draft sekian lama. huhhh. semua cerita yg dikarang adalah berasarkan situasi selepas hari kejadian, pertengahan Mei yg lepas (dengan iu, sy meng'italic'kan ceritanya).

"seminggu lepas majlis ke dua kami di KL, kami merancang last minute untuk pergi ke Cameron, kalau ikutkan jiwa 'pencinta travel' yang semenangnya sangat tebal dalam jiwa dan diri ini, pastinya sy ingin pegi jalan2 especially dengan suami pula kan. tapi disebabkan kekangan masa dan kalau nak travel lama2 dan banyak tempat pasti memerlukan perbelanjaan yg agak besar. terpaksalah sy akur dengan apa yg suami cakap, betul juga kan :) lagi pula komitmen kami pada kedai yang baru nak menapak juga tak boleh diabaikan begitu sahaja, tak boleh ditinggalkan terlalu lama begitu sahaja. tak mengapa, in sha Allah pasti ada masa nanti.

dengan itu, kami pun drive saja naik Cameron Highland, bes nya tak perlu drive dah, dulu sy ke sana bawak my big family. sy dan adik yg jadi driver. tapi kali ni, ada kekasih hati yg drivekan, thank you :)

untuk urusan hotel, suami ckp kite pg walk in saja, sy pulak mesti la kerut2 dahi, eh asal nak walk in je, karang tak ada bilik kan da penat nak cari-cari. hmmm, tp malas nak argue, sy diam dan ikut je, lagi pula, nanti dia la yg kena tanya ke mana2, sy tunggu dalam kereta je. hehehe. biarla, pasti dia lebih tau apa yg dia perlu buat.

nasib kami baik, senang je dapat bilik. alhamdulillah :) bermulalah pengembaraan kami. kali ni kami tak pergi banyak tempat sangat, sy sendiri pun dah beberapa kali ke sini, cuma dalam keadaan yg berbeza, begitu juak dia. so, kami cuma pergi ke beberapa tempat sahaja:

seperti biasa, tempat wajib yang kami pilih untuk mengisi masa 3 hai 2 malam kami di sini:

1. Pasar Malam Brinchang (dibuka setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad). di sini ada dijual macam2, seperti pasar malam d KL juga lah, cuma pastinya lebih banyak dijual produk dari CH sendiri spt teh, madu, buah, sayuran dan bnyk lagi. Selain tu, makanan yg digoreng dgn tepung bnyk, hehe, brocolli pn digoreng salut tepung

2. Ladang teh. Setiap kali sampai ke CH ni pasti akan singgah ke ladang teh, sebab pemandangannya yg sangat cantik, terasa tenang sungguh pemandangan. Di samping tu, pasti la sebab nak beli teh untuk jadi buah tangan dan untuk diri sendiri

3. Ladang strawbery. kami biasanya hanya singgah 1 ladang strawbery saja, Cuma, masa pergi dengan family dulu, sy singgah banyak jugak, sebab bawak budak2, memanjang la nak singgah. layan kan aje la

Daa, di antara pic kami, semua selfie aje. tak mengapa la, nasib ada jugak monopod, xde la pic setepek namak muke aja. sebenarnya kami un ada bawa tripod, tapi sebab ramai org, kami pun malas nak keluarkan :) apapun, alhamdulillah, semuanya okay dan baik2 saja"


di ladang teh

Big Red Strawberry

Big Red Strawberry

Wednesday, 27 August 2014

Butter Garlic Lobster

simpan resepi for future reference. nanti nak masak senang boleh refer semula.

harini si dia rajin pulak nak memasak, katanya sy duk diam buat keje sekolah aje. hai la, tak habis2 dengan keje sekolah kan. in shaa Allah tak lama lagi siap la keje sekolah tu. hehe. tapi walau macamana pun, alhamdulillah :)

baik lah, ni resepi nye ye, ringkas saja tapi memang sedap. rasanya kalau masak udang biasa yg besar2 pun okay. nanti boleh la try. Resepi asal dr sini. terima kasih tuan punya resepi.

Bahan-bahan:
seekor lobster size lebih kurang 900+ g
2 sb mentega (cairkan)
5 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit parsley flakes
secubit garam
2sk olive oil
sedikit keju Parmesan

Cara-cara
- Tumbuk bawang putih hingga lumat.
- Campurkan bawang putih dengan mentega yang telah dicairkan. Gaul sebati.
- Susunkan lobster pada loyang pembakar. Sapukan bawang putih dan mentega tadi pada serata isi lobster yang kelihatan.
- Tabur sedikit garam, serbuk lada hitam dan parsley flakes. Drizzlekan sedikit olive oil.
- Panaskan oven 200 darjah dan bakar lobster selama 20 minit (bergantung pada size lobster anda). Sebelum keluarkan lobster, tabur sedikit keju Parmesan dan biarkan selama seminit dalam oven.

tadaaaa, dah pun siap. selamat mencuba.