Monday 26 March 2012

masa semakin mengejar diriku

assalamualaikum n hi semua,

sekarang slow sangat meng'update' blog ni. busy ke buat2 busy, hehehe, 

hee, sepatutnya sy sangat begembira kerana percutian yg ditunggu2 telah pun hampir tiba, hanya tinggal beberapa hari lagi yippeeeee :) semoga perjalanan kami semua dipermudahkan oleh Allah swt. InsyaAllah

kami sume bz membuat persediaan untuk bercuti, bersama2 menyiapkan itinerary percutian kami. memang agak meng'stress'kan jugak dalam menyiapkannya, memandang kan kami pergi agak lama, dlm 12 hari di sana, lamaaa kan, sy pun tak tau nape kami pegi lama sgt, harap sy xrindukan rumah sy, biasa kalo travel lama2 sy jadi rindu rumah sendiri, hehehe, *ngengada*

sekarang baru start spring time di sana, hee, cuaca agak sejuk, mmg kena pakai pakaian tebal n spring/autumn coat. suhu dalam 2-14 celcius, uhh, sejuk kan, aircond kt ofis biasa pasang pun dlm 22 celcius.  smg kami semua dikurniakan kesihatan yg baik dan dipermudahkan perjalanan oleh Allah swt serta selamat pergi dan balik.

seperti biasa, sebelum pergi bercuti, sememangnya harus menyiapkan bnyk tugasan, lagi pulak tahun ni, s asyik je bercuti, kalo tak bercuti pun balik kpg, aghhhh, sy sendiri pun pening dgn apa yg sy buat. kalau macamni, sampai bila nk siapkan study. lg beberapa bulan dah genap 2 tahun pengajian. so, sy berazam untuk tidak merancang segala jenis percutian lagi selepas ni. hehehe. yg tidak terancang itu adalah di luar kemampuan sy *hehehe, alasannn* lepas balik dr korea, sy berazam penuh menulis thesis dan artikel dengan bersungguh2. Ya Allah, perkenankan azam ku ini, smg akn jadi kuat semangat dan idea dtg mencurah2 :) InsyaAllah

heee, sy ada bebeapa hari lagi, sy kena siapkan programming dan dapatkan results, ada final discussion before sy fly nanti. wpun dalam kotak fikiran ni sudah pun terbayang2 keindahan percutian, namun sy harus kuat semangat, hehehehe.


cherry blossoms :)
hee, cantik kan...
daaaaaa, take care everyone :)

Thursday 15 March 2012

balik dr kampung

assalamualaikum,

hi, sy baru balik dr kampung, walaupun beberapa hari je, memang sekadar menjengahkan diri shj di kampung,balik sebab cuti sekolah dan make upkan kawan kawen. sy bahagia menjadi sebahagian dr org penting di hari bahagianya, sy harap dia berpuas hati :)

hanya beberapa hari di kampung tp rasa puas hati, rasa bes sgt sebab musim ikan bes2 yang banyak, balik on december last yr, musim hujan... ikan segar2 pun xde, so this time, pasti nya takkan melepaskan peluang, tambahan lagi dengan adik2 yg sume ade kat rumah, cuti sekolah kan, 

heeee, paling bes sy ada secretary, sebagai seorang kakak sulung memang bnyk keistimewaan nya, lagi2 sebab jarak usia yg terlalu jauh antara sy n adik, maka kuasa authority mmg tak akan dipersia2 kan. hehehehe 

tugas secretary sy kali ni adalah iron baju, sebab sy kena make up org, aiyakkk, 3 set baju kurung kena bawak balik, mmg leceh laaaaa, berat jd bag, kena bawak luggage, kalo biasa balik bwk hand luggage je, tp kali ni kena simpan luggage, dgn bag make up lagi kannn, huhhh, mmg agak mencabar, tp rasa gembira.

so setiap kali nak klua, my secretary (yak su a.k.a lulu) yg akn siapkan baju sy semua, bahagianyaaaa kalo kt kl pun mcm tu :)

masa memasak pun ada assistant, besss kan? sempat jugak sy menurunkan ilmu nak masak kari ikan yu comel n satu lg ikan 'didik' ala sarawak (bhs sarawak - kt sini tak tau nak sebut ape, hehe), n guess what last day sy kat rumah (hari ke-4), yak su n my other sis yg masak, sy bz sebab alter uniform yak naq n yg besnyaaaaa dia masak pn sedap, boley la kan, 1st try n she just form 2 :) 

dr kiri yak iey (lala), me n  yak su (lulu a.k.a my secretary) hehehe

walaupun baru balik beberapa hari je, bile balik semula ke kl, fikiran kembali serabut, bnyk sgt keje yg tertangguh, kdg2 xtau nk buat yg mana satu, masa pulak semakin cepat berlalu, risau dengan semua yg dilalui, takut tak terkendong oley tangan dan tak terpikul bahu.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon semoga dipermudahkan segala urusan ku, dipelihara dari segala perkara yg tidak baik. Amin