Tuesday 29 May 2012

dah daftar dah :)

Assalamualaikum,

hi sume, harap2 sihat hendaknya, memang sibuk sangat sejak kebelakangan ni, dengan emosi yg agak terumbang ambing, keje pun banyak sangat. tapi walaupun gitu, banyak kegembiraan dan kemanisan yg berlaku *aiceh, ayat tak menahan kan*

oh ye, sy sudah pun mendaftarkan perniagaan atas nama FATEEMA AN NUR ENTERPRISE (002128549-U). Alhamdulillah pada 23 may yg lepas, happy sangat. dan jugak bersempena dengan pendaftaran perniagaan ni, sy akan memindahkan blog sy ke url baru. jemput la singgah kat blog baru sy ye :) nanti yg ni bakal ditutup setelah sy touch up my new blog, entry seterusnya akn disambung di url spt dibawah, jemput singgah di sana ya kawan2.


may ni jugak dah mencatatkan jualan terbaik untuk baju renang, alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi atas segala rezeki dan nikmat yg Allah kurniakan. setiap dugaan yg kita lalui pasti ada jalan penyelesaianya, dan sememangnya ada himah yg kita tak pernah tau. mungkin bukan hari ini, tapi untuk hari yg mendatang.

alkisahnya, minggu lepas ni, mmg rasa nak sangat ada wedges baru *walaupun heels mmg da lambakan kt rumah n kete*, seriously perasaan tergedik2 memang tak boleh tahan. sy memang ada penyakit macam tu, kalau kata nak heel tajam, memang nak yg tajam betol. sy adalah insan yg tak boleh dipisahkan dengan heels/wedges. kalau pakai flat shoes/sandal, sy rasa 'semacammmm' tak tau nak cakap. hahahhaa, tak lengkap hidupku tanpa high heels ;p

tapi lately, sy lebih prefer dgn wedges je, nak tau kenapa? sebabnya sy salu kena angkat kotak besar2 nk pos barang, for my frens n family, biasa mmg everymonth kna pos kotak besar2. haha, boley imagine tak, i'm with my high heels carrying boxes. hahhaa, adala sikit lawak di situ. da la besar2 pulak tu, *baru je semalam pos almost 12kg punye box, silap haribulan kalo sy guna heels tajam, mau jatuh tersembam, dah jadi satu tragedi pulak kan. dats the reason knapa skrg wedges jd pilihanku :) 

ngeeee, ni la dia, penat taw nk carik yg kenan di hati.
finally da jumpe *happy*

heee, sedang berfikir2 untuk bg reward to myself atas keje keras sy selama ni. hmm, eyeing on lil ukita *thinking* patut ke tak patut ni :)

Tuesday 22 May 2012

FM Group Fragrances ~ Federico Mahora

Assalamualaikum,

heheh, harini nak promot biz sikit la kan, chewahhh, kali ni perfume pulak kan, asyik duk nengok baju renang jeeee, aiyakk, mana2 asal nampak kain ala2 je, mesti cakap, hmmm, macam kain baju renang je baju niii. ahhaha, pastu senyum sendiri, haihh, memang la sinonim betol la dgn baju renang da kepala ni.

so, cerita nya ada seorg kawan ni tanya nak tak tlg jualkan perfume jugak tak? hmm, fikir2 okay jugak, letak je sekali dlm baju renang, mana tau ada org nak kan, cuba nasib la ni pulak kan, harap2 menjadi la. Ya Allah, semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan oleh Allah swt.

Perfume ni diinspirasikan dari designer perfume yg ada di pasaran. diperbuat dari pati yg sama, insyaAllah, baunya tak akan menghampakan anda semua. jadi, marilah sama2 kite try ya, sambil support sy jugak, hehhe

details nya boleh baca kat sini ye, harga sangat berpatutan, RM 67.90 untuk yg 50 ml, list perfume yg ada boleh tengok di link yg sy kasi tadi,

Serba sedikit tentang perfume FM ni:


Inspired by your favorite signature scents at affordable price with price up to 5 times lower than competitive scents from the same fragrance family

“Federico Mahora” brand of fragrances contains exactly the SAME QUALITY OF ESSENCES AS THE SAME EXPENSIVE DESIGNER BRANDS and has been designed to provide consumers for high quality fragrances at affordable price.


The FM brand of fragrances products has rapidly established for themselves a fantastic reputation worldwide, as a high quality and affordable alternative, to other brand name.


FM fragrances are created by German company “DROM” – supplier for the worlds leading fragrance houses such as Gucci, Escada, Nivea, L’Oreal, as well as been commissioned to create unique & memorable fragrances.

Jom la try ye, kalo nak boley email sy, mybajurenang@gmail.com

p/s: sape yg nak try cocoa collagen power plus (CCPP)pun boleh dapatkan dari saya :)

Monday 21 May 2012

da berjaya mohon nama perniagaan

assalamualaikum,

alhamdulillah, da berjaya buat permohonan untuk nama perniagaan, 1st time kena reject. neves japp, rupanya tersalah, so try sekali lagi. alhamdulillah da approved :)

hee, nak daftarkan pulak, sy menunggu tarikh yg mempunyai pola nombor yg baik, insyaAllah, rabu ni selepas buat kiraan tadi :) memang xsabar sangat nak daftar sebenarnya, tapi kira pola nombor, arini macam xbagus sangat, esok pulak pun biasa je, then rabu ni 23.05.2012, memang baek la, insyaAllah. hehhee, mesti ada yg hairan, ntah apa bezanya didaftarkan pada hari ni, esok atau lusa. hee, terpulang la pada individu masing-masing, setiap orang ada caranya yg tersendiri, tak salahkan :) semoga Allah akan mempermudah kan segala urusanku dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt. Amin

langkas seterusnya, nak ada satu lg domain, nak simpan khas sempena dengan nama perniagaan. wpun domain utk baju renang pun website masih under construction ;p 

Alhamdulillah, syukur di atas segala nikmat yg Allah kurniakan, walaupun ada bnyk dugaan yg terpaksa diharungi, tapi harus yakin dan redha sebab segala ujian itu pasti hikmah disebaliknya. 

sekarang ni, masih lg bekerja keras dengan my phd work, tgh berada dlm fasa membeku. hehehe, Ya Allah, semoga dipermudahkan jugak urusan yg satu ni. Amin

Monday 14 May 2012

kesayangan baru. yeayyy

assalamualaikum,

ngeeee, sy ada kesayangan yg baru, yeayyyyy. tadaaaa, ni dia.


tau apakah itu? hehe, namanya 'AB Circle Pro Abdominal Machine'. nape sy tetiba nk benda ni? ini adalah sebab obses nya sy pada perut sy yg kempis dedulu, tak tau kenapa sekarang ni, perut ni makin menyimpan bnyk lemak, mencikkkk. so, mau try gelek2 dengan ini machine, dgn harapan dapat mengembalikan kekempisan perutku. hahaha, xlarat nk buat sit up masa bangun dan  sebelum tdo, kadang2 da penat langsung lpe nk sit up sebelum tdo. *haa, hidup manausia penuh dgn alasan mmg susah la kan*

okay, biar sy buat ujikaji terhadap perut sendiri dulu ya.

daaaaaa :)

Saturday 12 May 2012

da ada domain n hosting sendiri :)

assalamualaikum, 

kalo tetibe rajin nk update, suka la nk buat bederet kan. bau-baru ni sy dah beli domain utk my onl biz, tetibe rasa tergerak hati nk beli domain sendiri. mana tau boleh meningkatkan lagi prestasi biz dan semangat sy sendiri. InsyaAllah. 

baru ada domain n hosting, dulu pernah buat website guna subdomain my fren, tapi sekarang, ya ampunnnn, serious sudah lupe, tergagap sy membuat nya, n mmg 100% sy lupa. insyaAllah, sy akn mula semula nanti, kena bahgikan masa buat research n buat benda personal gitu, nanti tak balance susah pulak kan.

sampai ekarang my new website tu masih kosong sahaja, i jz dont have any idea on how to start publishing my page :( lupa sepenuhmyaaaa, padahal dulu da berjaya da buat basic website, xla canggih, tp senang nk faham kan. sedeh la macam ni, tapi yg penting sy tak putus asa ntuk meneruskan nya. dengan ini, hari2 yg sy lalui jadi semakin sibuk, di samping my own research kena jugak curik2 masa to develop my own website.

insyaAllah, sy pun bakal daftarkan my online biz, Ya Allah, minta dipermudahkan segalanya, dalam hati niat nak mengembangkan kan nya lagi, tengah membuat planning secara menyeluruh, insyaAllah, sy nak merealisasikan nya satu persatu, syukur pada Allah disebalik dugaan tu sentiasa ada hikmah darin Nya, alhamdulillah. pasal nk daftarkan pun, kemain jenuh nak pilih nama, macam2 la ni kelua kat kepala. tp sekarang da ada nama yg belegar2 di minda, konon nak nama yg canggih2, last2 tak la, guna nama sendiri je. hehehe, insyaAllah, da daftar nanti, sy share kat sini.

daaa, tk care everyone :)

pindah bilik baru

Assalamualaikum,

hi sume, kitorang da pindah ofis baru, ya ampun, penat okay pindah, ni da masuk kali ke-4 pindah, a la barang kemain banyakkkkk, barang ni termasuk la yg dah 4tahun lebih kat situ, bwk pindah ke sana ke mari. sabo je la macik kan.

tapi selepas berpindah ni, rasa seronok pulak, wpun agak sunyi kat ofis baru, tapi rasa bes pulak, barang-barang sy kebanyakan masih setia dlm kotak, tak apa, biar lah dulu, kemas sedikit demi sedikit, juz keluarkan yg memang nak salu guna je.

tadaaaaaa, ni my work station. sy suka suasana baru ni, sbb kalo ofis lama, heee, tau2 je la barang sepahhhh atas meja, ada certain tu xguna pun, tp bertapa je atas meja depan belakang. semoga lepas ni lebih bersemangat waja nak siapkan keje kan. InsyaAllah. 

hee, sy punye komp siap ada 2 kan, ni kira mcm super senior kat sini, dats y sy ada 2. hahahaa. xtually satu komp turun temurun dt zmn sy buat master lagi, syg nak tggalkan, lagipun komp tu mmg power, sume pun lengkap, da mcm harta karun sy la, sampai abis buat phd pun nk simpan lagi, sbb dia da bnyk dibelasah siapkan smulation sume, alhamdulillah, dia jrg bagi masalah pd sy. kekadang je la, tp boley tahan lagi :)



Ini pulak meja untuk buat weekly discussion. hehehe, kak zana da letak bunga, insyaAllah tgh tggu mesin jahit sy sampai, nak jahitkan alas meja sekali, biar semangat n ceria sikit bilik kitorang :) baru bersemangat nk duk lelama kat bilik buat keje kan.


okay, tu je nk cite pasal bilik baru :)

Tuesday 8 May 2012

penawar duka

assalamualaikum :)

selamat pagi sume, arini awl betol terasa nak update blog. 

sesungguhnya hati ni sangat bercelaru, berat kepala fikir macam-macam. daripada nk sambung buat keje tp duk termenung depan komputer, terus ambik salah satu buku yg beli masa pg pesta buku haritu. 

Penawar Duka Pengubat Sengsara by Dr. MAZA

Ya Allah, buku ni mmg sangat2 bagus dibaca, bukan saja untuk orang yg serabut untuk sy, tp untuk sesiapa saja yg ingin mendapat ketenangan dlm diri. bila baca buku ni, kite mula buat muhasabah diri, kenapa kite selalu rasa tak tenang walaupun kite ada segalanya.

sy baru baca sedikit sebelum tido mlm tadi, kunci pertama untuk menjejak ketenangan dlm diri di kala kita menghadapi dugaan adalah dengan sentiasa beristighfar sebanyak mungkin, seperti ayat yg terdapat dari buku ni;

"istighfar adalah penyembuh derita jiwa seseorang hamba." 

Jadi, marilah kita sama2 memperbanyakkan istighfar dgn ikhlas dalam kehidupan seharian kita. 

Hee, sedikit kisah selingan pagi ni:

Disebabkah bangun awal sesangat pagi ni, tibe rasa nk sms mummy;

me: Gud morning my, Love u :)
mummy: Love u too 

p/s: buat camni pun boley mengurangkan kekusutan di hati, sebab di saat org lain xpernah menghargai kite, kite sentiasa tau that 'mummy always love me' :)

daaaaa, have a nice day everyone :)