Thursday 18 July 2013

Pertemuan Dengan Sis Efa

tetibe sy sangat rajin nak update blog, ni adalah disebabkan sy rasa happy. hehe tu je.
sis efa ni ada pembekal baju rennag yg sy kenal hampir 5 tahun sepanjang sy menjalankan perniagaan online baju renang ni. lama sungguh sudah kami berurusan, baru kali ini kami bersua muka. mba efa datang bersama suaminya untuk melawat distributor di sini di samping pegi jalan2 la kan, dah datang sini kena la jalan2 tengok tempat orang lain.
alhamdulillah, kami dapat menjalankan kerjasaama dengan baik di atas kejujuran di kedua-dua pihak. apa yg saya harapkan semoga kejasama ni akan terus terjaga dengan kejujuran dalam diri masing2. InsyaAllah. 

bergambar bersama mba efa dan suaminya

thank u mba, kasi hadiah kainnya,
boleh buat baju raya nanti :)

daaa, sila sambung buat keje semula ye *peringatan untuk diri sendiri* :p

Download Minitab 16 v16.2.1 Full Version

harini kisah nye macam adalah untuk plot graph yg paling kemas dan senang untuk di interpretasi (selain dari tu adalah mencari resepi utk masak berbuka nanti, hehehe). dari semalam lagi godek2 S Plus, almaklum jarang sekali sy melukis graph2 yg canggih dengan Splus, jadinye sangat mudah untuk lupa, kalo setakat simple graph tu boleh lagi. kebanyakan adalah untuk buat programming je

jadi, dengan kuat semangat nak jugak dapatkan graph yg cantik, terpaksa la ganggu gugat kehidupan orang lain untuk tolong sama2 fikir. hahaha. akhirnya terpaksala Kak Zana & Bong tolong fikir sekali, heee, beruntungnya kalau ada research team yg cool. hehehe, boleh sama2 tolong menolong dalam apa jua keadaan. *tolong pg shopping sama2 pun boleh, hehehe*

tapi akhirnya, sy buat keputusan tak mau guna Splus, nak guna Minitab saja sebab lebih mudah dan cantik graph yg dihasilkan melalui Minitab berbanding dgn SPlus. 

Fikir2 nak cari software kat mana, cek kat UM software tak ada, try google, ada bnyk jugak mereka yg sediakan link untuk download full version Minitab, bnyk jugak la yg sy try rasa mcm dekat 10 sites atau mungkin lebih, tapi kebanyakan link nye mesti ada masalah, tapiii, akhirnya sy berjaya jugak jumpa yg boleh. jadi nak share kat sesiapa yg memerlukan nya. boleh la download dr SINI. Klik saja dan ikut langkah yang diberikan. InsyaAllah, pasti boleh dan bolehla siapkan keje dengan tenang hati :) Terima kasih tuan punye blog tu ye kerana telah memudahkan keje sy.


daaa, selamat menjalankan ibadah puasa :)

Wednesday 17 July 2013

Amylea - Seperti Dia (ost Ramadan Yg Hilang TV3)

Hi sume, masih belum dalam mood nak update blog dengan cerita2 kehidupan, masih banyak urusan yang perlu diselesaikan, lebih2 lagi da nak dekat nak raya, ada banyak paper ang harus disiapkan denan kadar yg segera, thesis pulak da memang bekurun tulis. heheh.

sebab astro kat rumah ni dr minggu lepas lagi ada masalah, so setiap masa pasang tv3 je walaupun bukan tengok sangat, janji ada suara untuk mengisi ruang. hehehe. dah beberapa malam terdengar lagu ni, agak menarik perhatian, tapi tak study pun lirik nya mengenai apa, nanti2 la, sy rasa sedap di dengar je, so beria carik, samapai kena google intisari rancangan nk tengok ni slot ape n tajuk drama nye apa. hehehe.  

tadaaa, jom dengar sama2 :)



Ku lakukan semua hanya untukmu
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat
Untuk aku buktikan padamu
Untukku buktikan..padamu

Ku jejak tiap haluan dia tuju..
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia..
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tau aku tak sama

Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tau aku tak sama

Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat
Hi
Untuk aku buktikan semua..

Untukku buktikan semua

Wednesday 3 July 2013

Cameron Highland: Percutian bersama keluarga

wahhh, ni adalah cerita episod tertangguh. hehee, walau camana sekalipun, sy masih ingin mengabadikan nya dalam lipatan memori sy. aicehhh.

cuti sekolah yg lalu, my very big family datang berkunjung ke sini, seperti kebiasaan nya sy la master mind yg perlu merancang semua aktiviti sepanjang mereka berada di sini. pendek kata dr A-Z sy la perancang dan pelaksana untuk setiap nye, alhamdulillah sumenye berjalan dengan lancar, walau pun super penats sampai demam2  lepas diorang balik. hehehe

agenda utama adalah bawak dorang pegi cameron highland, sy pun excited sebenar nya nak pegi, da lama tak pegi kan.

disebabkan ahli family yg ramai, makanya kereta chumel ku adalah tidak muat, kena la cari kereta sewa. setelah puas call sana sini, cuti sekolah, sume full okay, sila la book awal2 kalo cuti skolah, kalo tak, da macam operator la jawab nye, duk call sana sini. akhirnya dapat sewa alza for RM 170 per day. okay la, nak sewa 2 hari je sebab pegi 2 hari 1 malam, 

lain2 perjalanan seluruh kl kami naik kereta sendiri je sebab tak sume nye akna jalan serentak, atau pun kami naik lrt sama2, seronok jugak naik lrt serombongan, nama pun percutian family kan, buat sume sama2 jadi sangat seronok. hehehee

oh ye, sama jugak kalo nak sewa apartment di cameron highland, sila la book awal2, kalo tak, jadi operator lagi, heeee, puas la sy jadi operator tau, tapi alhamdulillah, last sy dapat 1 apt dengan harga RM 250 semalam, apartment kami di Taman Royal Lily, Tanah Rata. apartment nya sgt bes, bersih, ada 3 bilik dan sangat selesa, siap ada astro lagi, tilam n bantal pun banyak. overall mmg puas hati la, da la suasana nya sejuk kan kat sana, arghhh, rasa nk dk cameron je. xmau balik kl. hahahaha

ativiti d cameron, seperti biasa la kan, melawat taman strawbery, mkn strawbery, ambik pic dgn strawberry, lepas tu beli segala benda yg berkaitan dgn strawbery, pelbagai jenis bantal, payung, adik2 beli keychain nk bagi kawan2 katanye, hehe, nama pon budak skolah, mesti la excited kan. heeee, oh ye, lepas tu adik2 dk mengangkut patung2 yg mcm2 jenis, adeh pening kpala mummy nengok nye. kete da penuh ngn bantal n patung, rimas macik nengok nye. hahahaha

selain tu, melawat la ladang teh, argghh, besnye pemandangan di situ kan, rasa damai menghijau. lepas tu taman bunga dan jalan2 di sekitar pasar malam. hehehe, tu je kot. 

walau macamana pun rasa sgt seronok dpt bawa family jalan2 sekali sekala, xde la duk pusing2 kt kl je kan.

hee, sikit dr pic yg mmg bnyk sgt kitorg ambik. biasanya da berkumpul sume anak dara, memang menjadi sangat la perangai nya, sorang je adik laki jd gol minoriti n slalu kena jadi jurugambar, nasib la ye. hehehe



seronok pulak share ramai2. hahaha


daaa, nanti kalo di izinkan oleh Allah, nak bawak jalan2 lama sikit, arghh, xsabar nye nk ada kete lg besar, xpyh nk sewa2 dah. hehehe.