Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Monday, 29 September 2014

Kembara Cinta 4: Bukit Tinggi

Sempena cuti hujung minggu yg agak panjang penghujung Ogos yang lepas, kami telah merancang pergi ke Bukit Tinggi, saja-saja untuk mengisi masa lapang. lagi pun tak berapa jauh sangat dari KL dan boleh pegi day trip sahaja. 

kami pegi dah agak lewat, lepas solat zohor baru nak pegi, sebab nak pegi ambil2 gambar sahaja kan. jadi rasanya tak la mengambil masa yang terlalu lama.

tapi, nampak nya nasib kami tak begitu baik, hujan pula bila kami sampai di sana, jadi gambar yg kami ambil agak limited. dan kami hanya pergi di kawasan Colmar ini sahaja. tak sempat ke tempat lain yg berada dalam lingkungan kawasan tu. hujan agak lebat, habis semua orang terkandas. 

dan kami pun ambil keputusan meneruskan perjalanan dan singgah di Janda Baik untuk cari makanan. heheh. bila di Janda baik kami sempat singgah makan durian, hehehe, seronok nye rasa, da penat berlari2 dalam hujan, lepas tu pg makan makanan yg panas, lepas tu makan durian. hihi, terlupa pulak rasa tak puas hati sebab tak boleh nak ambik pic banyak2 masa kat atas Bukit Tinggi tadi. hehehe, 

sebahagian pic kami yang di snap menggunakan monopod je, kami ada bawa tripod, tapi hujan, kesian tak sempat la kami nak beraksi dengan tripod pula. tak pe la, macam ni pun boleh.






wassalam 

Tuesday, 2 September 2014

Kembara Cinta 2: Kemaman - Cherating - Temerloh

Ini juga merupakan entry tertangguh. tapi sebab sy sedikit rajin malam ni, maka sy udate satu persatu

di sebabkan si dia jugak punya tanggungjawab lain, kadang-kadang hujung minggu kena keluar untuk pergi shooting atau pun pegi outstation. kalau sy pun tiada urusan yang penting, sy ikut saja dan urusan biasa dibutik kami serahkan kepada staff kami, alhamdulillah, setakat ni staff kami banyak membantu.

kali ni si dia ada shooting di Kemaman, dan rasa macam okay jugak kalau ikut, dia pun shooting sehari je, selebihnya boleh la kami extend untuk jalan2.

Semasa di Kemaman, kami tak jalan2 sangat pun, adala kami singgah pegi makan sata @ satar (sy juga kurang pasti ejaannya). tp sy xberapa suka sangat pun, biasa2 je. lupe nak ambik gambar la. hehehe. selebihnya jalan2 buang masa saja, pusing2, makan2. hehehe. tak ada tempat special sangat rasanya.

keesokan hari baru la kami jalan2, singgah ke pantai cherating, singgah beli keropok lekor, sempat la juga kami ke tempat pemeliharaan penyu, tapi ramai nya la orang, so kami jenguk2 dari luar aje. 

on the way balik ke KL, kami singgah ke Temerloh, ada orang tu kemain lagi mengidam nak ikan patin la. jadi, ikutkan aje. sy sebelum ni, memang tak makan pun ikan tu, tapi sejak kawen pandai pulak makan. sebenarnye ada banyak sangat benda yg dulu tak makan, tetiba lepas kawen ngan dia, semua pun reti makan. ape pun ta boleh :)

hehe, feeling je. perjalanan pergi ke Kemaman

singgah beli keropok lekor nak makan sepanjang perjalanan

pusat penyu, kami last2 cuma snap pic di luar saje

Pantai Cherating

Temerloh bandar ikan patin

wassalam :)

Kembara Cinta 1: Cameron Highland

Salam,

oh my, ni adalah entry tertangguh sejak berkurun yang dulu. tapi, demi untuk rujukan masa hadapan, maka nya sy teruskan. baru perasan da ada dlm draft sekian lama. huhhh. semua cerita yg dikarang adalah berasarkan situasi selepas hari kejadian, pertengahan Mei yg lepas (dengan iu, sy meng'italic'kan ceritanya).

"seminggu lepas majlis ke dua kami di KL, kami merancang last minute untuk pergi ke Cameron, kalau ikutkan jiwa 'pencinta travel' yang semenangnya sangat tebal dalam jiwa dan diri ini, pastinya sy ingin pegi jalan2 especially dengan suami pula kan. tapi disebabkan kekangan masa dan kalau nak travel lama2 dan banyak tempat pasti memerlukan perbelanjaan yg agak besar. terpaksalah sy akur dengan apa yg suami cakap, betul juga kan :) lagi pula komitmen kami pada kedai yang baru nak menapak juga tak boleh diabaikan begitu sahaja, tak boleh ditinggalkan terlalu lama begitu sahaja. tak mengapa, in sha Allah pasti ada masa nanti.

dengan itu, kami pun drive saja naik Cameron Highland, bes nya tak perlu drive dah, dulu sy ke sana bawak my big family. sy dan adik yg jadi driver. tapi kali ni, ada kekasih hati yg drivekan, thank you :)

untuk urusan hotel, suami ckp kite pg walk in saja, sy pulak mesti la kerut2 dahi, eh asal nak walk in je, karang tak ada bilik kan da penat nak cari-cari. hmmm, tp malas nak argue, sy diam dan ikut je, lagi pula, nanti dia la yg kena tanya ke mana2, sy tunggu dalam kereta je. hehehe. biarla, pasti dia lebih tau apa yg dia perlu buat.

nasib kami baik, senang je dapat bilik. alhamdulillah :) bermulalah pengembaraan kami. kali ni kami tak pergi banyak tempat sangat, sy sendiri pun dah beberapa kali ke sini, cuma dalam keadaan yg berbeza, begitu juak dia. so, kami cuma pergi ke beberapa tempat sahaja:

seperti biasa, tempat wajib yang kami pilih untuk mengisi masa 3 hai 2 malam kami di sini:

1. Pasar Malam Brinchang (dibuka setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad). di sini ada dijual macam2, seperti pasar malam d KL juga lah, cuma pastinya lebih banyak dijual produk dari CH sendiri spt teh, madu, buah, sayuran dan bnyk lagi. Selain tu, makanan yg digoreng dgn tepung bnyk, hehe, brocolli pn digoreng salut tepung

2. Ladang teh. Setiap kali sampai ke CH ni pasti akan singgah ke ladang teh, sebab pemandangannya yg sangat cantik, terasa tenang sungguh pemandangan. Di samping tu, pasti la sebab nak beli teh untuk jadi buah tangan dan untuk diri sendiri

3. Ladang strawbery. kami biasanya hanya singgah 1 ladang strawbery saja, Cuma, masa pergi dengan family dulu, sy singgah banyak jugak, sebab bawak budak2, memanjang la nak singgah. layan kan aje la

Daa, di antara pic kami, semua selfie aje. tak mengapa la, nasib ada jugak monopod, xde la pic setepek namak muke aja. sebenarnya kami un ada bawa tripod, tapi sebab ramai org, kami pun malas nak keluarkan :) apapun, alhamdulillah, semuanya okay dan baik2 saja"


di ladang teh

Big Red Strawberry

Big Red Strawberry

Wednesday, 3 July 2013

Cameron Highland: Percutian bersama keluarga

wahhh, ni adalah cerita episod tertangguh. hehee, walau camana sekalipun, sy masih ingin mengabadikan nya dalam lipatan memori sy. aicehhh.

cuti sekolah yg lalu, my very big family datang berkunjung ke sini, seperti kebiasaan nya sy la master mind yg perlu merancang semua aktiviti sepanjang mereka berada di sini. pendek kata dr A-Z sy la perancang dan pelaksana untuk setiap nye, alhamdulillah sumenye berjalan dengan lancar, walau pun super penats sampai demam2  lepas diorang balik. hehehe

agenda utama adalah bawak dorang pegi cameron highland, sy pun excited sebenar nya nak pegi, da lama tak pegi kan.

disebabkan ahli family yg ramai, makanya kereta chumel ku adalah tidak muat, kena la cari kereta sewa. setelah puas call sana sini, cuti sekolah, sume full okay, sila la book awal2 kalo cuti skolah, kalo tak, da macam operator la jawab nye, duk call sana sini. akhirnya dapat sewa alza for RM 170 per day. okay la, nak sewa 2 hari je sebab pegi 2 hari 1 malam, 

lain2 perjalanan seluruh kl kami naik kereta sendiri je sebab tak sume nye akna jalan serentak, atau pun kami naik lrt sama2, seronok jugak naik lrt serombongan, nama pun percutian family kan, buat sume sama2 jadi sangat seronok. hehehee

oh ye, sama jugak kalo nak sewa apartment di cameron highland, sila la book awal2, kalo tak, jadi operator lagi, heeee, puas la sy jadi operator tau, tapi alhamdulillah, last sy dapat 1 apt dengan harga RM 250 semalam, apartment kami di Taman Royal Lily, Tanah Rata. apartment nya sgt bes, bersih, ada 3 bilik dan sangat selesa, siap ada astro lagi, tilam n bantal pun banyak. overall mmg puas hati la, da la suasana nya sejuk kan kat sana, arghhh, rasa nk dk cameron je. xmau balik kl. hahahaha

ativiti d cameron, seperti biasa la kan, melawat taman strawbery, mkn strawbery, ambik pic dgn strawberry, lepas tu beli segala benda yg berkaitan dgn strawbery, pelbagai jenis bantal, payung, adik2 beli keychain nk bagi kawan2 katanye, hehe, nama pon budak skolah, mesti la excited kan. heeee, oh ye, lepas tu adik2 dk mengangkut patung2 yg mcm2 jenis, adeh pening kpala mummy nengok nye. kete da penuh ngn bantal n patung, rimas macik nengok nye. hahahaha

selain tu, melawat la ladang teh, argghh, besnye pemandangan di situ kan, rasa damai menghijau. lepas tu taman bunga dan jalan2 di sekitar pasar malam. hehehe, tu je kot. 

walau macamana pun rasa sgt seronok dpt bawa family jalan2 sekali sekala, xde la duk pusing2 kt kl je kan.

hee, sikit dr pic yg mmg bnyk sgt kitorg ambik. biasanya da berkumpul sume anak dara, memang menjadi sangat la perangai nya, sorang je adik laki jd gol minoriti n slalu kena jadi jurugambar, nasib la ye. hehehe



seronok pulak share ramai2. hahaha


daaa, nanti kalo di izinkan oleh Allah, nak bawak jalan2 lama sikit, arghh, xsabar nye nk ada kete lg besar, xpyh nk sewa2 dah. hehehe.