Monday 2 May 2011

luahan hati???

assalamualaikum n hi sume,

arini saje je nk cite, xde ape pun. lebeh kurang cam luahan hati, heee. lately ni sy dpt beberapa email, ramai yg tegur penampilan sy. hmm, xsangka ada ramai insan berhati mulia yg sanggup memberikan teguran supaya sy menjadi seorang muslimah yg sejati, sy terkedu membaca teguran tersebut, dengan sgt rendah hati, sy mengaku dan sedar yg sy bukan lah insan mulia yg sentiasa menjaga segala cara pakaian, memakai tudung litup, memakai baju longgar, memakai seluar longgar dan labuh, memakai stokin dan segalanya yg menjadi ciri2 muslimah sejati. setinggi ucapan terima kasih sy ucapkan kepada semua penghantar teguran itu. 

semua orang nak sangat berubah menjadi insan yg paling sempurna, tidak ketinggalan la sy, sy jugak nak jd insan dan muslimah sejati, nk berusaha jadi sesemurna mungkin. sume org akan slalu berdoa smg dia akn menjadi seperti tu, tidak ada ssatu orang pun nak jadi yg tak baik, sume org mau jadi baik. tp yg paling penting adalah keikhlasan hati kita dan melakukan segalnya dgn ikhlas kerana Allah swt semata-mata.

Sy jugak sebagai manusia biasa sdg berusaha untuk berubah sedikit demi sedikit sesuai dgn keihklasan hati sy ke arah menjadi muslimah sejati, sume org bebas memberi teguran untuk kebaikan, tapi Allah jugak mengajar cara terbaik untuk menegur orang lain. janganlah kita hanya bertujuan untuk menyakiti orang tu. sy tak pernah kisah kalau org nak tegur atau menghantar kritikan tentang diri sy, tapi sy amat menghargai sekiranya kita dapat menggunakan etika kita sesama manusia untuk menghantar setiap teguran. sy amat positive dgn setiap teguran/kritikan sebab sy yakin ia adalah suatu proses untuk memperbaiki diri dr kaca mata org lain, tapi alangkah baiknya kalau teguran itu bukan bertujuan mengguris perasaan atau disebabkan hasad dengki.

ohhh, sgt pjg luahan hati ni. cukup la sampai di sini. sekian, ini adalah dr hati kecil sy, tidak sedikit pun nhin mengguis perasaan org lain. 

No comments:

Post a Comment