Friday, 30 May 2014

Sebulan sudah usia perkahwinan kami

assalamualaikum,

lamanya dah berbulan tak update blog, alhamdulillah, dah lebih sebulan usia perkahwinan kami, kadang2 lupa yg sendiri dah kahwin, hehehe, sebab selalunya semua buat sendiri je, chewah, kata independent sangat kan :p

kehidupan berumah tangga memang sangat lain, sy masih lg belajar mengadaptasi. tapi alhamdulillah semuanya baik-baik saja. semoga perkahwina  kami sentiasa dalam limpahan rahmat Allah swt.

penat menguruskan ke dua-dua majlis da semakin hilang, hehehe, alhamdulillah semuanya pun baik2 saja, syukur ke hadrat ilahi yg mempermudahkan kesemuanya untuk kami.

In shaa Allah nanti nak kongsikan serba sedikit entry sy membuat persiapan perkahwina kami, kerana kebanyakan nya sy siapkan sendiri dari segi baju, tudung, kelengkapan2 lain, hantaran dan segala nya dgn hasil tangan sendiri. alhamdulillah berjaya jugak siapkan semuanya walaupun kelam kabut, hihi, itu biasala kan.

sekrang sy harus fokus menyiapkan thesis, da tertangguh sebulan lebih sebab kawen kan, nasib baik supervisor tak marah (mungkin marah jugak tp xcakap depan2 sy. hehehe) 

sy harus bekerja dgn keras ni memandangkan masa yg semakin suntuk. Semoga Allah permudahkan semuanya untuk sy.

di antara gambar yg bisa buat sy tersenyum. terima kasih Ya Allah di atas kurniaan ini. semoga kami akan terus menjaga ikatan ini dengan sebaiknya serta sentiasa istiqamah dan bersyukur atas segala nikmat yg Engkau berikan.

No comments:

Post a Comment