Tuesday, 24 May 2016

2015 yang indah

dah nak masuk pertengahan 2016 tapi masih mau mengimbau 2015? hehehe. tak mengapa kan, kenangan adalah suatu yg tak dapat dibeli, jadi harus kita simpan dengan baik.

2015 adalah tahun yang penuh cabaran dan kemanisan bagi kami. walaupun permulaannya agak menyedihkan selepas keguguran di penghujung tahun 2014. tapi suami selalu mengingatkan bahawa perancangan Allah untuk kami adalah sebaik rancangan yang telah Dia aturkan untuk kami.

walaupun perit untuk menerima dan akur dengan kenyataan tapi lama kelamaan, telah nampak satu persatu hikmah dan sesungguhnya percaturan dan perancangan Allah adalah sebaik-baiknya untuk kami berdua. Alhamdulillah.

selepas keguguran bayi pertama kami, sy telah bekerja sekuat mungkin untuk menyiapkan thesis dan sekali gus perasaan ingin menamatkan perjuangan PhD tu datang dengan membuak-buak sekali. berkat dengan doa dari keluarga, sokongan dari rakan seperjuangan dan sokongan dari suami yang sentiasa berada di sisi menjadi peneman yang paling setia akhirnya Februari 2015 berjaya menghantar thesis untuk semakan. tidak lupa juga supervisor yang sentiasa memberi semangat dan tunjuk ajar supaya dapat siapkan cepat-cepat. sebenarnya kalau dikira dugaan dan halangan, pasti ada, tapi di entry ni, sy hanya ingin menulis yang manis-manis sahaja. in shaa Allah, lain kali kalau rajin update yg pahit dan manis pula.


selepas berjaya menghantar thesis, kami berdua (saya dan suami) pergi menunaikan umrah. alhamdulillah, kami dijemput menjadi tetamu Allah ke tanah suci. terima kasih ya Allah. sebelum pergi, ternyata hati ini sebenarnya ragu-ragu juga, ya, kita insan yang penuh dosa dan ingin menghadap Allah di rumah Nya, pasti terasa sangat kerdil kan, bermacam-macam perasaan bermain di fikiran sebelum nak pergi tu. tapi jauh di sudut hati sentiasa berdoa dan yakin lah pada setiap apa yang akan dilalui nanti adalah cara Allah menunjukkan kasih sayang Nya kepada kita. In sha Allah, di kesempatan lain, sy kongsikan tentang perjalanan umrah kami supaya dapat menjadi panduan kawan-kawan yang nak ke sana nanti.


berada di tanah suci terasa ketenangan yang lain sangat, hati rasa sebak dan sayu bila kali pertama melihat kaabah di depan mata, terasa betapa kerdil nya diri dan betapa banyak dosa yang tidak terhitung, tapi Allah masih lagi mengasihi diri ini. seringkali juga kita mengeluh kalau diuji dengan ujian yang tak seberapa. Ya Allah, ampun kan lah kami. hmmm, tetiba rasa sedeh pula dan rasa rindu tanah suci. semoga Allah akan menjemput kami ke sana semula nanti.

sepanjang kami di tanah suci, urusan kedai kami diurus sepenuhnya oleh pekerja kami, kami memang banyak terhutang pudi pada pekerja kami yg seorang ni, alhamdulillah, dia menguruskannya dengan baik sepanjang kami di tanah suci, bila dia nak berhenti kerja, sy rasa sangat sedeh sebab akan kehilangan orang yang dipercayai dalam menguruskan kedai kami. tapi jauh di sudut hati sy, sy juga mendoakan dia mendapat pekerjaan yg lebih baik sebab dia ada kelulusan yg baik juga, tak mungkin selamanya kerja di butik kami sahaja. tak mengapa lah, dia sentiasa dekat di hati saya kerana baik pekerti nya.

alhamdulillah juga, sepanjang kami di tanah suci, hasil jualan juga sangat meningkat berbanding yang sebelum nya. terima kasih ya Allah.

perkara yang paling menggembirakan kami, lepas balik umrah bila akhirnya sy dapati sy positive mengandung sekali lagi. Ya Allah, terharu nya masa tu. satu persatu Allah makbulkan doa kami. terima kasih Ya Allah. terasa sangat bersyukur dengan setiap rahmat dan kasih sayang Allah kepada kami. sesungguhnya Allah telah mengaturkan sedemikian rupa untuk kami. hari-hari dilalui seperti biasa dan kami berdoa semoga kali ni akan selamat semuanya dan semoga Allah akan mempermudahkan untuk sy melalui nya. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja.



menunggu hari-hari untuk viva, setelah terdapat sedikit masalah, akhirnya Ogos 2015 adalah masa yang ditunggu-tunggu untuk viva. sesiapa pun akan rasa sangat gentar, seram dan semua perasaan akan datang bila menjelang hari viva. tapi, akhirnya sekali lagi Allah mempermudahkan urusan viva sy pada haritu. Alhamdulillah, hanya perlu buat minor correction dan seterusnya boleh hantar dah. Ya Allah, pada masa ni, perasaan sangat bercampur baur. akhirnya, perjuangan tu bakal tamat. ya, bakal tamat tak lama lagi. setelah keluar dari bilik viva, terus hantar message pada suami dan family. suami yg ada kursus pada hari tu, sanggup ambik half day supaya dapat hantar dan ambik isterinya. terima kasih sayang, segala jasamu dikenang dan tersemat jauh di lubuk hati. hehehe.

ada masa kurang 2 minggu untuk buat pembetulan dan serahkan semula final thesis kalau ingin sertai konvokesyen 2015 ni. alhamdulillah, setelah melalui banyak juga masalah akhirnya berjaya hantar juga. terima kasih Ya Allah atas segala kasih sayang Mu.

episod menunggu surat senat pula, memang agak banyak juga liku-likunya. namun setelah beberapa lama menunggu akhirnya dapat juga, dan ini maksudnya dah berjaya sertai konvokesyen 2015 ni. rasa excited? sebenarnya perasaan tu biasa-biasa saja pada mulanya, tapi bila tengok ramai-ramai pada hari kejadian tu rasa seronok dan ada perasaan lain yang datang. sempat hati berbisik kepada diri sendiri. alhamdulillah, akhirnya semuanya selesai. yang paling menyeronokkan juga, dalam konvokesyen ni, sy membawa bersama 'our little precious'. saya tak pernah menduga semua nya akan menjadi seperti ni, tapi ternyata apa yang Allah aturkan adalah yang terbaik. yang pasti, sy rasa sangat bahagia sekali. bila di ingat semula, sy boleh senyum sendiri dan juga mengalirkan air mata terharu. terima kasih Ya Allah. kalau boleh sy hanya ingin ingat yang manis-manis sahaja, walaupun secara logik mana mungkin semua nya indah-indah sahaja.



setelah semuanya selesai, sudah mula masuk ke alam pekerjaan dan melalui hari-hari seperti biasa. Tanggal 22.12.2015, lahirla putera comel kami. terima kasih ya Allah kerana telah memudahkan semuanya. kami namakan baby kami Daniyal Iskandar.

daniyal masa baru dilahirkan

masa nak keluar dari hospital


kini daniyal dah 5 bulan, semakin lincah. alhamdulillah, daniyal tak banyak sangat ragam, senang nak jaga, pasti dia sudah terbiasa dengan kesibukan dan sentiasa 'multi tasking' semenjak dalam kandungan bonda lagi agaknya. hehehe. 



alhamdulillah, semoga 2016 pun akan mengukir lebih banyak kenangan yang indah-indah belaka :)
dengan ini, sekiranya kita diuji oleh Allah, sy akan selalu mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersabar dan redha kerana pastinya Allah telah mengatur sesuatu yg lebih baik tanpa pengetahuan kita. in shaa Allah.

Thursday, 19 May 2016

weekend getaway - The Kabin

Assalamualaikum,


akhirnya da sampai hari jumaat, semua orang pasti tertunggu-tunggu sebab akan ada cuti yang panjang untuk berehat dan bergembira bersama keluarga tersayang. masa zaman study dulu, setiap hari pun sama saja, tak la tertunggu-tunggu sangat hujung minggu menjelang, tapi setelah berada dalam alam pekerjaan, jumaat adalah hari yang sangat ditunggu-tunggu.

in sha Allah petang ni, kami akan ke 'The Kabin' sebagai birthday trip untuk si dia. hari tu anniversary daniyal demam, so ganti dengan yang ni pula, lagi pun tarikhnya dekat-dekat je.

sy memilih the kabin, konon buat surprise book siap-siap, tapi setiap kali dia cakap, i kena pg outstation la nanti, dengan menggelabah nya akan tanya, oh date nya bila? sekali kena date ni, habis la. tetapi ahamdulillah sehingga hari kejadian, semua nya okay dan harinya dah tiba pun iaitu harini. yeayyy.

pada hari birthday tu, bila cakap ada hadiah untuk dia dan cerita menggelabah setiap kali dia cakap ada outstation. kami gelak sama-sama. susah juga ya plan macam ni.

kali ni, tak beli pun kek, buat kek sendiri. gigihhh. tapi macam xberapa jadi dan buat awal pula masa weekend. sy kurang berbakat dalam buat kek yg macam ni agak nya, sudah terbiasa buat kek lapis dari kecik lagi. jadi kalau buat birthday cake atau kek yg seangkatan dengan nya salu sy tengok macam tak cantik kejadiannya. perlu gigih lagi berusaha.

kami berdcadang buat mini photoshoot dengan daniyal sekali, sebab kami belum lagi ambil proper pic bersama-sama disebabkan kesibukan yang diluar batasan. masih lagi menyesuaikan diri dengan kehidupan yang agak baru ni, dengan kehadiran daniyal dan memasuki alam bekerja yang kadang-kadang diluar jangkaan kesibukan nya. namun, dalam semuanya ini, sy tak henti-henti memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt. terima kasih Ya Allah.

okay, sy doakan kawan-kawan semua akan melalui hujung minggu yang indah bersama keluarga :)


Tuesday, 10 May 2016

selamat ulang tahun perkahwinan yg ke 2

wahhh, bila buka blog tengok tajuk ulang tahun perkahwinan pertama kami, aduhaiii, setahun yang lepas.

ni post pertama tahun 2016? teruk nya. huhh

alhamdulillah, sudah menginjak di tahun ke 2 perkahwinan kami dan dikurniakan seorang penyeri hidup kami Daniyal Iskandar. terima kasih Ya Allah atas kurniaan dan rezeki mu.

harini tak larat nak tulis panjang-panjang sebab ada banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan, tapi demi sebuah kenangan tetap juga sy ingin mengabadikan nya secara tulisan di sini.

pada hari tersebut, daniyal demam, so kami sama-sama jaga daniyal kat rumah je, lepas da tengahari daniyal macam dah baik sikit dan hantar ke baby sitter. hehehehe. kami terus keluar pegi jalan-jalan dan makan-makan. itu sahaja. no anniversary getaway for this year. hehe. memandangkan birthday si dia terlalu dekat dengan anniversary kami, so kena pilih salah satu je, anniversary getaway atau birthday trip. heee, kalau dua-dua nak sekali gus, kuruslahhhh nanti :)

heee, pic masa majlis kat kl 10.05.2014.


nah, pic daniyal da 4bulan lebih.


in sha Allah, kalau rajin nanti sambung tulis lagi. semoga semua dipermudahkan setiap urusan oleh Allah swt.