uhukkk :( sy suda jd sgt gelap, sy xmo tgk cermin la. ni adalah gara2 balik perhentian dan berjemur serta mandi laut macam tak ingat. dan sekarang sy baru merasa akibatnya, kulit dah kena sunburn, suda mula sedikit ngelupas. hukhuk sedeyyyy.
dgn mengambil langkah berjaga2, sy pun carik petua untuk merawat sunburn ni spy lebey cepat pulih dan sy dpt kulit asal sy. hehehe.
ni adalah antara petuanya:
Petua 1:
Sapukan isi aloe vera dan sapukan ke seluruh muka. Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya selepas beberapa hari.
Petua 2:
Campurkan sedikit tepung gandum dengan sedikit madu, putih telur dan air limau nipis. Selepas itu, sapukan seluruh bahagian muka kecuali mata dan mulut. Biarkan sehingga kering barulah dibilas dengan air. Amalkan selalu.
Petua 3:
Kisar enam biji timun dan campurkan dengan dua sudu besar susu tepung. Kemudian sapukan pada kulit wajah yang terbakar tadi dan biarkan sehingga kering. Seterusnya bilas muka sehingga bersih dengan air suam.
Petua 4:
Belah dua biji tomato kemudian gosokkan pada kulit wajah selama 5 - 10 minit dan tunggu sehingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam.
No comments:
Post a Comment