Thursday, 3 January 2013

entry tahun baru. hehehe

da hari ke tiga da pun ye, tapi nak jugak ucap selamat tahun baru 2013. 

sebelum semakin tertangguh nak tulis entry sempena tahun baru, malam ni digagahkan jugak walaupun ras sangat penat lepas balik kutip result dari lab dan terbayang2 lagi ada beberapa masalah yg tak selesai lg dari sejak balik aritu. Ya Allah semoga terus kuat semangat dan dipermudahkan segalanya oleh Allah swt. amin.

imbas sikit2 tahun 2012, dari segi studyl, hmm, xde banyak sgt apa yg berlaku, paper pun xde published, hmmm, sedeh jugak ni, macam cepat sangat masa berlalu dan dah habis setahun, makanya, 2013 harus keje extra kuat sebab mmg sangat2 kesuntukan masa. Ya Allah semoga dipermudahkan segala urusan ku. 

dari aspek perniagaan pulak, alhamdulillah dengan rezeki yg Allah kurniakan. syukur atas segalanya. walaupun mmg banyak sangat dugaan dalam meningkatkan perniagaan namun semuanya mengajar kita menjadi ke arah yg lebih baik. Ahamdulillah. tahun 2013 ni, sy akan keje lebih kuat lagi untuk memajukan perniagaan ni dan akan sentiasa meningkatkan ilmu demi memajukan diri sendiri. insyaAllah :)

dari perkembangan kehidupan sendiri, alhamdulillah dengan kedewasaan ni, makin matang, chewaaahhh. hehehe, tp ye la kan, semua orang sentiasa berusaha untuk menjadi insan yg lebih baik, begitu juga dengan saya, heheh, sentiasa berdoa dan berusaha menjadi insan yg lebih dekat dengan Nya. hehe, sedikit demi sedikit dengan seikhlas hati :) tahun 2013 harusla berusaha memenuhi ilmu di dada untuk jadi insan yg lebih hebat. insyaAllah

dengan ini, sy mengharapkan tahun 2013 adalah tahun gemilang dan bersinar dalam hidup saya dan mengharap dengan setinggi harapan sy mampu menyiapkan tanggungan hebat di minda iaitu menyiapkan phd :) InsyaAllah, semoga Allah memberi kemudahan untukku.

p/s: marilah kite sama2 mewarnai dan menyinari tahun 2013 serta hari2 yang mendatang dengan warna kegemilangan dan ketenangan.

hehe, kite akhiri entry ni dgn video muzik kegemaran :) tahun ni xmau sedeh2 lagi, nak happy je. 

No comments:

Post a Comment