Monday, 14 January 2013

persediaan utk candidature defence

sepatutnya skrg sy bertungkus lumus membuat persediaan utk cand defence, buat slide dan baca materials yg diperlukan nanti. tp entah kenapa, berkecamuk rasa hati. hehehe *ayat tak menahan - sendiri pun rasa nak gelak*

sekarang rasa hidup seolah2 mengikut flow je, tak mampu nak berfikir sangat. hmm, ikut kan saja, memang tak cukup tangan rasanya nak buat semua benda, dan sebabkan tiba2 pulak nak kena buat cand defence dan jugak supervisor dah bagi tekanan untuk menyiapkan thesis secepat mungkin. Ya Allah, bantulah hamba Mu ini dan permudahkan la dalam setiap urusan ku. 

ditambah jugak dengan gangguan perasaan di kala ni, namun alhamdulillah, kali ni hati sangat kuat. mungkin pengalaman hidup buat hati jadi lebih kuat ya. hehe. dan ada banyak kegembiraan yang datang dari hari ke hari. alhamdulillah di atas segala rezeki dan nikmat yg Allah berikan. terasa betapa beruntungnya sy berbanding dengan insan lain di luar sana, alhamdulillah. selalu nak ingatkan diri sendiri supaya jangan mengeluh dengan setiap dugaan yg di hadapi, malahan kena bersyukur kerana setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah nya. mungkin bukan sekarang, tapi di masa hadapan, kerana Allah maha Mengetahui :)

okay, sila la sy sambung buat keje dr terus merepek di sini. hehehe


daaaa :)

No comments:

Post a Comment