Sunday, 17 March 2013

bekerja dan belajar di mana shj

assalamualaikum,

Ya Allah, lamanya dah x update blog. 1st entry of march? huhhhh, i've been so busy. sangat2, sampai masa untuk diri sendiri pun terabai, nak pegi salon dr dari tahun lepas sampai sekarang pun tak pergi. mengidam nk makan macam2 seperti keropok lekor n nasi kerabu pun xsempat nak cari. uhhh, sgt kesian pada diri sendiri, kalo la ada superman tetiba datang bawak sume yg sy nak ni, sy akn jatuh cinta padanya *hahahahah*

seriously ada banyak sangat yg ingin dicoretkan untuk menjadi lipatan sejarah di masa hadapan, tak mengapa, akan kucoretkan jua satu persatu nanti. hehhehe, sementara menunggu customer dtg tetibe rasa nk update blog. oh ya, sy baru balik bercuti, nanti akn diceritakan.

hari2 yg berlalu terasa sangat pantas sekali, sy mengejar waktu okay. seram nya kalau diingat kan, hanya tinggal 5bulan lebih shj lagi untuk sy seharusnya menamatkan pengajian ni, tapi terasa masa itu amat singkat, Ya Allah, sesungguh nya aku bermohon dikuatkan semangat ku untuk mengharungi perjuangan yg belum selesai ni.

setelah balik bercuti, rutin harian diteruskan macam biasa, hujung minggu adalah waktu yg sy harus berada di kedai, kekadang terasa malas menguasai diri, masakan tidak, hari2 biasa sy sibuk belajar *hehehe* hari minggu pulak harus ke kedai, tak masuk lagi keje sbg seorg bibik di rumah, Ya Allah, hanya Allah je yg tahu perasaan ni, namun bersyukur la kerasa sy dikurniakan kekuatan dan kesihatan oleh Allah swt untuk melalui hari2 yg indah seperti ni. mungkin ramai org yg nak jadi kuat seperti kite, tapi tak boleh, jadi bersyukurla selalu. Alhamdulillah.

disebabkan kekangan masa dan tanggungjawab pada diri sendiri terutamanya (yg harus menyiapkan study dalam tempoh yg ditetapkan), sy harus sentiasa bersikap positive. setiap detik waktu harus digunakan dengan sebaik2 nya. hehehe, dengan ini, sy harus bekerja dan belajar di mana2 sahaja. tadaaaa, pg kedai pun kena bwk buku2 dan journal. beginila rutin sebagai seorang pelajar dan pekerja. hehehe :)

di meja kedai saye :)
tak kisah la kan, yg penting kite rasa bahagia dengan kehidupan kite, smg sy terus kuat semangat siapkan sume ni. Amin.

No comments:

Post a Comment