Showing posts with label my shop. Show all posts
Showing posts with label my shop. Show all posts

Thursday, 20 June 2013

Part 6 - My Shop: Glass Door with access code, aircond & CCTV

waaa, lama dah kan tak update personal life n perkembangan kedai cumel saye.

seriously sgt bz dengan kehidupan seharian sebagai pelajar, pekerja dan Managing director *hahahaa, saja nk bikin gempaq sikit supaya nampak lebih busy*

hari-hari jadual kehidupan sangat penuh, kadang2 uruskan diri sendiri pun ala kadar je, alhamdulillah Allah jadikan diri kite sempurna, so xde la jadi si buruk rupa, hehehe. kalo si buruk rupa, orang nak pandang pun seram kan *chewahhh, ala2 busy sangat la tu kan ;p

hanya igin mengabadikan memori jatuh bangun, jerit perih serta suka duka untuk memastikan kedai ni lebih sempurna, heee, sume buat satu2 kan, kalo sekali gus pengsan pulak macik nanti.

sebenarnya da lama jugak da siap ni, tapi tak menyempat nak update. dalam entry ni kite nak update 3 benda sekali dengan reason kenapa kena buat sume ni sekali dengan budget pemasangan, supaya nanti kalau ada sesiapa yg nk buat renovation yg berkaitan ada rough idea untuk nk buat budget:

1. Aircond
- finally kami memang nak jugak aircond sebab cuacanya yg sangat panas sekarang, rasa macam berkuap sangat kalau tak ada aircond sebab nye kedai kami tu ada display case yg besar kat depan tu.
- bile da pasang aircond, sekali kena pasang langsir untuk menghalang cahaya matahari masuk sebab kalo tak, aircond pun da tak terasa. kami pasang yg 1.5hp saja, sepatutnye kena pasang yg 2hp, tp xpe la dah pasang pun. 

Kos pemasangan: RM 1200 (1.5 hp) dan RM 10 sekaki kalau ada penambahan piping. 

2. Glass door + access code + intercom
- pada mulanya kami hanya pasang glass door dgn manual lock dan door bell
- tetapi setelah ada 1 insiden makcik yg mencurigakan naik ke kedai kami, kami rasa sangat gerun dan fikir untuk pasang intercom dan access card

Kos pemasangan:
i. glass door (manual lock) = RM 1300
ii. door bell = RM 80
iii. upgrade to  glass door with access code + intercom = RM 1000

3. CCTV
okay, cemana pulak tetiba kami nk pasang CCTV? hmm, bila da ada intercom sume tu, tapi xtau pulak sape yg dtg kat luar tu, alahai, susah pulak xnampak kan, dan pasti nya kami nak pasang demi keselamatan untuk kedai kami jugak, senang nak monitor. jadi kami pun setuju untuk pasang cctv dan macam biasa, kena survey cari mereka yg boleh bg harga yg paling menarik dan cara layanan yg baik. kalo dapat harga murah tapi layanan yg tak baik pun, sy blacklisted, biar la mahal sikit tapi tau nak hormat orang lain kan. betol tak? hehehe *wahh, ada sedikit emotional di sini. hehehe*

Kos pemasangan:
i. pakej CCTV (4 camera) dengan pemasangan : RM 1600
ii. monitor 18 inchi = RM 235
iii. plug point = RM 170

Alhamdulillah, lega jugak da buat sume ni, terima kasih Ya Allah, atas sume ni dan bersyukur sangat kerana segalanya telah dipermudahkan oleh Allah swt.

InsyaAllah, nanti sambung part yg seterus nya. oh ya, nak tengok lain-lain part klik kat bawah ni ye:

Part 1: kedai baru 
Part 2: my car da jadi lori kecik 
Part 3: sy si tukang cat
Part 4: operasi mencari karpet & lain2
Part 5: perabot dan ssusun atur

daaa, sampai ketemu lagi :)

Saturday, 13 April 2013

mother's touch

alhamdulillah, ramai yg dtg kedai arini, kebanyakan nye diorang da dtg sepanjang weekdays yg lepas, tapi sy xde, kan hanya dibuka weekend. so diorang tanya, nape tak buka everyday? aiyakkk, ini adalah kedai chumell yg terjadi tanpa perancangan yg rapi. tapi alhamdulillah, semua nya berjalan dengan lancar walaupun terdapat banyak sangat dugaan nya. dugaan tu suatu pengalaman kan. alhamdulillah, syukur atas segalanya

bila difikir-fikir kan semula macamana boleh sampai ke tahap ni, i feel so blessed, bersyukur sangat dengan setiap ketentuan yg Allah tentukan untuk sy. betol la kan, di setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah nya, Allah tak akan turunkan sesuatu kalau bukan kerana ia memang adalah sesuai dan semampunya untuk kita hadapi. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah.

eh eh, berbalik pada tajuk asal, ramai yg suggest for me to hire an assistant utk jaga my shop. tapi, as for me, that shop still like my baby. i still wanna take care of it by myself. i nak it grown up very well, insyaAllah :)
heee, sempat buat lawak about this :)


daaa, nak sambung buat keje la pulak, kena tau letak priority in our life. hehehe :)

bile kawan sendiri datang ke kedai. yeayy :)

hi, weekend datang lagi, seperti biasa hujung minggu adalah hari untuk sy focus dengan kedai. lama sgt dah tak datang ke kedai sebab balik kampung kan, berhabus jugak sebab ada construction lg. jadinye, memang menggalas tugas sebagai cleaner terlebih dahulu. sampai je kat kedai, dah ada customer yg tungguh. sory ye, sy lambat sedikit. ehhee

kebetolan pada hari ni my fren nak datang melawat ke kedai. wahh seronok kan, jumpe my good fren, bergosip, ala... kalo perempuan lama xjumpe, macam tu la, cakap tak habis2, kadang2 ulang benda sama je pun, heeee. tapi seronok kan :) 

we've our lunch together at faezah elai's teh tarik (tak jauh dr kedai sy). macam lama sangat tak jumpe, banyak betol la cerita, kebetulan sy pun baru balik dr kampung halaman jugak, kitorang ni memang dr kampung yg sama je, sebab tu la ada bnyk sangat cerita yg boleh diceritakan. hehehe.

hee, thank u dtg melawat i kat kedai :) awan2 yg lain, jemput la datang ke kedai sy ye. 


daaa :)

Friday, 22 March 2013

Part 5 - My Shop: perabot dan susun atur

da lama nak update pasal ni untuk simpanan jadi kronologi kisah suka duka hidup. hehe, tak rasa untuk bercerita panjang, jd sy hanya tempek gambar dan biar gambar berbicara seadanya.

ini la yg mampu sy buat dan sy bersyukur dengan apa yg telah sy lalui ni. Ya Allah, alhamdulillah di atas segalanya, adakala nya di sebalik kedukaan tu, Allah turunkan kebahagian dan kegembiraan untuk kita. Sy ingin jadi seorang yg sentiasa bersyukur dan redha walau apa jua sekalipun yg sy lalui. InsyaAllah.

kepada kekawan yg tak datang kedai sy lagi, jemput datang :) alamat nye:

Fateema An Nur Enterprise,
No. 22A-2, Jalan Tasik Utama 10,
Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur.


daa, tu je dulu, nanti sambung part lain lagi. bile nak habis, tak tahu. hehehe

Part 1: kedai baru 
Part 2: my car da jadi lori kecik 
Part 3: sy si tukang cat
Part 4: operasi mencari karpet & lain2

daaa, sampai ketemu lagi :)

Sunday, 17 March 2013

bekerja dan belajar di mana shj

assalamualaikum,

Ya Allah, lamanya dah x update blog. 1st entry of march? huhhhh, i've been so busy. sangat2, sampai masa untuk diri sendiri pun terabai, nak pegi salon dr dari tahun lepas sampai sekarang pun tak pergi. mengidam nk makan macam2 seperti keropok lekor n nasi kerabu pun xsempat nak cari. uhhh, sgt kesian pada diri sendiri, kalo la ada superman tetiba datang bawak sume yg sy nak ni, sy akn jatuh cinta padanya *hahahahah*

seriously ada banyak sangat yg ingin dicoretkan untuk menjadi lipatan sejarah di masa hadapan, tak mengapa, akan kucoretkan jua satu persatu nanti. hehhehe, sementara menunggu customer dtg tetibe rasa nk update blog. oh ya, sy baru balik bercuti, nanti akn diceritakan.

hari2 yg berlalu terasa sangat pantas sekali, sy mengejar waktu okay. seram nya kalau diingat kan, hanya tinggal 5bulan lebih shj lagi untuk sy seharusnya menamatkan pengajian ni, tapi terasa masa itu amat singkat, Ya Allah, sesungguh nya aku bermohon dikuatkan semangat ku untuk mengharungi perjuangan yg belum selesai ni.

setelah balik bercuti, rutin harian diteruskan macam biasa, hujung minggu adalah waktu yg sy harus berada di kedai, kekadang terasa malas menguasai diri, masakan tidak, hari2 biasa sy sibuk belajar *hehehe* hari minggu pulak harus ke kedai, tak masuk lagi keje sbg seorg bibik di rumah, Ya Allah, hanya Allah je yg tahu perasaan ni, namun bersyukur la kerasa sy dikurniakan kekuatan dan kesihatan oleh Allah swt untuk melalui hari2 yg indah seperti ni. mungkin ramai org yg nak jadi kuat seperti kite, tapi tak boleh, jadi bersyukurla selalu. Alhamdulillah.

disebabkan kekangan masa dan tanggungjawab pada diri sendiri terutamanya (yg harus menyiapkan study dalam tempoh yg ditetapkan), sy harus sentiasa bersikap positive. setiap detik waktu harus digunakan dengan sebaik2 nya. hehehe, dengan ini, sy harus bekerja dan belajar di mana2 sahaja. tadaaaa, pg kedai pun kena bwk buku2 dan journal. beginila rutin sebagai seorang pelajar dan pekerja. hehehe :)

di meja kedai saye :)
tak kisah la kan, yg penting kite rasa bahagia dengan kehidupan kite, smg sy terus kuat semangat siapkan sume ni. Amin.

Saturday, 9 February 2013

Part 2 - My Shop: my car da jadi lori kecik :)

assalamualaikum,

hehe, da siap ada part ni kan, maksudnya akan ada banyak cerita la ye. hehehe. ya, sesungguh nya sy ingin mengabadikan nya sebagai suatu kisah dalam hidup saya. supaya in future bile sy lihat2 balik sy boleh senyum dan menangis mengimbas segala apa yg telah sy lakukan. insyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan.

entry ni khas untuk cerita kisah penat lelah menjadi buruh kasar mengangkat semua barang naik turun tangga, ohh, memang bermandikan peluh okay, mau beberapa kali angkut jugak la, naik tingkat 2 dengan bawak bebena seberat dengan kudrat seorang wanita. memang terasala ototnye, longgat n terketar2 rasanya kaki tangan ni. tapi alhamdulillah, sehingga ke saat ni da hampir siap mengangkat barang berat seperti meja, beberapa manequin dewasa dan kanak2, kerusi ofis yg berat tu, dan meja yg maha berat. Ya Allah, hanya Allah je yg tau di mana datangnya kuat semangat nak buat sume tu. syukur pada Allah dah selamat semua nya.

diharap selepas ni, jalan untukku lebih dipermudahkan oleh Allah swt.

daaa, tengok la, my car dah serupe lori kecik da, kat seat depan tu pun penuh ngn kotak manequin gak. hehehe.

paling kelakar time ni, roda kerusi tu asyik dok totalk2 belakang i tau, geram jeee lagi2 kalo ada jalan berlubang. boley tahan sakit gak dibuatnye.
daa, jumpe lagi di entry bahagian yg seterusnye :)

Part 1 di sini :P

Friday, 11 January 2013

Part 1: kedai baru :)

assalamualaikum, 

dalam kesibukan menyiapkan report aritu da mmg ada kisah ni, tapi terbantut sekejap. heheh, yela, mana nk menang tangan menyiapkan report dalam kesuntukan masa, terus lenyap kejap dalam fikiran pasal hal ni. hehehe. tapiiiii, sekarang pon kena lenyapkan dulu lagi, kira2 semua kena stop dulu sampai selesai candidature defence dan perbincangan pasal siapkan thesis. kena letak priority tau. tak boleh ikut perasaan *harus selalu ingatkan diri sendiri tentang perkara ni*

memang lepas ni bakal tak menang tangan untuk tulis thesis sebab supervisor da bagi pressure suruh siapkan cepat2. tapi dalam pada tu, semangat tinggi sangat la kannn nk buka kedai jugak. heheh, harap2 murah rezeki insyaAllah. dengan ini, sy keje 7 hari seminggu lepas ni. kurus kering la nanti. hehehe.

tapi, arini mintak excuse ngn diri sendiri untuk sambung berangan lagi pasal kedai sebab otak da tepu lepas tungkus lumus tulis report dan tadi da hantar, so dengan gembiranya sambung semula angan2 untuk siapkan kedai baru nanti. alhamdulillah :) semoga segala urusan akan dipermudahkan oleh Allah swt.

hmm, okay stop dulu la. eh eh, sy da terfikir nk buat warna tema ape. tadaaaaa, ni la color nanti. insyaAllah :)
 

kedai baru sy :)
Ya Allah, semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku dan siapkan phD ni cepat2. amin.