Saturday 1 February 2014

Ringkasan 2013

kononnye berazam nak jadi rajin tulis blog, tp setiap kali nk tulis mesti fikir, alangkah bagusnye sy buat keje or update mana yg patut berkenaan dgn thesis ataupun baju renang, terus tak jadi nk tulis. entry ni pun dah brapa lama tah duduk dlm draft. sampai dah menjelang february pun, so malam ni sy ambik keputusan untuk update jugak serba sedikit.

okay la, berbalik kepada tajuk asal, sebelum nk recall secara terperinci the best moment yg berlaku sepanjang 2013 jz nk menulis tentang ringkasan kehidupan sepanjang 2013 yg lalu.

biar kite ringkaskan kepada beberapa kategori, hehehe..

kehidupan sebagai PhD student
inilah kehidupan yg penuh pancaroba, dugaan nya datang tak menentu, tidur pun masih boleh termimpi2 tentang segala apa yg kite buat

life as lady boss and bussineswoman
walaupun my bussiness tidak lah sebesar mana, but that is good enough to keep me busy all the time, juggling with many things, dealing with people's attitude. oh man, not an easy task okay. some how i would prefer doing my programming day n night, sitting in front of my computer playing around with the command language rather that dealing with bad people. tapiiii, sy selalu mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersabar dan melihat setiap apa yang berlaku dr perspektif yg positif. 

kadang-kadang rasa sedeh bila ada yg suka marah-marah, tetapi tak lama lepas tu dapat good feedback dan hati terubat kembali. kadang-kadang, bile jaga kedai, jumpe customer yg baik hati, rasa geram tu jadi terubat semula. mungkin, itulah kehidupan, ada pahit manisnya. kalau manis sahja, mungkin xbes pulak kan :)

jauh di sudut hati sy, sy amat la bersyukur kerana Allah memberi peluang dan rezeki sy untuk melalui semua ni. alhamdulillah :) penglibatan dlm biz ni banyak sekali memberi impak yg positif dalam diri, jatuh dan bangun dalam menjayakan biz sehingga apa yg ada sekarang ni, semua nya Alhamdulillah.

dan, sekarang sy sudah ad assistant baru, alhamdulillah, sehingga hari ni baru setengah bulan dia mula bekerja. kalo tak, langsung sy tak sempat menjengah blog ni. semoga dia selesa bekerja dgn kami dan sy boleh menjadi majikan yg baik.

my personal life
dari segi kehidpan personal, ada banyak sgt benda yg berlaku dlm 2013, jatuh dan bangun, bertemu dan berpisah.. chewahhh. hehe, in shaa Allah nanti nak update sedikit demi sedikit supaya seiap memori terlipat kemas untuk rujukan di masa hadapan. nanti boleh senyum2 sendiri baca semula.

after all, di atas setiap yg berlaku sepanjang 2013 dlm kehidupan peribadi sy, alhamdulillah, semua nya baik-baik sahaja. setiap yg berlaku pasti ada hikmah nya. Terima kasih Ya Allah. 

untuk tahun 2014 ni, sy berharap untuk menjadi seorang yg lebih baik dr segi kehidupan peribadi, kerjaya dan perniagaan. 

di atas semua yg sy lalui, syukur ke hadrat ilahi dan terima kasih untuk semua org yg tersayang yg banyak memberi sokongan dlm hidup sy. t.kasih semua nya

No comments:

Post a Comment