Thursday, 23 April 2015

Ulang tahun pekahwinan pertama kami

our 1st anniversary is coming. alhamdulillah, tanpa sedar telah berlalu setahun usia perkahwinan kami. terasa sekejap saja, teringat dulu di saat ini, tengah sibuk sangat, fikirkan baju yg belum siap sepenuh nya. maklum lah, sy menjahit dan sediakan sepenuhnya alatan dan kelengkapan perkahwinan. suatu yg agak mencabar, tapi, seperi biasa, dirikiu seorang yg berjiwa besar, akn buat apa saja yg diingin kan. alhamdulillah.

setahun berlalu, ada banyak sangat benda yg berlaku, dari pelbagai segi. sebagai ingatan untuk diri sendiri, hanya rasa kesyukuran kepada Allah yang boleh diungkapkan kerana sesungguhnya Allah adalah sebaik perancang.

kisah paling sedih, bila miscarriage november lepas. kalau tak sekarag dah sarat, tunggu hari je lagi. tapi semua yg berlaku pasti ada hikmah. sy sudah redha dengan semua nya.

dalam kesedihan itu, setahun telah mengukir banyak kenangan indah dalam hidup kami. alhamdulillah, dengan gabungan sy dan suami, perniagaan dah jadi lebih maju, sekarang sibuk pindah ke lokasi baru. alhamdulillah, suami pun dah ada studio sendiri. benarlah, berdua lebih baik dari satu, sebab idea dan perspektif kita berbeza. bersyukur kerana si dia seorang yg supportive walaupun selalu terdapat percanggahan idea. sebenarnya, kalau dikira sy dan suami sangat2 berbeza pandangan dan perwatakan. pendek kata kami sangat berbeza dari setiap perkara. kalau nak list kan perbezaan, senang sekali, kalau cari persamaan (hmm, mungkin sy perlukan lebih masa untuk berfikir). tapi, dengan itu life jd lebih menarik sebab kite akn cuba belajar apa yg pasangan kite suka. jadi untuk pemilihan konsep butik kami kali ini, ada banyak sangat percanggahan dan ubah suai, kerana harus ambil kira idea ke dua-dua nya sekali. kami berharap kami dapat buat yg terbaik. in shaa Allah 

dalam jangka masa setahun ini juga, Allah telah izinkan kami menjadi tetamu Nya di baitullah. tidak dapat digambarkan perasaan bila dapat melihat kaabah di depan mata sendiri. sesungguh nya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, terasa kerdil sangat bila berada di rumah Allah, semoga kami akan di jemput ke sana lagi di masa hadapan.

sebenarnya, terlalu banyak nikmat yg telah Allah berikan, kadang2 terasa jahil sangat, sebab dalam nikmat tersebut, kite sempat lagi merungut dengan ujian kecil yang Allah berikan, Ya Allah, semoga kami dijauhkan dari golongan tersebut.

sempena ulang tahun perkahwinan ni, sy ingin memanjatkan kesyukuran dan doa kepada Allah, semoga hubungan ini kekal di bawah rahmat dan kasih sayang Allah dan juga, supaya dengan hubungan ini akan menambahkan kecintaan dan keimanan kami kepada Allah swt. amin.


oh ya, ni antara hobi si dia, mengumpul semua yg berkaitan dengan 'life history' kami. semua benda yg mempunyai nilai sentimental bermula dr kad kawin ada dalam ni. oh, tiket masa merisik dan tunang pun ada. hehehe, dah penuh pun 1 sticky album kami. bila melihat kembali semua ni, sy rasa ini suatu idea yg baik tau. so kawan2 boleh praktikkan.

antara benda yg si dia tampal dlm ni:
- flight tiket
- tiket masuk ke mana-mana tempat perlancongan
- ada juga resit bayaran tempahan hotel
- tiket bas
- tagging bag ( especially yg jarang2 kami pegi) kalau tagging bag balik sarawak tak la. hehehehe. kecuali jika ada hari-hari bersejarah baru simpan
- parking tiket masa pg holiday (hahaha, kelakar kan) tapi rasa best bile tengok balik, kerana di setiap tu ada cerita nya
*dan apa saja yg kamu rasa punya sentimental value. so, kawan2, start collecting everything about u n him :)



No comments:

Post a Comment