Monday, 26 March 2012

masa semakin mengejar diriku

assalamualaikum n hi semua,

sekarang slow sangat meng'update' blog ni. busy ke buat2 busy, hehehe, 

hee, sepatutnya sy sangat begembira kerana percutian yg ditunggu2 telah pun hampir tiba, hanya tinggal beberapa hari lagi yippeeeee :) semoga perjalanan kami semua dipermudahkan oleh Allah swt. InsyaAllah

kami sume bz membuat persediaan untuk bercuti, bersama2 menyiapkan itinerary percutian kami. memang agak meng'stress'kan jugak dalam menyiapkannya, memandang kan kami pergi agak lama, dlm 12 hari di sana, lamaaa kan, sy pun tak tau nape kami pegi lama sgt, harap sy xrindukan rumah sy, biasa kalo travel lama2 sy jadi rindu rumah sendiri, hehehe, *ngengada*

sekarang baru start spring time di sana, hee, cuaca agak sejuk, mmg kena pakai pakaian tebal n spring/autumn coat. suhu dalam 2-14 celcius, uhh, sejuk kan, aircond kt ofis biasa pasang pun dlm 22 celcius.  smg kami semua dikurniakan kesihatan yg baik dan dipermudahkan perjalanan oleh Allah swt serta selamat pergi dan balik.

seperti biasa, sebelum pergi bercuti, sememangnya harus menyiapkan bnyk tugasan, lagi pulak tahun ni, s asyik je bercuti, kalo tak bercuti pun balik kpg, aghhhh, sy sendiri pun pening dgn apa yg sy buat. kalau macamni, sampai bila nk siapkan study. lg beberapa bulan dah genap 2 tahun pengajian. so, sy berazam untuk tidak merancang segala jenis percutian lagi selepas ni. hehehe. yg tidak terancang itu adalah di luar kemampuan sy *hehehe, alasannn* lepas balik dr korea, sy berazam penuh menulis thesis dan artikel dengan bersungguh2. Ya Allah, perkenankan azam ku ini, smg akn jadi kuat semangat dan idea dtg mencurah2 :) InsyaAllah

heee, sy ada bebeapa hari lagi, sy kena siapkan programming dan dapatkan results, ada final discussion before sy fly nanti. wpun dalam kotak fikiran ni sudah pun terbayang2 keindahan percutian, namun sy harus kuat semangat, hehehehe.


cherry blossoms :)
hee, cantik kan...
daaaaaa, take care everyone :)

Thursday, 15 March 2012

balik dr kampung

assalamualaikum,

hi, sy baru balik dr kampung, walaupun beberapa hari je, memang sekadar menjengahkan diri shj di kampung,balik sebab cuti sekolah dan make upkan kawan kawen. sy bahagia menjadi sebahagian dr org penting di hari bahagianya, sy harap dia berpuas hati :)

hanya beberapa hari di kampung tp rasa puas hati, rasa bes sgt sebab musim ikan bes2 yang banyak, balik on december last yr, musim hujan... ikan segar2 pun xde, so this time, pasti nya takkan melepaskan peluang, tambahan lagi dengan adik2 yg sume ade kat rumah, cuti sekolah kan, 

heeee, paling bes sy ada secretary, sebagai seorang kakak sulung memang bnyk keistimewaan nya, lagi2 sebab jarak usia yg terlalu jauh antara sy n adik, maka kuasa authority mmg tak akan dipersia2 kan. hehehehe 

tugas secretary sy kali ni adalah iron baju, sebab sy kena make up org, aiyakkk, 3 set baju kurung kena bawak balik, mmg leceh laaaaa, berat jd bag, kena bawak luggage, kalo biasa balik bwk hand luggage je, tp kali ni kena simpan luggage, dgn bag make up lagi kannn, huhhh, mmg agak mencabar, tp rasa gembira.

so setiap kali nak klua, my secretary (yak su a.k.a lulu) yg akn siapkan baju sy semua, bahagianyaaaa kalo kt kl pun mcm tu :)

masa memasak pun ada assistant, besss kan? sempat jugak sy menurunkan ilmu nak masak kari ikan yu comel n satu lg ikan 'didik' ala sarawak (bhs sarawak - kt sini tak tau nak sebut ape, hehe), n guess what last day sy kat rumah (hari ke-4), yak su n my other sis yg masak, sy bz sebab alter uniform yak naq n yg besnyaaaaa dia masak pn sedap, boley la kan, 1st try n she just form 2 :) 

dr kiri yak iey (lala), me n  yak su (lulu a.k.a my secretary) hehehe

walaupun baru balik beberapa hari je, bile balik semula ke kl, fikiran kembali serabut, bnyk sgt keje yg tertangguh, kdg2 xtau nk buat yg mana satu, masa pulak semakin cepat berlalu, risau dengan semua yg dilalui, takut tak terkendong oley tangan dan tak terpikul bahu.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon semoga dipermudahkan segala urusan ku, dipelihara dari segala perkara yg tidak baik. Amin

Tuesday, 28 February 2012

planning..planning..planning

assalamualaikum...

hehehehe, skrg ni dah jarang sangat update blog, asyik la terkejar2 n bnyk sgt plan di kotak fikiran ku. hehehe, ayat lebih2 kan.

untuk march ni, mmg plan bnyk sgt, pindah rumah??? aiyakkk, rasa tak sempat lagi laaaaaa. kena tunggu balik dari korea dulu, sekarang asyik duk kira duit jeeeee, bnyk sgt belanjawan negara kena buat. haihhh.

sekarang masih lagi berkira2, tengah nak buat scrapbook untuk trip to korea. sambil sibuk menulis paper dan menyiapkan research, memang celaru tauuuuu, serabut sangat, research ni sikit umbang ambing, pastu fikiran pulak bercabang-cabang fikir banyak benda, before nk pegi korea, sy balik kampung dulu. hehehhe :) 

lepas balik dr korea, sy nk mulakan hidup baru. haaaaa, mcm suspen je kannnn, sy klasifikasikan sebagai hidup baru sebabbbb, sy nak pindah rmh baru, nak beli mesin jahit baru (serious bile dah xde sy rasa sangat2 kehiangannye) nak susun atur kehidupan semula dgn suasana yg baru, harap2 makin bersemangat untuk siapkan research. mau mula menulis thesis dan paper. InsyaAllah, semoga Allah memudahkan segalanya.

sy jugak mau meningkatkan lg urusan biz, di samping menyiapkan research ni, InsyaAllah nak mulakan semua nya dgn semangat baru yg lebih berkobar2 dan lebih positive. insyaAllah. balik dr korea, sy nak jd org baru. aiyakkk, semua baru laaaaaa. baju pn mesti baru la kan :p

Thursday, 23 February 2012

bile tak de baru rasa rindu :(

assalamualaikum,

nak singgah sekejap kat cni dan merepek. heheh, cam xde keje kan.

dah seminggu mesin jahit sy jd milik orang lain, seriously sy rindu da. mencik tau perasaan camni, dulu masa ada xde pulak gedik nk jahit macam2, ni dah tak ade, adeeeeeee je la benda nk dijahitkan. ni la kan manusia, kalo dah xde depan mata baru la nak rasa rindu n rasa perlukan benda tu, cuba kalo ada depan mata, sampai berkuap xde nye nak guna pun, geram taw ngn diri sendiri.

buat masa sekarang, sy masih menahan diri untuk mendapatkan kesayangan  yg baru ni, kalau boleh nk tunggu pindah dulu, tp rumahnye xdapat lagi la, last2 xjadi pun pindah, arghhh xnakkkk, nak jugak pindah. jom tengok sikit ttg mesin jahit idaman sy ni. hehehe:

Harmony Model 2049 "All In One" 
Harga: RM 2499

A. Fungsi utama 


a. Lebih daripada 22 corak bunga yang sedia ada 

i. Boleh jahit tepi 
ii. Boleh jahit lurus 
iii. Pasang butang 
iv. Sulaman tanpa pemidang (termasuk kulit) 
v. 1 Langkah untuk jahit lubang butang 
vi. Jahit zip 
vii. Jahit sembat 
b. Jahitan tebal, setebal 8 lapis kain jeans 
c. Boleh jahit fabrik elastik 
d. Jahitan kulit 



B. Ciri-ciri 



a. Masuk benang secara automatik 

b. Boleh pasang jarum berkembar 
c. Butang saiz kelebaran corak 
d. Lampu menjahit 
e. Pemotong benang 
f. Butang jahit terbalik 
g. Free arm 
h. Plat jarum yang mempunyai ukuran 



C. Sesuai untuk pelbagai jenis kain 



a. Kuilting 

b. Pakaian 
c. Seni tampal 
d. Seni cantuman 
e. Sulaman 
f. Hiasan rumah 
g. Kraftangan 



Tempoh keahlian 12 bulan 

Kursus percuma 12 bulan 
Tempoh jaminan 5 tahun (motor sahaja) 


menarikkkkk sangat kan, aiii, memang tak tahan la nengok, meriah sgt kegunaan nya :)  yang paling bes, dapat kelas percuma selama setahun, memang terror la lepas tu kan. bes sangat kannnnn. arghhhh, xsabar. hehehe

InsyaAllah, xlama lagi nak jugakkkk, xkira. hehee

Tuesday, 21 February 2012

hehe, entry org malas

assalamualaikum,

hee, da bekuap la blog ni, tp hari2 pun jenguk je blog ni n baca update sume orang. hehehe. sekarang ni mmg mls sgt nk menulis, wpun mcm2 je bnda blaku, tp rasa mls sgt, skrg ni nak ambik gambar pun malas, kalau ambik pun, bekurun duk dlm camera xde nye nak transfer kt komp. pemalas betol kannn. 

da beberapa hari mesin jahit pertama sy jadi milik org lain, sedeh jugak rasa nya, tp sbb nk bli yg baru, mmg xde tujuan pulak nk ada 2 kan, bukan sy nk jd tukang jahit sepenuh masa. hehehe, 

skrg ni tgh serabut nk pindah rumah, xjmpe lg rumah yg sesuai, xsabar dah nk pindah, serabut sgt tengok barang kat rumah skrg ni, nak buat keje pun jd xproduktif *hahaha, alasan kemain lagiiiiiii, padahal sendiri yg malas tak ingat, nk salahkan macam2 je**

okay la, nak sambung baca artikel, hari2 kena baca tp mcm tak abis2 pun lagi. okay sy akn terus mmbaca dgn sabar :)

jg diri baik2 ye sume org.

Monday, 6 February 2012

Mesin Jahit SINGER 8280

assalamualaikum,

hmm, ade tak sesape yg baru mula2 nk menjahit n nk mesin jahit, sy nak let go mesin jahit sy, nak yg baru dan canggih la. hehehehe :)


mesin ni jenis portable, boley bawak gi mana2, ni antara features yg ada untuk mesin jahit ni:

Features:
  • 7 built-in stitches
  • 3 needle positions
  • 4-step buttonhole
  • Uses front-loading class 15 bobbins
  • Automatic Tension
  • Built-in Accessory Storage
  • Carry Handle
  • Free-Arm
  • Light
  • Snap-on Presser Feet


sesiapa yg nak atau ada kawan2 yg nak, email sy ye, drizella_84@yahoo.com.


mesin ni boleh jahit button skali, ni ada tuorial:

Friday, 20 January 2012

nak pindah rumah

assalamualaikum, 

dalam seminggu ni, perasaan nk pindah rumah makin kuat, hmm, meronta2 gitu. hehehehe

sekarang tengah cari2 rumah lagi, ingat nak pindah dalam bulan march before fly to korea, nanti akn lebih banyak travel lagi, so macam paling lambat kalo nak pindah, kena pindah march ni. 

susah jugak nk cari rumah bile da nak pindah ni, da lama duk rumah yg sekarang ni, tiba masa macam kena pindah nak cari rumah yg lebih selesa, bilik yg ada kt rumah sekarang ni dah kalah stor, rasa nak pindah rumah baru  supaya ada satu bilik untuk menempatkan barang2 yg berkaitan dengan hobi dan onl biz sy. sy perlukan satu bilik utk mesin jahit serta alatannya sekali supaya boley menjahit bila2 masa free, nak letak patung display baju, patung rambut utk praktis buat rambut, stok baju renang, make up tools serta buku2 yang menimbun. sekarang di segenap ruang rumah ni macam da xde space da. sememangnya sy perlukan rumah baru untuk keselesaan memandangkan perjalanan yg masih pnjang untuk menyiapkan apa yg patut kat kl ni.

sekarang dlm kesibukan menyiapkan abstract n paper untuk conference june nanti **travel lagiiiiiii** sambil tu curi2 masa carik rumah yg sesuai. hopefully dapat jumpe nanti dan pindah. hehhee 

Tuesday, 17 January 2012

penat yg teramat

assalamualaikum,

hi sume, ohhhh, i'm extremely tired. penat sesangat sejak join class muay thai ni. mmg mencurah2 ke ladang gandum la peluh lepas abis training tu. kadang2 rasa longlai da kaki tangan lepas training nk drive balik tu, jalan slow2 je pg kat kete n drive balik,. nasib la sy memilih bukan waktu kemuncak untuk pegi dan balik dr training tu, so boley la sy drive rileks2 ckit. 

ni da minggu ke dua training, penat tak payah cakap okayyyy, seriously penat gile, my personal training ada 8 session, kire da abis my personal training akn join pulak group class, hmm, risau jugak sebenarnye, nevesssss kan, sume org macam kuat2 je, td masa my training session, ade seorg aunty yg jugak ambik personal training dgn other trainer, i dengar la dia ckp, her age is 54 yrs old, hmmm.. skali kan, i tgk la masadia tgh training, dia jab n hook lg kuat dr i buat. muahaaaaaa, malu okayyyy, dia punye sound effect 'dush' tu lagi kuat. seriously tak tipu niiii. kalo i buat mcm malu2 kucing je nk klua bunyi 'dush' tu. aiyaaaaaa, ini org memang la kan. so dlm hati berbisik la, nape la aunty tu buat lg kuat dr aku nih, xboley jadi camni. huhhhh. kena gak dush dush lg kuat. hehehehe

lepas abis training, macam biasa, akan balikmnd n siap2 pg um, penat nye mmg xboley kira, sy akn naik my room dgn selipar jepun, no high heels ya, mmg xmampu untuk naik smpai 3 tgkat dgn heels/wedges lepas balik training, so jgn berangan okay nk guna heels atau yg sewaktu dgn nya, naik la tu haaaa dgn selipar jepun je ;p

wpun teramat penat dgn training, tp alhamdulillah boley siapkan beberapa perkara penting untuk arini dan ada lagi nk kena sambung. sekarang macam tgh masa genting ada bnyk perkara bercampur gaul dlm kepala ni, hmm, dlm masa terdekat kena fikirkan untuk pg conference lagi, uhhh rasa mcm baru je pegi aritu da kena pg lagi, so sekarang dlm proses nk siapkn abstract, harap2 mudah la jalan untuk yg ni. hmm, currently working on my own checklist, ada bnyk benda laaaa. Ya Allah, permudahkan segalanya untukku. Amin.

Wednesday, 11 January 2012

awl tahun 2012

assalamualaikum,

terlebih dahulu, syukur ke hadrat ilahi. alhamdulillah di atas segala nikmat yg Allah dah berikan pada sy, yg adakalanya kita lupa untuk mensyukuri nya. Ampunkan hamba Mu ini atas kealpaan ku Ya Allah.

hehhe, awl 2012 ni nampaknya bermula dengan begitu baik sekali untuk diri sy, alhamdulillah. beberapa bulan penghujung 2011 adalah masa yg penuh dgn jatuh bagun n suka duka, tapi 2012 ni nampaknya bermula dengan begitu baik sekali, i start to built my inner strength again, appreciate and love myself much more than anything else. ya, alhamdullillah atas segalanya.

sy akn meneruskan usaha mengejar sume impian dan melengkap kan my own planning. paling penting dlm kamus hidup sy sekarang adlh my phd. siap phd ni, memang sy la insan yg paling gembira. hehehe. alhamdullilah da berjaya published 1 journal utk phd ni, dan sy harap lepas ni akn bnyk lg menyusul, heeee, kena usaha lagi bnyk dan jd supe rajinnnnnnnnn :)
** phd ni mmg sangat menakutkan, risau sangat sebenanya, Ya Allah, permudahkan lah jalan untuk sy menyiapkan yg satu ni Ya Allah. Amin.

hee, tapi kalo asyik study je, stress pulak kan. pastinya sy akan menyibukkan diri dgn bnyk activity lua, yes, sy mmg suka sibukkan diri dan blaja benda baru, xboley duduk diam je, hehehe, kick boxing adalah suatu yg sgt2 baru n tak pernah terpikir utk blaja tp mmg sgt fun class ni. sy jugak dah registered for swimming class, 

yes, i juz love my life right now very much. Terima kasih Ya Allah atas sume yg sy ada sekarang. syukur jugak kerana sy dikelilingi oleh semua org yg menyenangkan. sy akn terus masuk lg klas2 lain utk menambah skills lg dan yg paling bes sy akan terus menjelajah dan pegi bercuti ikut sesuka hati sy. schedule tahun ni dah ade ;p hehehe

seperti orang lain, sy jugak nak sentiasa memperbaiki diri sendri, jadi anak yg baik untuk kedua ibu bapa sy sebab redha Allah tu dtg dr keredhaan ibu bapa pada anaknya. sy sgt syg mereka :)

location: penang (lupe exact place)

hehe, pic xde motif, i jz miss langkawi n penang, combination yg sgt cool utk pg holiday mase budget xde sgt, tp mmg sangat bes :)

sama2 kite berdoa agar 2012 ni akan menjadikan diri kite lebih baik dr tahun2 yg lepas. insyaAllah :)

Tuesday, 10 January 2012

1st training: Muay Thai

assalamualaikum,

hehehehehee, da balik dr 1st training muay thai class, bnyk yg lawak je sebenarnye, tp mmg fun sgt, i pun dapat trainer yg bes jugak. heheheh.

1st day training yg simple je, tumbuk2 trainer, heeeee, tp bnda yg paling lwk sebab dah terbiasa dgn dance class, bile sume anggota badan kena ikut sama bergerak, so asyiklaaaaaaa anggota badan ni tergedik2 macam menari kan, haihhh da bape kali kena tegur ngn trainer, ade ke org nk kick boxing mcm menari, sengetttt kan macik ni ;p 

da cuba set in my mind, "ini kick boxing okayyy, jangan nk tergedik2 macam dance class la anggota badan" tapi memang degil taw anggota badan ni, nak jugakkkkkk, so 1st day mmg fail melawan kegedikan anggota badan yg dah terbiasa dgn rentak muzik dan mcm nk menari. hahahaha, dlm gym tu pun psg lagu lebih kurang untuk dance class, hehehehhee, can't help :(

cant't wait for the next training, arini juz ade tumbuk2 je, next training nk sepak2 pulak, arghhh mcm ni boley hilang stress la. walaupun sakit2 badan ni, sebab muscle dlm badan ni da tua, hehehehehe, mmg  penat la, buat cycling xsamp 5minit pon da penat. hahaha, teruk! nasib my trainer tu baik. sukeeeeee :)

hmm, ni 2nd time pg kt fitness tu, rasa sikit segan laaa, ade sikit je perempuan.. hehehe, kt situ sume org tough giler, ketol2 je, takot tgk ;) 

nk pg swimming pulak soon, arghh, sume nk buat ;)

lagi cerita weekend

assalamualaikum,

sekarang kami (sy n housemate) ada hobi baru iaitu mengguna kan weekend untuk mencari macam2 makanan. hehehe, ini kami akan buat kalau kami tak pegi ke mana2, juz duduk rumah je la, so petang nye kami akn kelua pusing2 cari makanan yg bes2. ye la kan, xkan la asyik kelua jalan2 n shopping2 je kan, adakalanya nak jugak duduk rumah je, berehat2 tengok tv sambil bermalasan n baca buku kegemaran :) petan2 ckit baru cari makanan, heee ni la yg kami buat pd minggu lepas.

heee, akhirnya kami pun  dgn tamak beli macam2 benda, padahal kami 2 org je yg nk makan nye, nasib baik la mlm tu ada kawan kitorg dtg lepak kat rumah sambil tengok bola neg 9 lawan kelantan, heee, kwn kitorg org kelanta, sy n husemate 2 2 org sarawak, so kami bersifat atas pagar sahaja, (sokong mana yg menang je la kan). so, boley la tolong kami makan sume benda g kami da beli tu, tak baik membazir kan :)

tadaaaa, ni makanan yg kitorg bli, sy punye nasi kerabu, heeee, sy suke :) kitorg punye tamak, da ade nasi, nak jugak mee goreng, siap lg dgn aym goreng uncle bob. hahaha, ada lg keropok lekor n cempedak goreng lagi :) haaaa, bnyk kannn, padahal kite 2 org je, nasib la ada kwn kitorg dtg lepak rmh skali mlm tu.


lagi ketamakan yg melampau, ada 3 jenis buah yg kami angkut, hehehe, siap dgn pulasan, durian n cempedak (ni padahal da beli cempedak goreng jugak, SUPER tamak okay ;p


heeee, dgn itu abis la sabtu kitorg dgn makan2 yg mmg sampai rasa xlarat dah. ahad sambung rehat n jadi bibik sebab petang tu da janji nk olong kak afra utk jadi model kelas make up dia. kali ni diorg nk buat 'fashion make up' tadaaaaa, ni la muke sy yg da make up aritu, wahahaha, kalo hari2 make up camni xtaw la, sy mmg suke make up tp tebal2 camni xlarat la sy :)

hee, wajah selepas d make up kan oleh student kak afra
tema: fashion make up

Friday, 6 January 2012

Muay Thai

assalamualaikum,

dah seminggu dalam tahun baru 2012, alhamdulillah, sumenye baik2 je, InsyaAllah, dah kite sememangnye berdoa untuk kebaikan kan :) tp ada bnyk bnda yg sy rindu :( kadang2 sedeh kalau diingatkan.

oh ye, tahun baru ni mmg sy nak menambah skills, dan finally sy rasa best jugak kalo dpt memperkasakan diri. hahahaha, bile da surf around, sy jumpe satu class ni, kat MuayFit, tadaaaaaaa, kickboxing. seram tak???? sebenarnye sy sendiri seram okay, bile dapat call dr trainer tu suruh sy dtg for trial muaythai kickboxing, seriously seram, sbnrnye sy jz nk pg class self defense and at the same time boley pg buat exercise. hahahaa, nak tau ape sy cakap dgn trainer tu? "i'm not mentally pepared for the class yet, i jz wanna go there to get the details about the class" hahha, trainer tu gelakkan sy pulak, sabarrrr je la. seram okay bile dengar word 'kickboxing' tu. sekali org kick sy, terduduk la sy. hahahhaa.

tp walau ape pun, i'm excited for the class, akn dtg for the appointment on monday morning. nanti akn update lagi ape yg jadi masa trial class tu :)

hahaha, boley imagine tak kalo sy buat gini,
okayyy , sy sendiri pon seram.