Saturday, 19 January 2013

Part 1: Pengajaran & Pengalaman: mengimbas segala keje yg pernah sy buat

oh harini terasa rajin update blog. melatih otak dan minda mengarang ayat untuk persiapan menulis paper n thesis. *heee, alasan la tu kan* tak la, nak mencari mood menulis dan buat keje. alahamdulillah da rasa lega lepas buat candidature defence, now boleh focus untuk tulis paper n thesis saja.

tetibe rasa nak mengabadikan cerita berdasakan pengalaman hidup:

sampai sekarang, sy memang tak penak bekerja secara official macam orang lain, haaa, bayangkan umur dah berapa, orang pun pelik tak keje2 pun budak ni, setiap kali balik kampung orang tanya, asyik la jawab tengah blaja lagi. haaaa, tak habis2 blaja nye.

tapiiiii, sy pernah buat beberapa keje secara tak rasmi:

1. part time kat JUSCO (sekarang da dikenali sebagai AEON). masa tu sy bernasib baik seba di tempatkan di kaunter J Card, kawan2 sy yg lain kena kat bahagian ikan pun ada, kesiann dia. apa yg bes, bile kat sini, duduk aje depan komp, tapi melayan karenanh customer bukan la sesuatu yg mudah ye kawan2. ad je masalah nye. dari keje kat sini, apa yg sy belajar:
- pertama sekali mestilah dr aspek komunikasi dgn macam2 jenis orang, dalam amsa yg sama meningkat kan  our self-confidence
- meningkat kan kesabaran dalam diri, hehe, harus la kan
- belajar dengan macam2 perangai orang, sebab selama ni sentiasa berada dalam kelompok yg sama, bile kat situ, macam2 orang dari pelbagai latar belakang pendidikan, ya, memang kite akan nampak semua nya tu dan mmg berbeza, lama2 kite akan faham :)
- yg pastinya, lebih menghargai nilai duit tu, sebab baru rasa susah nak cari duit, heee, salunye tinggal mintak dgn family je kan. 

2. latihan mengajar di salah satu sekolah menengah berasrama penuh d KL
untuk latihan mengajar masa my final year of undergrad study, sy mengajar di sekolah yg memang baik, sekali lagi sy bernasib baik dan bertuah kerana ditempat kan di sekolah begini, berlainan dengan kawan2 yg lain kena mengajar di sekolah yg teruk disiplin nya. haaa, balik2 rumah menangis pun ada, kitorang semuanya OKAY. alhamdulillah. memang bersyukur sangat, tiada sebarang masalah disiplin. apa yg sy belajar di sini:
- pertama sekali tentang dedikasi seorang guru tu, kat sini cikgu nye memang bersemangat. tapi sy memang bukan nak jadi seorang guru, hanya menjalankan tanggungjawab sy sebaik mungkin.
- yg ke-2, bile jadi guru, buat suara sy automatik jadi kuat. hahahaha, dr hari ke hari perasan suara mmg kuat, hehe.

3. part time tutor di uni
sepanjang lepas siapkan 1st degree, mmg da mengajar as part time tutor sementara mengambil mood nak sambung master. agak lama jugak sy mengajar, sehinggalah di awal phd, dalam beberapa tahun jugak. apa yg sy belajar:
- mengajar di peringkat ni, tiada  bnyk sgt cabaran nya, lagipun hanya sebagai tutor, kite pun xsempat nak kenal pelajar2 kita, hanya mengenali mereka2 yg aktif di kelas, hari2 pun sama. lama2 mengajar semua dah melekat dalam kepala dan da tau apa student nak tanya. tapi rasa gembira setiap kali bile da dpt result, student dtg say thanks. 
- cuma kita dapat belajar tentang cara pemikiran student sebab adakalanya boleh nampak sangat perbezaannya. tp, alhamdulillah sepanjang bertahun2 mengajar, tiada pengalaman buruk yg sy lalui. Cuma ketika mengajar di kala usia yg agak muda, gangguan personal itu sentiasa ada, so, bersabar saja :)

4. juru make up
sepanjang meneruskan pengajian yang sampai entry ni di tulis masih tak habis, untuk mengisi masa terluang di hujung minggu, sy menghadiri macam2 kelas (kena buat entry lain tentang class pulak ye, hehe) jadi salah satu class y sy hadiri adalah class make up, dari personal grooming hingga la ke bridal make up. ni antara kelas yg pernah sy hadiri:
i. kelas make up di kolej komuniti tanjug karang
ii. kelas make up dgn En. Mohd Fisol
iii. kelas make up dgn kak Ros
iv. kelas make up intensive di Akademi Red Glow (kat sini ada beberapa make up artis dr red glow sendiri, big thank u to kak Ina, kak Najwa. dan beberapa make up artist jemputan spt: MUA dr MAC, Val Shuq dan Amy Janz)

di sebabkan da belajar macam2 ni, sy mula ikut free outing untuk buat outdoor make up, start make up for dinner dan jugak pengantin. yg ni mmg can make money, tapi lama kelamaan sy dah xcukup tangan dan ada rasa bosan sebab terlalu terikat dgn macam2 perkara dan jugak busy dengan study dan online shop. akhirnya, slowly sy stop buat makeup dan hanya memenuhi permintaan rakan2 dan regular customer shj. 

apa yg sy belajar:
- kalau nak buat sesuatu, buat la bersungguh2, pasti ada pulangannya
- dalam dunia make up ni, lagi macam2 orang kite akan kenal, sebab akan kenal di kalangan make up aritist sendiri, models dan kalau make up pengantin (family dan kaum kerabatnya). haaa, mmg macam2 la ragam orang dan latar belakang serta cara pemikiran nya. so, pandai2 la bawa diri. hehee.

5. online biz
hmm, yg ni kena sambung entry lain, da penat mengarang. heheh. tambahan pulak cerita nya lebih panjang.

daaaa, nak sambung buat keje la pulak :)

Current Account

nak share cerita untuk buka current account. ni disebabkan ada sesetengah perkara tu kite kena bayar guna cek, dah kalo selalu sangat penat la nk uruskan pegi bank, buang masa dan nak berurusan di bank tu plak adakalanya hmmm, macam la kite ni suke sangat nak ke sana kalau tiada urusan yang penting kan, tapi ada sesetengah pegawai bank mmg baik dan melayan pelanggan dengan penuh tanggungjawab. *terima kasih pada pegawai bank yg sangat profesional*

untuk yg nak buka current acc, bagi maybank kena ada 'introducer' yg memang dah ada current account dgn diorang lebih dr 6 bulan. manakala untuk cimb pulak, tak perlu introducer, bole buka akaun terus. bagi sy, sy buka akaun atas nama company. antara dokumen yg duperlukan:

1. sijil SSM sekali dengan details perniagaan yang 2 keping tu
- bagi sesiapa yg buat secara online, tak dapat yg 2 keping details perniagaan tu, jadi apa yg perlu anda buat, pegila SSM dan ambik detail stu, kena bayar RM 13 untuk print 2 keping details peniagaan tu, tp prosesnye cepat saja, xsamapai 5 minit, nak cari parking yg berjam, hehee. sy nasihatkan pada sesiapa yg nk ke situ bawalah kawan, teman tunggu kat kereta sementara kite pg nk print tu atauuu kalo tak ada kawan nak teman, naik la lrt ke kl central dan jalan kaki :)

2. cop company kite (cop bulat yg ada nama n cmp num)

3. IC kite,

hehe, tu je la dokumen yg diperlukan, da boeh buat, dan dlm masa 2-3 hari bekerja da dapat buku cek.

tapi, AWAS kalo jumpe pegawai bank yg kerek (mungkin ada masalah rumah tangga atau masalah dgn rakan sepejabat, urusan jadi makin rumit, hehehe, mcm sy la aritu, terpaksa pegi ke cawangan lain sebab geram dgn seorg pegawai d bank g sy berurusan ni. nasib baik cawangan yg ke dua tu sangat baik dan bnyk membantu)

heee, itu la cerita nya pada kawan2 yang nak buka current acc atas nama company :)

daaa. selamat berhujung minggu

Friday, 18 January 2013

di hari cand defence

haaa, akhrnya tiba la hari yg penuh debaran ni, 17 jan. kebetulan ari ni adalah birthday my ex housemate, shimah, ohh teringat zaman bertahun lama nya kami duduk serumah, mesi akn celebrate bday punya d tgh mlm menjelang nye 17hb tu wpun berdua je, heheh, msti nk ada cake segala la. tapi sebab da pindah hanya wish dia dari jauh je, tapi esok hari sabtu kami kelua makan2 dan shopping. hehe

berbalik semula dgn cerita candidature defence ni, ya ampun, 2 hari kot sakit perut. sabo je la, xtau la sakit perut sebab neves atau memang ditakdirkan sakit perut. tapi alhamdulillah, masa present tu tak ada la sakit perut menyerang. risau kannnn, kalo tetiba tgh becakap sakit perut pulak :p

da siap present, hmm, harap2 okay la hendak nya, risau la jugak, banyak lagi tak siap ni, tapi da dengan yakin cakap ngn supervisor boleh siap bulan 5, huhh, tu adalah motivasi dan memberi ingatan pada my unconcious mind so that it will do something :) ye, I have to do something n just sit back n relax.

sepanjang minggu menjelang nya presentation tu, memang terasa berat beban di kepala, buat segalanya dengan mengikut arus pemikiran saja, tak boleh berfikir dengan maksimum gitu. alhamdulillah nasib tak blur masa present tu, tapi alhamdulillah jugak, sebab baru je buat proposal defence haitu m kebetulan baru balik dr qatar buat presentation. jadinye yg ni macam ulang tayang je gitu, sume pun masih berbekas di ingatan lagi *ayat tak menahan*

selesai presentation, kami pun buat group discussion macam biasa sebelum pegi lunch sama2 lepas tu. haaa, supervisor dah memberi tekanan untuk siapkan tulis thesis bulan May nanti. haaaa, neves tak neves la kan. tp tak mengapa, sy akn berusaha :)


tadaa, ssebahagian dr slide presentation

nota kaki: hmm, nk smbung tulis entry percutian hari tu pun xsempat lagi. aiyakk. now busy siapkan preparation untuk pembukaan kedai baru. smg dipermudahkan. amin

Monday, 14 January 2013

persediaan utk candidature defence

sepatutnya skrg sy bertungkus lumus membuat persediaan utk cand defence, buat slide dan baca materials yg diperlukan nanti. tp entah kenapa, berkecamuk rasa hati. hehehe *ayat tak menahan - sendiri pun rasa nak gelak*

sekarang rasa hidup seolah2 mengikut flow je, tak mampu nak berfikir sangat. hmm, ikut kan saja, memang tak cukup tangan rasanya nak buat semua benda, dan sebabkan tiba2 pulak nak kena buat cand defence dan jugak supervisor dah bagi tekanan untuk menyiapkan thesis secepat mungkin. Ya Allah, bantulah hamba Mu ini dan permudahkan la dalam setiap urusan ku. 

ditambah jugak dengan gangguan perasaan di kala ni, namun alhamdulillah, kali ni hati sangat kuat. mungkin pengalaman hidup buat hati jadi lebih kuat ya. hehe. dan ada banyak kegembiraan yang datang dari hari ke hari. alhamdulillah di atas segala rezeki dan nikmat yg Allah berikan. terasa betapa beruntungnya sy berbanding dengan insan lain di luar sana, alhamdulillah. selalu nak ingatkan diri sendiri supaya jangan mengeluh dengan setiap dugaan yg di hadapi, malahan kena bersyukur kerana setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah nya. mungkin bukan sekarang, tapi di masa hadapan, kerana Allah maha Mengetahui :)

okay, sila la sy sambung buat keje dr terus merepek di sini. hehehe


daaaa :)

Friday, 11 January 2013

How Did you Know by Gary Valenciano

hehe, malam2 layan perasaan yg tengah sedeh, dengar pulak lagu2 cinta macam ni, lagi la sedeh mengimbas kenangan lalu. aicehhh. haha. no, i'm okay :) sedeh sikit2 tu biasa la. slowly la kan. hehe

sebenarnya, tadi da mmg malas nak buat keje, tengok la cite kat tv, buka la chanel 131 and ada drama philiphines tajuk 'All My Life' sepanjang cite tu asyik terdengar lagu ni dan menggamit perasaan, terus cari. hehe, nasib jumpeeee. seronoks

jom la layan sesama lagu ni, simpan untuk kegunaan masa depan, utk di dedikasi dengan insan yg tersayang. ngeee :p



da ada video, mesti la nak tau lyrics pulak kan.


I remember so well
The day that you came into my life
You asked for my name
You had the most beautiful smile

My life started to change
I'd wake up each day feeling alright
With you right by my side
Makes me feel things will work out just fine

CHORUS

How did you know
I needed someone like you in my life
That there was an empty space in my heart
You came at the right time in my life

I'll never forget
How you brought the sun to shine in my life
And took all the worries and fears that I had
I guess what I'm really trying to say
It's not everyday that someone like you comes my way
No words can express how much I love you

daaa, sila la layan lagu ni. sy akan dengar lagu ni samp tak larat nak dengar dah :p

Part 1: kedai baru :)

assalamualaikum, 

dalam kesibukan menyiapkan report aritu da mmg ada kisah ni, tapi terbantut sekejap. heheh, yela, mana nk menang tangan menyiapkan report dalam kesuntukan masa, terus lenyap kejap dalam fikiran pasal hal ni. hehehe. tapiiiii, sekarang pon kena lenyapkan dulu lagi, kira2 semua kena stop dulu sampai selesai candidature defence dan perbincangan pasal siapkan thesis. kena letak priority tau. tak boleh ikut perasaan *harus selalu ingatkan diri sendiri tentang perkara ni*

memang lepas ni bakal tak menang tangan untuk tulis thesis sebab supervisor da bagi pressure suruh siapkan cepat2. tapi dalam pada tu, semangat tinggi sangat la kannn nk buka kedai jugak. heheh, harap2 murah rezeki insyaAllah. dengan ini, sy keje 7 hari seminggu lepas ni. kurus kering la nanti. hehehe.

tapi, arini mintak excuse ngn diri sendiri untuk sambung berangan lagi pasal kedai sebab otak da tepu lepas tungkus lumus tulis report dan tadi da hantar, so dengan gembiranya sambung semula angan2 untuk siapkan kedai baru nanti. alhamdulillah :) semoga segala urusan akan dipermudahkan oleh Allah swt.

hmm, okay stop dulu la. eh eh, sy da terfikir nk buat warna tema ape. tadaaaaa, ni la color nanti. insyaAllah :)
 

kedai baru sy :)
Ya Allah, semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku dan siapkan phD ni cepat2. amin.

Candidature Defence?

penat sungguh rasanya, otak pun tak mampu nak berfikir sangat.

padan muke sendiri la kan, tak cek siswa mail lama sangatttt, sampai dah terlepas due date menghantar report candidature defence. alkisahnya, 8hb aritu tetiba teringat dah lama sangat tak cek siswa mail, sekali, haaaaa terkejut macik. hehehe, rupanya da kena buat cand defence next wk tapi yg paling besnye due date tu 7hb. mmg blurr kejap xtau nak buat apa, sebab semalam yg due date nye kan. hehehe. tp lepas tu terus call yang uruskan semua yg berkaitan dgn report tu nak mintak anta lewat sikit. ye la kan, dah nk buat camana lagi kan, mmg tak boleh nak hantar pun, langsung tak siap la. hehehe

dah lepas call, nasib la dia kasi anta khamis malam, huhh, ada masa 2 hari untuk siapkan report. mcm lipas kudung tapi sebab da penant sgt nak fikir, buat la seadanya shj. Ya Allah, harap2 next wk okay la semua nya. presentation 17hb nanti. hee, td da anta hard copy report dah. alhamdulillah, mmg rasa lega, tinggal nak siapkan powerpoint je lagi dan bersedia. hehehe

disebabkan dua hari menulis report tanpa henti, makanya arini sy dah tak boleh nak tengok da sume yg berkaitan dgn nya, hehehe, habiskan masa dgn berangan deco2 kedai pulak :)

meja ofis yg serabut seserabut kepala tuannya :p

Thursday, 3 January 2013

my big brother's wedding

aikk, tetibe update blog da jadi mcm keje pulak malam ni. hehhe. ini adalah dengan alasan untuk cari mood tulis paper bile da masuk office nanti. ada bnyk timbunan keje yg menunggu, so, sementara tu biar kite menulis secara santai dan bersahaja d blog sebelum menulis dgn sangat serius sambil dahi kerut2 untuk tulis paper *da siap kerut2 dahi pun nk siapkan 1 page bekurun jugak, hehehe*

a week before fly to qatar, me da balik kpg for my big bro's wedding. this is 1st wedding in our family. yippieeee, everyone was so excited. mana tak nya, nak sambut org baru dlm family, me myself can feel the excitednessssss *haha, bahasa zmn baru okay*

dlm sibuk dengan keje sendiri, mommy asyik duk call suruh beli macam2, haihhh, sabo je la kan, till one day bile mom call, i told her not to ask me to do n find anything about the wedding till weekend, cz i dont wanna think about that *hee, jahat nye la sy masa tu kan* maafkan diriku mom, hehe, but surely my mom understand why i do that. i'm too busy all the time with so many things regarding to preparation for qatar. collecting all results and do the simulation, every day i'm going back late from the office. this is too rare okay. my office hour start from 11am-4pm. hehehee, but few wks before i'm going back to my home town, i went early in the morning n back quiet late till i've to ask my fren to accompany me. hahhaa, seram la balik lambat2. 

hehehe, so, this is the story before i'm going back, but, i'm not that bad, when weekend is coming, i call my mom and ask, wht she needs n wanna me to do and I'll settle everythg without fail. seee, i'm good daughter :p *jgn jealous*

finally, hari yg ditunggu timba n i fly to sibu, my sisters n younger brother are waiting for me at sibu and sempat kitorg bua last minute shopping for his big day, belikan hadiah semua tu. everyone mmg excited sgt. 

me as big sister in family play an important role, i want this moment to be his precious moment in his life. n i'm glad that he's happy for what i've done, the day after his wedding, he came to me, hug me n saying that he's really thank to me for wht i've done. at that time, i can't help myself from crying, it's happy tears. ohh, i'm soo emotional. deep in my heart, i'm really happy for him and i pray that he'll live happily ever after with his wife. ehhh, why so emotional. should be very happy post right? hehehe

alhamdulillah, everthg goes well and everyone happy, i'm jz going back for a while, tp sempat tolong mommy kemas sume pingga magkuk, basuh periuk belanga sampai hitam sume jari dan tgn kasar. hehehe, but, that was fine, i'm okay with it. bile lagi kan. dapat jumpe sedara mara lagi. mengeratkan silaturrahim lagi, 

hehe, jom kite layan2 pic sepanjang hari pernikahan dan persandingan dan pic sekitar majlis. tapiii, pasti nya pic kami adik beradik yg mmg suke sgt posing je la plg banyak. pic pengantin nya masih dlm proses oleh photographer kami, InsyaAllah, nanti share pic pengantin pulak.

suasana di hari majlis pernikahan,
first pic adalah kumpulan berzikir dan lain2 tu majlis kenduri yg gotong royong :)

sebahagian pic dgn pengantin, pic pengantin xbanyak,
kena tunggu dr photographer

kami adik beradik yg mmg suke sgt posing xkira tempat dan waktu,
yg ni di hari pernikahan

hehe, lagi pic kami sekeluarga, di hari persandingan :)
 daa, nanti sambung semula dengan entry percutian. insyaAllah

entry tahun baru. hehehe

da hari ke tiga da pun ye, tapi nak jugak ucap selamat tahun baru 2013. 

sebelum semakin tertangguh nak tulis entry sempena tahun baru, malam ni digagahkan jugak walaupun ras sangat penat lepas balik kutip result dari lab dan terbayang2 lagi ada beberapa masalah yg tak selesai lg dari sejak balik aritu. Ya Allah semoga terus kuat semangat dan dipermudahkan segalanya oleh Allah swt. amin.

imbas sikit2 tahun 2012, dari segi studyl, hmm, xde banyak sgt apa yg berlaku, paper pun xde published, hmmm, sedeh jugak ni, macam cepat sangat masa berlalu dan dah habis setahun, makanya, 2013 harus keje extra kuat sebab mmg sangat2 kesuntukan masa. Ya Allah semoga dipermudahkan segala urusan ku. 

dari aspek perniagaan pulak, alhamdulillah dengan rezeki yg Allah kurniakan. syukur atas segalanya. walaupun mmg banyak sangat dugaan dalam meningkatkan perniagaan namun semuanya mengajar kita menjadi ke arah yg lebih baik. Ahamdulillah. tahun 2013 ni, sy akan keje lebih kuat lagi untuk memajukan perniagaan ni dan akan sentiasa meningkatkan ilmu demi memajukan diri sendiri. insyaAllah :)

dari perkembangan kehidupan sendiri, alhamdulillah dengan kedewasaan ni, makin matang, chewaaahhh. hehehe, tp ye la kan, semua orang sentiasa berusaha untuk menjadi insan yg lebih baik, begitu juga dengan saya, heheh, sentiasa berdoa dan berusaha menjadi insan yg lebih dekat dengan Nya. hehe, sedikit demi sedikit dengan seikhlas hati :) tahun 2013 harusla berusaha memenuhi ilmu di dada untuk jadi insan yg lebih hebat. insyaAllah

dengan ini, sy mengharapkan tahun 2013 adalah tahun gemilang dan bersinar dalam hidup saya dan mengharap dengan setinggi harapan sy mampu menyiapkan tanggungan hebat di minda iaitu menyiapkan phd :) InsyaAllah, semoga Allah memberi kemudahan untukku.

p/s: marilah kite sama2 mewarnai dan menyinari tahun 2013 serta hari2 yang mendatang dengan warna kegemilangan dan ketenangan.

hehe, kite akhiri entry ni dgn video muzik kegemaran :) tahun ni xmau sedeh2 lagi, nak happy je. 

Tuesday, 1 January 2013

Al Corniche, Doha

on 3rd day, we plan to go along the al corniche to take pics :) al corniche is just walking distance from our hotel.

tadaaa, enjoy the piccies :)

Museum of Islamic Arts


kitorang tak sempat nak masuk ke museum ni, because we went on friday and it close during friday prayer. so, we just snap many pics outside the museum. hehe




scenery along the al corniche. all buildings have their unique design, sangat2 cantik :)

kat sini la orang jogging n beriadah,
di belakang tu pulak rumput menghijau tu,
biasanya org picnic petang2

ngee :D pics menyibuksss
daaa, nanti sambung lagi lain kisah. hehe.

p/s: happy new year everyone, entry new yr xtulis lagi. hehehe

cerita jalan2 di sekitar bandar doha

sambung lagi cerita di sebalik conference dan percutian yg lalu. kali ni nak cerita serba sedikit tentang percutian kami di samping mengadiri persidangan di qatar university.

alhamdulillah, selesai bagi talk pada hari ke dua, memang rasa lega dah la kan. hehe, macam biasa mula fikir nak jelajah kat mana. hari ke tiga kami pergi agak lewat ke qatar university sebab cadangnya pagi nak ambik pic di sekitar al corniche (ni adalah tepian sungai yg cantik pemandangan nya dan kia sebagai tempat rekreasi bg masyarakat di sini) pagi2 ramai yg jogging kat sini, oh ye, bukan setakat pagi tapi sampai tengahari pun, panas bukan alang2 tau. tapi diorg tetap gagah untuk berjogging di sini. masyarakat arab pulak kebiasaannya kan kelua lepas asar sekitar pukul 330pm gitu, ramai yg picnic bersama keluarga di atas rumput menghujau di al corniche ni, memang suatu pemandangan yg menarik, kalau siang2 kite jarang nampak diorg ni kelua, kebanyakan mmg akn kelua selepas asar, kedai pun bnyk yg buka petang2 time camtu jugak, dan malam sangat hidup di doha ni.

tempat pertama sekali yg kami tuju adalah ke souq waqif. kami ke sini pada malam hari, wahhh, terkejut dan terkedu rasanya, hehehe, sebab kat sini baru terasa berada di negara arab. baru nampak sume org arab berhibur gitu, dan kemungkinan jugak sebab masa kami datang tu adalah sekitar hari kebangsaan meraka (18 dec). so, setiap kali kami ke souq waqif pasti ada saja performance yg dibuat, mungkin masih bersempena dengan sambutan hari kebangsaan mereka.

malam hari di souq waqif ni mmg sangat hidup, kedai makan memang dibuka di sepanjang bahagian tgh nya, dan mmg ramai sgt org, ada yg santai2 minum sambil hisap shiha tu. kami hanya jalan2 je *nengok2 org dan budaya masing2* lagipun malam n 1st time ke sana, adalah kami jenguk2 harga barangan yg dijual dan apa jenis barangan yg dijual di sana. dalam hati mula fikir nak beli ape keesoka harinya. hehehe.

oh ye, kami masa d qatar inggal di fuda hotel, untuk nak ke souq waqif kami jalan kaki je, mmg kebanyakan tempat yg kami nk pergi kami jalan kaki je. nasib baik cuacanya yg sejuk dan berangin, mg tak ada la terasa sangat kepenatan nya berjalan, lagi pun agak senang melintas jalan di bandaraya ni, kalau tak nak jalan kaki, boleh pilih untuk naik teksi, tapi sebab kami ada pengalaman buruk dari mula sampai airport dengan teksi, so kami mmg malas da nak naik. kalau boleh jalan, kami jalan je, lagipun bes jugak sambil ambik pic masa berjalan2 tu :) 

pada hari ke 3 conference, di adakan tour untuk semua peserta, dan kami pun ikut serta. lokasi yg di pilih adalah katara dan jugak souq waqif. insyaAllah, nnt nk tulis entry lain untuk yg ni sbb nk temek bnyk pic. nnt panjang sgt pulak entry nya. heheh. 

daaa, nnti sambung balik dgn pic sampai xlarat nk nengok dah :)