Monday, 17 November 2014

pengalaman berpantang selepas keguguran

ni adalah hari ke-11 berpantang selepas keguguran aritu. kebanyakan blog2 yg sy baca menyarankan pantang 2 minggu bagi keguguran 3 bulan ke bawah. sama macam my case, gugur ketika 12 minggu.

sepanjang permulaan di beberapa hari, kami kena banyak membaca dan tanya mak ayah kat kampung serta kawan2 camana proses nye. ye la kan, sebab tak bersedia lagi untuk melalui proses berantang, jadi memang tiada pengalaman pun. kami berdua sama2 cari info dan apa yang kena buat. mak dah suruh buat macam2 sebab dia risau kan, lagi pula dia duduk berjauhan dari kami. kami ikut satu persatu yg mak suruh buat. hehehe. terima kasih juga kawan2 yg banyak bg info dan apa yang nak kena buat. terima kasih sangat2. semoga Allah balas kebaikan kalian. tak kurang juga yg memberikan kata semangat dan doa. terima kasih. hanya Allah yang dapat balas kebaikan kalian semua. alhamdulillah sebab kami di kelilingi keluarga dan sahabat yg baik belaka.

info dari blog Kak Engku Bidan Bersalin:


Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat. Angin Gugur - ialah angin yang menyerang selepas keguguran, mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran. 



Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran, tambahan pula bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya.



Tempoh Pantang Keguguran Mengikut petua Melayu, terdapat pelbagai pantang larang ibu keguguran dari segi pemakanan dan cara hidup harian. Berpantang ibu bersalin ditamatkan mengikut jangkamasa keguguran. Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari. Ini adalah kerana angin gugur telah sedia ada untuk menyerang atas kesilapan pantang larang. Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari. Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari. Namun, untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.



Cara sy berpantang:


sy dah setkan untuk tak keluar rumah selama 2 minggu, seperti kebanyakan yg disarankan berdasarkan keguguran yg berlaku pada usia 12 minggu.

Supplement yg sy makan:

1. Jeli gamat - untuk merawat luka dalaman
2. Habbatus sauda - yg ni memang dah amalkan dari masa mengandung lagi
3. Folic acid - suburkan rahim, dah makan dari mengandung lagi juga
4. Pati ikan haruan - merawat luka dalaman dan kesegaran bada - hmm, yg ni rasa nya sangat tak sedap. Ya Allah, bertabah je la sy nak minum ni. baru minum 1 botol dah rasa tak mau minum lagi :( tapi, sy akan cuba untuk menghabiskan sekotak yg suami belikan. ada 7 botol. huhh
5. Jamu mak dara gold - yg ni tak tau bile nak makan, tetiba dia balik keje bawak sekali dengan tunku semua tu. ada kawan nasihatkan makan after 1 month.
6. Set berpantang keguguran daripada Shaklee yg merangkumi: Alfalfa, Vit-C, Vitalea, Zink, B-complex & Osteomatrix



Penjagaan lain 

1. Tunku - suami belikan tunku herba mak dara. pagi dan petang bertunku. hehe. rasa bes kena tunku ni, perut rasa selesa
2. Mandian herba - sy guna mandian herba anugerah. macam xde bau herba sangat. suami decide nak buat mandian herba sendiri saja. hehehe, lagi bes, rasa segar and wangi
3. Bengkung - kite guna bengkung moden yg memang beli lama dah masa zaman dulu2 nak kempiskan perut. untuk bengkung mak suruh guna kapur dengan limau nipis buat malam2 je. siang2 bengkung guna minyak panas je. tapi lepas beberapa hari, kena ruam pula dan jadi gatal. sebab peluh kot. so, kite pakai bengkung malam je. 
5. Minyak kayu merah - nasib baik masa kat langkawi ada beli minyak ni, kalau tak, tak tau nak guna minyak ape. ni guna untuk sapu kat perut dan kaki. untuk panaskan perut dan kaki.

Pemakanan:

- buat masa sekarang, kite makan nasi + ikan bilis goreng dengan halia & bwg merah saja, kalau suami ada di rumah dia akn masakkan sayur sawi air letak halia & bwg putih. kalau dia keje, kite makan nasi dgn ikan bilis je. kite tak berani nak main2 air lagi, orang tua2 pesan jangan main2 air sgt, nanti tgn mudah penat sampai ke tua. dah lebih seminggu baru makan ikan selar, ikan lain tak berani lagi nak makan. semua nya tak berani. hehehe
- pagi2 bangun pagi, minum susu kambing + kurma. dah dalam 10am macam tu, makan oat+kismis atau minum milo cicah dengan biskut. 
- rutin makanan sama saja, kalau lapar, makan la kurma atau kismis. memang la boring jugak, kadang2 rasa nk makan kerepek, nak makan maggie la, nak ambik aiskrim dalam peti ais la. almaklum la duduk kat rumah, memang panjang akal la nk makan benda bukan2 yg nerepek tu. tapi tak la, ehheehe 

secara keseluruhannya sy tak ada masalah dengan makanan ni. semua okay je. rasa sedap je kat tekak. hehehe. alhamdulillah, tak ada masalah sembelit, semua nya okay.  

Pemakaian:

- kena pakai stokin setiap masa. takut masuk angin. kalau masuk angin nanti sakit2 bdan pula. pakai baju tebal sikit. tido tak boleh pasang aircond dah. kipas pun kena pasang slow2

Kerja rumah:

- kerja rumah semua tak boleh buat dulu. walaupun kadang gatal sgt tangan tu. jangan, sabar dulu. karang da sihat. buat la. buat sementara waktu, semua kerja rumah suami kena buat semuanya. Semoga Allah merahmati dirimu ye syg. 

Mengikut kata Dr, kita boleh merancang semula kehamilan selepas dari tempoh 3 bulan keguguran. In shaa Allah, pada masa tu, rahim da bersedia untk hamil semula. 

Ya Allah, semoga semuanya baik2 saja dan tiada masalah apa2.

Untuk rujukan di masa hadapan, senarai makanan yag boleh dan tak boleh di makan semasa berpantang

Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang
Blog asal boleh klik sini.


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucukpegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang



Wassalam

48 comments:

  1. Maaf tumpang tanya , payu dara semasa keguguran itu mengecut tak ...coz klo kita hamil payu dara akan lebih besar dan mengembang ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, akan mengecut dan berbeza semasa tempoh kehamilan

      Delete
  2. maaf bertanya ya akak. akak berpantang berapa hari ya? saya pon abortion 12 minggu. and lepas pantang tu mean kalau kita nak makan apa pon boleh la. gitu? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantang 2 minggu yg macam org bersalin. lepas tu patang makanan especially yg berangin n sejuk2, ais semua. dan jangan buat keje berat.

      Sabar ya. in shaa Allah, nanti ada rezeki lagi.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam kak..akak berpantang selama 44hari ke? Selama 44hari xbole makan berangin n sejuk2 ye?

    ReplyDelete
  5. Salam kak..akak berpantang selama 44hari ke? Selama 44hari xbole makan berangin n sejuk2 ye?

    ReplyDelete
  6. Salam kak..akak berpantang selama 44hari ke? Selama 44hari xbole makan berangin n sejuk2 ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam, sy berpantang tak kluar rmh, pakai tungku n semua tu selama 2 minggu. tapi makanan sy pantang lama2 juga.

      Delete
    2. Kak nak tanye akak gugur turun sendiri ke d&c ye?..kak bole email sye jgk (achahashim9@gmail.com)

      Delete
    3. Kak nak tanye akak gugur turun sendiri ke d&c ye?..kak bole email sye jgk (achahashim9@gmail.com)

      Delete
    4. tak gugur sendiri, tapi Dr yang keluarkan sebab janin tu dah terturun ke bawah. tapi bukan d&c.

      Delete
  7. terima kasih sangat berguna

    ReplyDelete
  8. terima kasih sangat berguna

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas infomasi...zaujah saya baru keguguran ( masuk 8 minggu) kena berpantang macam orang bersalin selama 2 minggu dan selebihnya berpantang macam mane yea...mohon tunjuk ajar

    ReplyDelete
  10. banyakkan bersabar ya, in shaa Allah akan ada rezeki yg lain nanti.

    selepas 2 minggu, sentiasa jaga pemakanan, kena elakkan benda2 yg berangin dan sejuk. in sha Allah kalau kite jaga betul-betul selepas tempoh keguguran, lebih senang conceive semula.

    sy doakan semoga Allah permudahkan urusan tuan dan isteri.

    ReplyDelete
  11. Menu pulak dlm berpantang dlm keguguran

    ReplyDelete
  12. saya nak tanya beberapa soalan.
    1) kalau berpantang dari segi mandi, macam mana ea? Boleh mandi air biasa je ke atau nak kena mandi air hangat jugak?

    2) Boleh mandi basuh rambut tak?

    3) Kalau tak pakai baju lengan panjang, boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat reply , hbaru abis berpantang juga.

      ni jawapan berdasarkan pengalaman dan sy tanya kepada mak cik tukang urut sy dulu.

      1. mandi kena mandi air suam, tak boleh mandi air sejuk biasa tu

      2. boleh basuh rambut, tapi dinasihatkan bukan hari awal2 lepas gugur tu

      3. seeloknya pakai lengan panjang, atau kalo lengan pendek pun, pakai sweater ke

      Delete
  13. Assalam...saya sekarang baru lepas keguguran ank kedua tp masih dlm2 ke 3 minggu...jd pantangnya dlm tempoh 2 minggu ya? Andaikata saya bekerja selepas seminggu dr mc yg diberikan adakah ia mendatangkan msalah? Dan saya juga perlu keluar rumah dlm tempoh berpantang utk menghantar ank pertama saya ke tadika...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasihat dari rang sekeliling sy, kalau kita memang ena keluar bekerja memandangkan biasanya mc mmg akan dapat seminggu je, kena pakai stokin. kalau duduk dalam aircond, kena pakai sweater supaya tak sejuk dan masuk angin.

      Delete
  14. 16.02.2016 adalah tarikh saya keguguran anak kedua yg mana usia kandungan adalah 10 minggu 3 hari... Adakah saya perlu bertungku juga? Saya bekerja n dapat mc dr 16/2 - 19/2.. So isnin ni 22/2/2016 saya akn masuk kerja semula..adakah ia akan memudaratkan kesihatan saya.. Gugur turun sendiri n xkena dnc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan mak cik urut s haritu, dia memang suruh sy bertungku. jadi sy ikut saja nasihat dia. untuk sihatkan rahim kita semula.

      Delete
  15. Hari nie hari ke 21 sy berpantang. Usia baby time gugur 15 minggu. Sy dh bley solat dh. Sy musykil utk pantang bersama suami. Dh bley terus bersama atau kena pantang lama sedikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ye lambat reply, tapi sy reply untuk rujukan rakan2 yg lain ye. pantang bersama selama 1 bulan

      Delete
    2. 15minggu gugur pantang berapa lama ya? Saya gugur waktu 15minggu 6hari.

      Delete
    3. 15minggu gugur pantang berapa lama ya? Saya gugur waktu 15minggu 6hari.

      Delete
  16. assalamualaikum..nak tny lar...tempoh darah selepas gugur?sya dah 3weeks gugur masih ada sikit2 darah..memang macam tu ker..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tengok berapa usia keguguran kita, kalo dah 12 mggu biasanya memang agak lama sikit darah abis. kalo usia di awal kehamilan gugur, darah klua macam haid je kebiasaannya

      Delete
  17. Assalammualaikum....
    Terima kasih....info yg sgt brguna
    Sya bru keguguran isnin lepas...mslah sembelit, apa perlu sya bt...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. takziah dan semoga awak banyak2 bersabar. In sha Allah akan ada rezeki nanti.

      untuk sembelit, awak boleh dapatkan ubat cecair dari farmasi, sy dulu ambik LACTUL solution la nama nya. ataupun kalau awak nak makan herba, boleh la try phytonatal dari nona roguy, masa bersalin sy makan yg ini mmg senang sikit nak pg toilet

      Delete
  18. Thanks for sharing info..saya pon keguguran masa week 8..sya hanya pantang makan..sebab masa saya jumpa bidan kt kampung..dia xbagi saya mngurut..katanya rahim xkembang sgt sbb baru segumpal darah..then betungku pn dia suruh sikit2 ja..xleh beria..huhu..xtaw laa bidan ni lain amalan ka..bila saya da balik kl..mmg da tak sempat nak bertungku laa..so saya hanya terus jg pemakanan shaja..bila baca kat blog2 byk yg berpantang mcm bersalin..skrg cuaks plak sbb sya xbuat cmtu..takut kendian hari sakit2.. :(

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan boleh cuba pegi berurut atau puan sendiri boleh tuam dgn towel yg di basahkan dgn air panas suam2. gumpalkan towel dan dab dab di sekeliling breast.

      Delete
  20. Assalammualaikum...
    Saya tak tau nk ckp gugur atau x..
    sebb sy xcheck lg lewat dah 4 hari...tapi setiap bulan mmg xpernah lewat..
    tapi hari ke-4 saya turun darah mcm ketulan.dan sy fikirkn period biasa..
    tetapi lepas sy turun darah...badan sy terasa nk dmm dan seminggu xlalu makan..
    badan bisa2 dan ari2 sy sakit...
    adakah sy gugur??sebab mak sy kata gugur...
    hanya pantang makn sejuk2 dan minum air kunyit & majakani..
    cume sy perlu jugak berpantang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam,

      Maaf, kurang pasti juga saya. maybe ikut saja cakap ibu puan, atau boleh tanya pada yg lebih pakar seperti bidan urut atau sebagai nya.

      sy doakan semoga puan cepat sihat.

      Delete
  21. Assalamualaikum... kak..
    Saye nak tanye...

    1) kenapa tak boleh basuh rambut lepas gugur??

    2) lepas tu, tuam hanya di breast sahaja atau dengan bahagian perut bawah pusat skali??

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam,

      1. mengikut kata bidan-bidan memang macam tu, tapi ada sesetengah orang xkisah nak basuh rambut ke tak, ikut kesesuaian badan sendiri. kalau tak ada apa2 lepas basuh rambut, tak mengapa la kot. tapi, bagi sy lebih baik berjaga2 sahaja.

      2. tuam d breast kalau rasa bengkak susu, biasa nya kalau gugur tak sangat bengkak nya, tuam d rahim tu memang kena buat.

      Delete
  22. Assalamualaikum sis...saya buat d n c pada kandungan 7 minggu, masih ketulan darah, sbb menurut doc, keadaan x mengizinkan d sebabkan saya vertigo. hari ni, hari yg ke 15 saya berpantang,still pakai stokin n baju tebal2 ...kena pakai til 30 hari ke sis?

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum sis...saya buat d n c pada kandungan 7 minggu, masih ketulan darah, sbb menurut doc, keadaan x mengizinkan d sebabkan saya vertigo. hari ni, hari yg ke 15 saya berpantang,still pakai stokin n baju tebal2 ...kena pakai til 30 hari ke sis?

    ReplyDelete
  24. assalammualaikum sis..sy bru lepas keguguran..sme mcm sis, doc yg kluarkan sbb dh hujung..tu pun kantung je..kantung kosong..tp takda jahit pape pun..sy nak tnye, kena brpantang mkn jgk ke sis walau tak berjahit pun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, ya kena berpantang makan juga, elak mkan benda berangin atau sejuk2.

      sy doakan ada rezeki untuk awak lagi nanti.

      Delete
  25. Hi sy baru keguguran 6hari lepas. Nak tanya sepanjang tmpoh 6hari tu sy minum teh panas untuk memanaskan badan. Adakah teh boleh diambil semasa tempoh berpantang?

    ReplyDelete
  26. Hi saya bru keguguran...5 bulan susu bengkak .n keluar susu mcm mane yew...

    ReplyDelete
  27. Hi, sy bru lepask keguguran pd 22/1 . Kandungan dh 6weeks, tapi gugur keluar darah ketul2 yg banyak. Mak sy kata dh gugur . So patutkah sy pantang mcm org bersalin jgk? Mcm mana nk bertungku sendiri? Macam mana nk tahu kalau rahim dh kosong tanpa pergi scan?

    ReplyDelete