Monday 24 November 2014

pastry kacang merah

sekarang masih lagi dlm mood berpantang, makan pun jaga2 lagi. tak boleh sembarangan sahaja.

sebabkan si dia masih dalam mood tak mau makan nasi for dinner, jadi saya kena fikirkan makanan untuk dia, kalau ikutkan dia, dia boleh makan roti bakar ke, roti stim ke, tapi kesian juga kalau selalu sangat makan benda sama.

jadi hari ni, kami decide buat pastry kacang merah dan juga sausage. lagipun senang je buat nya.

Bahan-bahan 

- 4 keping pastry ready made
- kacang merah (sy beli yang ready made juga)
- sausage di belah dua
- 1 bj kuning telur

Cara membuat nya.

- untuk red bean pastry, pastry di bahagi kepada 2 bahagian, 1 bahagian di kelar ya seperti dalam gambar di bawah
- letak red bean (atau apa sahaja yang kita suka, nutella ke, inti apple pie or apa2 jem) di bahagian yg satu lagi - boleh rujuk gambar 
- satukan ke 2 2 bahagian pastry tu tadi, dan tekap hujung setiap lipatan tu dengan garpu ya, nampak la macam garis-garis tu
- da siap, sapukan kuning telur kat bahagian atas
- bakar dlm oven selama 25mins dengan api atas bawah 160 degree atau lebih (mengikut kepanasan oven masing-masing)

- utk pastry sausage pula, kelar 1 keping pastry, lepas tu anyamkan saja (boleh rujuk gambar)







tadaaa, ni pastry yg da siap, 2 keping untuk dia bawak pegi ofis pagi ni :)


- contoh puff pastry ready made, boleh dapatkan kat mana2 supermarket, biasa ada dalam kawasan frozen food yg ada chappati semua tu

oh ya, rasa pastry ni sedap, sy tak berani makan sgt, just rasa sipi2 je. sama macam kite beli kat bakery, si dia pun cakap sama mcm bakery. tak rugi try tau, hehehe. boleh jd regular resepi sebab boleh dipelbagaikan, kalau letak inti karipap pun mesti sedap kan. hehehe. tunggu lepas da habis berpantang betul-betul nanti, boleh la try berinovasi lagi. hehehe.

wassalam 

No comments:

Post a Comment