hari ke-7 berpantang selepas keguguran. badan rasa tak sihat lagi, nak buat kerja pun macam tak ada mood.
emosi pun tak stabil lagi, selalu jadi sensitive dan sedeh, especially tengok pic ibu mengandung dan baby yg kecik. sedeh rasa nak nangis
sedang melayan perasaan, tetiba teringat kan lagu ni. masa tengah kawan2 dengan suami dulu, dia pernah nyanyi lagu ni over the phone sambil dia main gitar. gigih sangat u masa tu tau syg. dah la kite kawan je lagi masa tu, cuma da start rapat la. tak malu sungguh. hehehe. nasib baik suara sedap, mula-mula ingat u nak main gitar je, sebab u tak cakap u nak nyanyi pun, tetiba ada suara nyanyi, i ingat suara yg rekod. sedap. hehehe
hmmm, kenapa tetiba feeling sangat memuji suami sendiri ni, buang tebiat sangat la kau ni kan cik kak oi. maaf ye kalau karang ada yang meluat nak baca. biasa la emosi kan tak berapa nak stabil, fikir pun macam2. segala macam bermain di fikiran.
menghadapi situasi yg tak pernah disangka seperti ni banyak menguji diri kita. dari situ juga kita dapat mengenal lagi pasangan kita dengan lebih dekat lagi. Ya Allah, sesungguh nya aku bersyukur kerana Engkau temukan aku dengan dia.
apa yg dia buat untuk sy selama menjaga sy yg berpantang ni, sangat la sy ak mampu untuk membalas nya. semoga hanya Allah yg akan membalas nya, setiap kali mengenang semuanya, hati sy akan jadi sayu, rasa sedeh dan bersyukur datang sekali dan menyebabkan senang je air mata gugur. terima kasih Ya Allah. satukan lah hati kami sehingga ke akhir hayat kami dan limpahkan kasih sayang antara kami selamanya.
kadang-kadang Allah menemukan kita dengan orang yg salah sebelum kita menjumpai dia, ini kerana supaya bila kita jumpa orang yg selayaknya, kita akan sangat menghargainya. sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baiknya untuk kita.
begitulah juga dengan ujian kali ini, mungkin inilah sebaik perancangan dr Allah untuk kami. pasti ada hikmah di sebaliknya.
okay lah, kite layan lagu ni pula. layan perasaan lagi. hehehe. bile nak abis ntah.
Yang terindah - DakMie
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah
No comments:
Post a Comment