Tuesday, 3 June 2014

happy birthday my dearest husband

datang office awal pagi ni, hehe, bukan nk buat keje terus kan. saja nak update blog dulu sementara ada mood ni. kalau tak, berbulan tak update pun.

kisah beberapa minggu yg lalu, baru beberapa minggu lepas kawen da kena fikir nak bg hadiah ape kat husband kan, penat buat majlis pun tak hilang lagi, but being sweet and lovely wife, i was thinking to make surprise for him. kebetulan 18.05.2014 jatuh pada hari ahad. penat jugak nak fikir nk buat surprise macamana.

akhirnya dapat satu idea, selama sy kenal dia, sy perasan yg dia syg sangat dengan gitar dia yg satu ni, gitar tu konon nya vintage la sgt, sy pun tak berapa faham apa yg dia maksudkan. tapi yg sy tau dia sayang sangat gitar nya. so i've decided to buy a guitar cake. lama jugak nak cari orang yang boleh buat guitar cake sama macam guitar dia tu. ini bukan lah suatu keje yang mudah sebab guitar tu da vintage (da ada kopak2 n ada stain gitu), kalau boleh sy nak menyerupai guitar asal tu, hehehe, kakak yg buatkan cake tu siap cakap, nervous pulak dia nak buatkan takut tak jadi nanti. tapi sy akhirnye akur saja dan cakap, puan try je la buat seadanya *kena pasrah je la kan, karang kalo kite banyak songeh sangat terus dia tak nak buat langsung, tapi dalam hati berdoa supaya akk tu buat cantik-cantik*

sy bagi akak tu 3 gambar gitar, lepas tu nak decide bila nak ambik pun jadi masalah jugak. kena fikir, nak surprise macamana, camana nak ambik cake tu dari akak tu, nanti kalo sy pegi ambik dia mesti curiga dan nak bagi alasan apa pulak, memang pening jugak fikir semua tu. tambahan pula, kami merancang untuk ke Cameron Highland hari jumaat tu, jadi mula-mula macam fikir nak ambik jumaat dan bawak cameron, masalah nya birthday nye ahad, dah nak simpan kat mana pula la kek nya. akhirnya, sy fikir ambik ahad je, nanti sy berlakon nak ambik barang dr orang kat akk buat cake tu. lepas tu, paling tak menahan, siap whatsapp kakak ipar konon nk buat surprise n berlakon camana. hahaha, kelakar nya la kalo ingat balik, tapi semua tu yang konon nak berlakon la, plan dengan kakak ipar semua nya langsung tak menjadi, belum apa-apa dah tersilap cakap. alahai apa pun tak boleh.

kisah nya, masa di cameron highland, kami dah agak terlewat nak balik dan sy dah pun janji dengan kaka tu untuk ambik cake jam 4pm. tapi dalam 1 pm macam tu kitorang baru je lepas lunch, mesti akan terlambat la sampai KL kalau dah macam tu kan. so, on the way nak pegi ke kereta, cakap macam ni, 'kite kena cepat la, da lambat ni, i kan kena ambik cake...... EH (terkesima diri sendiri, rasa macam nk hantuk2 kepala kan pintu kereta okay, macaman la boleh terlepas cakap. geram betul) terus dia senyum2 tengok kite yg da terlepas cakap. arghhh, tak jadi la nak buat surprise. tapi, tapiiii dia tak tau kite buat cake ape, surprise :) hehehe

masa ambik cake tu, terkejut sebab box nye besar sangat. bila kite buka je box tu sikit masa dalam kereta n bagi dia jenguk sikit, waaaa, dia sgt2 terkejut. heee, rasa seronok sangat bila dia sangat suka kan guitar cake tu, rasa kagum sebab akak tu memang cuba buat dengan terperinci sekali. terima kasih kak tina, kami sukakan kek tu :) 

sempat anta ucapan ni je, masa mlm celebrate tu n ckp sorry sebab xde kek, hehehe, masa ni boleh berlakon lagi. hahaha. lepas tu langsung terlepas cakap, benci ngan diri sendiri


nampak sama tak dengan guitar yg asal, sy sendiri sgt kagum dengan buatan akk ni.

Happy birthday :) Semoga perkahwina kita akan selalu dalam rahmat Allah swt
#guitarcake #guitar_cake


Friday, 30 May 2014

Sebulan sudah usia perkahwinan kami

assalamualaikum,

lamanya dah berbulan tak update blog, alhamdulillah, dah lebih sebulan usia perkahwinan kami, kadang2 lupa yg sendiri dah kahwin, hehehe, sebab selalunya semua buat sendiri je, chewah, kata independent sangat kan :p

kehidupan berumah tangga memang sangat lain, sy masih lg belajar mengadaptasi. tapi alhamdulillah semuanya baik-baik saja. semoga perkahwina  kami sentiasa dalam limpahan rahmat Allah swt.

penat menguruskan ke dua-dua majlis da semakin hilang, hehehe, alhamdulillah semuanya pun baik2 saja, syukur ke hadrat ilahi yg mempermudahkan kesemuanya untuk kami.

In shaa Allah nanti nak kongsikan serba sedikit entry sy membuat persiapan perkahwina kami, kerana kebanyakan nya sy siapkan sendiri dari segi baju, tudung, kelengkapan2 lain, hantaran dan segala nya dgn hasil tangan sendiri. alhamdulillah berjaya jugak siapkan semuanya walaupun kelam kabut, hihi, itu biasala kan.

sekrang sy harus fokus menyiapkan thesis, da tertangguh sebulan lebih sebab kawen kan, nasib baik supervisor tak marah (mungkin marah jugak tp xcakap depan2 sy. hehehe) 

sy harus bekerja dgn keras ni memandangkan masa yg semakin suntuk. Semoga Allah permudahkan semuanya untuk sy.

di antara gambar yg bisa buat sy tersenyum. terima kasih Ya Allah di atas kurniaan ini. semoga kami akan terus menjaga ikatan ini dengan sebaiknya serta sentiasa istiqamah dan bersyukur atas segala nikmat yg Engkau berikan.

Wednesday, 26 March 2014

masa yg semakin suntuk

assalamualaikum,

lama tak update, hilang terus semangat tahun baru yg konon-kononnya nak update blog selalu-selalu. kini langsung tak berupdate. busy sangat, kadang-kadang tak tau nak buat mana satu dulu.

hmm, thesis tak siap lagi dan kurang sebulan lagi menjelang hari perkahwinan, kadang-kadang tak boleh tidur malam sebab banyak sangat berfikir. ehhehe, tp kadang2 tidur macam tak sedar diri pulak.

kalo orang tanya what i've done for my wedding preparation? my answer is i've done nothing :( sedeh. ya betul, sy tak buat apa2, i don't even have my wedding dress, hantaran semua, goodies semua i pun tak tau lagi, cuma last few months da beli sikit brg keperluan asas then semua barang2 tu duduk terletak cantik dalam bilik tak keluakan pun dr plastic kedai. padahal semua nya i'm gonna do it by myself. i'll sew my own wedding dress, buat sendiri semua brg hantaran, hand bouquet n all, arghh semua nya la buat sendiri. i do not know if i've enough time to do all those things. cuma apa yg ada dlm fikiran sekarang nk siapkan full draft n submit to my dear supervisor n paling penting i wanna tell them that i 'm getting married soon. Ya Allah permudahkan segala jalan ku. 

dalam sisa masa yg masih berbaki ni, sy selalu berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusanku dalam menyiapkan phd ni dan mepermudahkan urusan majlis kami nanti, dan semoga Allah menguatkan kasih syg antara hati kami dalam menghadapi segalanya. kadang stress dgn keje sendiri rasa nak marah orang.

p/s: buat kawan-kawan yg di sayangi, nanti jgn lupa dtg majlis kami. nanti kite hantar official invitation ya


Friday, 7 February 2014

Grilled Lamb & Creamy Blackpaper Sauce

sejak kebelakangan ni, sy sedikit rajin cuba masak benda yg jarang2 sy masak dan suke tengok resepi masakan. dan jugak suke tanya kak zana kalo nk masak pape. hehehe.

sejak da dapat jumpe blackpaper sace yg sedap, asyikla nak masak western :) saja share resepi kat sini, nanti2 nak refer balik senang.

Resepi asal sy tengok kat sini. Terima kasih ye tuan punye resepi. sy suke sgt resepi :)

Grilled Lamb

Bahan-bahan :
6 potong daging kambing
6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
3 sudu sos tiram3 sudu kicap manis
3 sudu madu
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit minyak zaitun
Garam secukup rasa

Cara-caranya :
- Sediakan bahan perapan : bawang putih, halia, sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, minyak zaitun dan garam. Gaul rata semua bahan.
- Sapukan bahan perapan pada daging kambing.
- Perap daging selama 2 jam. (sy peram semalaman, sangat sedap)
- Masak menggunakan oven pada suhu 180 darjah selama 20 - 30 minit / sehingga masak.
- Jika menggunakan pemanggang ajaib, masa diambil hanya 10 - 15 minit.
* sy masak menggunakan George Forman (kejap je masak, tak sampai 10 mins)

Creamy Blackpaper Sauce

Ni adalah blackpaper sauce yg paling sedap sy pnh masak. hehehe, before ni banyak jugak try macam2 resepi, tapi rasanya ni paling menepati cita rasa sy. creamy, sgt sedap, suke buat banyak2 dan letak dlm peti sejuk, nak mkn dgn fries ke, sausage ke, tinggal panaskan dlm microwave je, mmg fries pun nk makan banyak2 jadinye

Bahan-bahan:

2 sb mentega
2 sb tepung gandum
2-3 cawan fresh milk (susu cair pun boleh, sy selalu nya campur2 tengok ape yg ada dalam peti sejuk, kalo xcukup 2 3 cawan masuk, tambhakna air ye kawan2)
3-4 sb blackpaper (ditumbuk halus)
sedikit lada sulah
setengah tin cendawan butang (dihiris halus, nak letak lebih pun boleh)
2sb kicap (nak gelap sikit letak lebih)
1/2 kiub pati ayam

Cara-cara:

- cairkan mentega
- bila dah cair, masukkan tepung gandum, kacau rata
- bila dah berbuih, masukkan susu (sy masuk 2 cawan dulu, lepas tu boleh tambah sikit demi sedikit 1 cawan lagi atau kalo tak maua terlalu creamy, gunakan air biasa saja)
- kacau sehingga memekat
- masuk kiub ayam, lada sulah, mushroom, blackpaper
- da hampir masak, ikut suka kita nak pekat mana. 
- dah siap :)

tadaaa, ni yg da siap utk dimakan, lengkap dengan creamy blackpaper, steam vege, fries, mashed potato & sausage

Saturday, 1 February 2014

Wajah baru utk blog baju renang kami

terlebih rajin pulak nak update blog malam ni, semoga semangat ni akan berterusan,

sekarang blog baju renang kami sudah pun berwajah baru. terima kasih sayang untuk semua nya. now, sy sudah ada new assistant, driver, best friend, photographer, mr. gardener n more to come. hehehe t.kasih sekali lagi, appreciate everything u've done for me.

tadaaa, ni header baru blog kami, sesiapa yg berminat nak dapatkan baju renang boleh la ke blog kami dan pilih la yg mana berkenaan, in Shaa Allah untuk 2014, kami akan mengembangkan lagi perniagaan kami dengan lebih banyak koleksi dan tidak terhad kepada baju renang sahaja. Semoga Allah mempermudahkan segalanya untuk kami. In shaa Allah


Day to Remember, 21.09.2013

Setiap orang pasti ada sejarah kehidupan nya sendiri, sy juga ingin menyimpan sedikit setiap sejarah jatuh bangun untuk rujukan masa hadapan. semua pic ni diambil dengan perancangan, hehehe. ada beberapa lokasi, tapi sy kongsikan dari 2 lokasi utama.di putrajaya tu ada bnyk lokasinya, tp sy tak berapa pasti nama setiap lokasi. maafkan saya. hehehe. putrajaya mmg sangat bes untuk merakam detik2 indah dalam hidup kita.

All pics taken by my personal photographer.. Thank you syg :)

Location: Sekitar Putrajaya
Date: 21.09.2013






Location: Central Market, Pasar Seni Kuala Lumpur
Date: 21.09.2013




#nfmoment

Convocation Day Ell

Pada musin convo yg lalu, me n him temankan Ell for her convocation. fam dia xdapat datang sebab ada hal keluarga kat kampuang, kesian jugak kalo Ell kena pegi sorang, so sy pun tanya la kalau2 dia nk temankan. nasib dia nak teman, kalo tak susah jugak la nak pegi sorang2 je kan, memang harus la sangat boring. All pics taken by my personal photographer. hehehe :)

Location: Sekitar Dewan Tuanku Canselor
Date: 01.10.2013









#nfmoment

Morning Walk

ni pun lama dah duk dalam draft, haihh, memang berkurun dah la. morning walk, huhh, kemain awal pagi okay. semangat tinggi la kononnye. semput la bile da lama tak exercise. as usual, sy tak pernah lupe untuk snap few pics. Lucky I'm in love with my photographer (hehehe, lebih kurang macam lagu Colbie Caillat & Jason Mraz - Lucky . kononnye la. hehehe)

Location: Taman Tasik Perdana
Date: 05.11.2013
#my t-shirt is sponsored by my beloved sis, i feel so kanak2 ribena wearing that t shirt. thank u my dear sister.


Macam biasa, his fav utk snap my pic adalah dinding. 

#nfmoment

Lagii Street Photo

hehe, lagi pic photographed by Mr. Photographer, asal nampak wall yg unik sikit, kami akn stop utk snap few pics. nasib baik sy memang sukakan camera dan sentiasa bersedia utk ambik pic di mana sahaja, teringat kalo kami pergi bercuti, pasti usung tripod ke mana sahaja. sekarang sy ada tripod n camera bergerak. hihihi. Thank you sayang :) 

Location: Parking kereta di Jalan TAR
Date: 19.10.2013



 #nfmoment

Street Photo

haaa, tetiba berderet entry kan. desebabkan harini sy tak pegi kedai, seharian menghadap laptop sambil melakukan keje rumah. makanya terasa ingin meneruskan niat untuk update blog, sementara banyak betol entry yg duk dalam draft.

semua pic ni kami ambik secara tak sengaja. masa tu kami berjalan-jalan mencari simcard untuk bg kat my new staff. eh, tetiba kami passed by kawasan ni. being in love with Mr. Photographer, sy kena la akur. walaupun malu sikit dengan org2 yg pandang2 kami. tp sebab sy mmg sukakan camera, benda ni bukan la jadi masalah besar sgt. hehehe, dimana2 saja pun boleh ambik pic :)

Location: Lorong kedai di Pekan Sg. Besi Lama
Date: 17.01.2014

my fren bg translation unuk tulisan pada dinding tu: "The stream flows endlessly, Let the business prosper" - chinese's phrase idioms

#nfmoment

Kursus Pra Perkahwinan

assalamualaikum,

Alhamdulillah, kami mulakan tahun 2014 dengan satu perancangan dan kami berdoa semoga segala nya akan dipermudahkan oleh Allah swt.

sy juga berharap semoga ini adalah yg terbaik untuk kami masing-masing. pada 11 dan 12 Jan 2014 kami sama2 pergi menhadiri kursus ni. sebenarnya sy da pernah hadiri kursus ni, tapi memandangkan org tu nak jugak sy teman, so pasrah la sy temankan dia. anggap ini jugak sebagai menuntut ilmu supaya kita saling ingat mengingati di masa hadapan. in shaa Allah, sama berdoa untuk yg baik2.

Info:
- kami meghadiri kurus ni di Masjid Negara. 
- kursus selama 2 hari
sabtu: 230 am - 630 pm
Ahad: 800 am - 630 pm
- Yuran kursus: RM 80 seorang
- boleh hubungi: 012-9796387 / 012-2456675

#nfmoment 

How to deal with women if you are a man enough

masa tengah browse newsfeed kt fb, sy terbaca post ni, dan rasa nk share untuk sama2 baca. me personally think alll these are true :) lebih banyak nasihat dan tips yg boleh menguatkan kasih syg dalam keluarda dari page ni: Wedding in Islam

How to deal with women if you are a man enough;


When she hits you or pushing you … (hold her hands)
When she get angry ( just hug her )
When she be silent (ask her what is problem)
When she Ignore you (Give her attention)
When she asked you about something (don’t neglected her)
When she want to get away from you (do not agree with her opinion)
When you see her in the worst situations (Tell her you are beautiful)
When you see her Cry (kiss her head and tell her i love you a lot)
When you feel her scared (protect her)
When you see her jealous (that’s mean she love you more than you imagine )
When she say to you i love you that’s mean she have feelings to you more than you think)
When she look into your eyes don’t turned your eyes until she turned it first.